Monday, March 30, 2009

A KUGAN

Kematian A.Kugan amat merungsingkan kita. Untuk rekod ini bukan kali pertama tragedi seperti ini berlaku di dalam negara ini. Walau apa pun alasan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa terhadap kematian A.Kugan , kematian tahanan yang berada di dalam jagaan pihak polis adalah suatu perkara yang serius dan tidak sewajarnya berlaku. Ia menunjukkan kelemahan sistem keadilan kita. Walau apa pun kesalahan yang mungkin dilakukan oleh mendiang Kugan , beliau tidak sewajarnya diseksa oleh pihak polis . Undang-undang negara ini mengiktiraf bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Laporan akhbar menyatakan bahawa Kugan telah dilaporkan mati semasa sedang disoal siasat di balai polis Taipan di Subang Jaya pada 20 Disember yang lalu. Laporan bedah siasat yang awal menyatakan kematiannya bukan disebabkan "foul play" . Kematiannya di dakwa disebabkan paru-paru berair tetapi tidak dijelaskan bagaimana ianya berlaku. Jika kita hanya bersandarkan laporan bedah siasat tersebut seolah-olah kematian Kugan hanyalah satu kematian biasa- maka polis tidak boeh dipertanggungjawabkan. Namun setelah kita membaca laporan bahawa keluarga Kugan telah masuk ke bilik mayat di Hospital Serdang pada hari yang sama dan berjaya mengambil gambar mayat simati, jelas laporan awal bedah siasat amat diragui. Ini kerana gambar badan simati menunjukkan bahawa terdapatnya bekas-bekas lebam dan kecederaan pada tubunh simati.Ia menunjukkan bahawa sesuatu telah dilakukan ke atas badan simati sebelum beliau mati. Maka bedah siasat kali kedua dilakukan pada hari Ahad yang lalu. Sehingga artikel ini ditulis laporan bedah siasat yang kedua masih belum dikeluarkan.Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Polis menafikan wujud percanggahan fakta antara kenyataan yang dibuat oleh pihaknya dan Peguam Negara berhubung kematian Kugan.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataannya adalah berdasarkan laporan bedah siasat hospital yang menunjukkan kematian Kugen disebabkan paru-paru berair.Diminta mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam yang mengklasifikasikan kematian Kugen itu sebagai kes bunuh, beliau berkata, :"Ia (kenyataan Gani) hanya klasifikasi sahaja, belum ada lagi sebarang tuduhan dibuat ke atas kes tersebut. Tidak wujud sebarang percanggahan (kenyataan) yang dibuat menerusi kenyataan polis mengenai kematian Kugen.Kalau orang nak cakap apa, biar mereka bercakap.

Kita (polis) tetap akan meneruskan siasatan mengenai kes ini sehingga selesai," katanya.Sikap Musa Hasan amat pelik. Dalam keadaan Peguam Negara mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh Musa Hasan masih menafikan ada percanggahan kenyataan polis dan kenyataan Peguam Negara. Mungkin Musa Hasan perlu jelaskan bagaimanakah Peguam Negara boleh klasifikan kematian Kugan sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan jika kematiannya hanya disebabkan paru-paru berair ? Adakah Musa Hasan ingin menyatakan bahawa Gani Patail buta undang-undang hingga tidak tahu apa dia kes bunuh .

Di dalam kenyataannya yang dilaporkan di dalam akhbat the star, keluarga Kugan menyatakan mereka inginkan kebenaran didedahkan dalam kes kematian Kugan ini. JIka kebenaran yang ingin dicari oleh keluarga Kugan dan juga rakyat negara ini maka bagi saya perlunya pihak ketiga yang menyiasat punca kematian Kugan ini. Memandangkan Kugan mati di dalam tahanan polis , keadilan meminta supaya pihak ketiga yang menyiasat kes ini. Jika polis yang siasat polis kita khuatir akan berlaku sepertimana siasatan ke atas kes mata lebam Anwar Ibrahim dahulu. Kita tentu tidak lupa bagaimana semasa Anwar ditumbuk di dalam tahanan polis, pada awalnya siasatan dilakukan oleh pihak polis sendiri.

Apabila polis sendiri yang menyiasat polis rakyat tidak tahu siapa yang menumbuk Anwar ? Polis yang siasat tidak jumpa siapa yang menumbuk Anwar ? Hanya selepas SuruhanDiraja ditubuhkan baru 'jumpa' siapa yang tumbuk Anwar : Ketua Polis Negara sendiri !!!Oleh itu jika keluarga Kugan inginkan kebenaran mereka tidak boleh harapkan polis siasat polis. Polis siasat polis samalah seperti pencuri menyiasat kes kecurian -sampai bila tidak jumpa barang curi !Jika lebam mata Anwar Ibrahim mewajarkan Suruhanjaya Diraja maka kematian Kugan juga , bagi saya, perlu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja.

Kerajaan harus tidak memilih bulu. Jika hanya kes lebam mata boleh menjustifikasikan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengapa kes kematian tidak boleh disiasat oleh Suruhanjaya Diraja. Bukankah kes kamatian lebih serius dari kes lebam mata apatah lagi kematian di dalam bilik tahana polis-tempat yang sepatutnya paling selamat. Kerajaan mesti adil , telus dan tidak mengamalkan diskriminasi dalam hal ini. Kita tidak mahu jika orang besar dicederakan maka Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan sedangkan jika rakyat biasa hanya polis yang siasat polis. Saya percaya Anwar juga akan bersetuju dengan saya dalam hal ini.

Dengan adanya Suruhanjaya Diraja kita pasti lebih mudah untuk kita mengetahui kebenaran. Mahkamah bukan tempat mencari kebenaran kerana perbicaraan Mahkamah dikawal oleh prosedur yang rigid khususnya berkaitan dengan penerimaan bahan buktiDengan adanya Suruhanjaya Diraja diharapkan kita dapat mengetahui antara lain jawapan kepada persolan-persoalan berikut :--

Kenapakah dalam laporan bedah siasat yang pertama,doktor hanya menyatakan kematian Kugan hanya disebabkan paru-paru berair ?- Adakah pihak hospital diminta tidak mendedahkan kesan-kesdan kecederaan di tubuh simati ?- Adakah terdapat satu campurtangan dalam penyediaan laporan bedah siasat pertama ?- Mengapakah sejak dari awal tidak dinyatakan bahawa terdapat kesan-kesan lebam dan kecederaan di atas tubuh badan simati ?- Mengapa keluarga Kugan dan bukannya polis yang perlu mengambil gambar-gambar yang menunjukkan kesan-kesan kecederaan di tubuh badan simati ?- Mengapakah selepas gambar kecederaan di badan simati didedahkan barulah timbul kes ini diklasifikasin sebagai kes bunuh ?-Apakah teknik penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis sehingga Kugan 'berjaya" mati di dalam tahanan polis ?Saya percaya soalan-soalan ini hanya boleh didedahkan di dalam Suruhanjaya Diraja dan bukannya Mahkamah. http://peguampas.blogspot.com/2009/01/suruhan-diraja-siasat-kematian-akugan.html

4 comments:

  1. heran, rupanya masih ada 'limau purut 3 serangkai' dalam golongan hangpa. tak kan takdak isu lain yang nak berkempen. takut sangat ka kat Umno sampai nak putar belit a.k.a manipulasi minda pengundi. berubahlah, jadi matang sikit. jangan dok terus buta perut tadak akai.

    ReplyDelete
  2. Ini isu yg ditulis adalah isu yg lama,dah basi pun.Editor n25 bkt selambau cuba n tidak nak beritahu perkara yg sebenar calon PKR adalah anak saudara V.Arumugam.Parti Kroni Rakyat lebih pentingkan bulu n kroni.

    ReplyDelete
  3. Looo apahal senyap sunyi je blog nie...
    lena lagi kaa oii... penamaan calon dah dijalankan

    calon poh tau sapa... tapi apa berita pon tarak...

    gambaq calon pon tak nampak2 lagi... calon lena kaa hari2 kat sana tak ada xtvt kaa untuk calon...

    promosi la calon tuu kat blog nie... hangpa jangan dok pelekeh blog2 nyamok nie.... perbanyakan berita biaq satu dunia tau...

    dahlaaa calon lawan sampai 14org.... tapi muka wakil calon PKR haram tak nampak pon dalam blog nie....

    bangun laa oii... nuu kat Berita harian dah keluaq cerita KALAI dah kona baring dah.. cari cepat berita nak counter attack balik....

    wake-up wake-up tinggai 8hari ja lagi nuuu...

    ReplyDelete
  4. Hangpa ni mesti dari kelompok talibarut, lintah darat tulahkan. Tak payah sebok nak mengajaq kami, hangpa opptunis yang kecewa kerana tak dapat habuan. rakyat tak mau hangpa, eloklah hangpa keluaq awai-awai, lagila bagus!!!!. Macam Kalai tu, nak jadi eksko, berlagak macam pelakon filem , tak ada tanjak pemimpin pun. Eloklah jadi talibarut amenobe'end.

    ReplyDelete