Tiga nama disebut-sebut mungkin dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April ini.Mereka ialah Pengerusi MIC Merbok, A. Arumugam, Setiausaha MIC negeri, S Ananthan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ, Datuk V Saravanan, 61.
Difahamkan, kebanyakan masyarakat India yang menyokong BN di kawasan mahukan muka baru dari MIC dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu.Berdasarkan nama-nama tersebut, Ananthan pernah bertanding di DUN Lunas dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas kepada calon PKR.
Manakala Saravanan tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau dalam pilihanraya umum lalu, untuk memberi laluan kepada calon muda, S Krisnan dari MIC.Bagaimanapaun, Krisnan tewas kepada calon bebas, V Arumugam yang kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai exco negeri.Muka baruBagaimanapun kerusi tersebut kosong selepas Arumugam meletakkan jawatan awal bulan lalu.Manakala pengerusi MIC Merbok, Arumugam merupakan muka baru yang tidak pernah bertanding sebelum ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Arumugam berkata rata-rata masyarakat India di situ yang menyokong BN, mahukan muka baru untuk mewakili BN.MIC mempunyai 57 cawangan di Bukit Selambau. Terdapat kira-kira 9,700 pengundi keturunan India di situ.Dilaporkan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menghantar senarai lebih lima calon kepada pucuk pimpinan tertinggi parti tersebut untuk dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu.
www.kedahlanie.blogspot.com
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tentunya kalau A. Arumugam MIC ni yang terpilih jadi calon bertanding di N25 Bkt Selambau awal-awal lagi boleh jadi 'out' sebab nama yang sama.Pengundi tentu akan membandingkan antara keduanya iaitu A Arumugam MIC ni tentu tak sama dengan V Arumugam PKR yang dulu.V Aru PKR yang dulu ada matlamat yang jelas dan prinsip perjuangan demi untuk rakyat sebab itu dia tolak tawaran RM 5jt. A Arumugam MIC ni tentulah ada matlamat sebaliknya yang seperti mana semua orang faham kalau datang dari BN.Semoga pengundi-pengundi akan membuat membuat pilihan yang bijak demi 'survival' rakyat masa depan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan.
ReplyDeletetentu saya tak nak A.Arumugam jadi calon bertanding di bukit selambau saya berharap halau semua arumugam saravanan dan masukan ananthan sebab di telah memperjuangkan kaum india di kedah dan lain -lain negeri daripada kemiskinan dan telah menyumbag banyak sumbangan berharga kepada rakyat dan saya berharap pihak kerajaan mengambil berat tentag ini . Ini keran dato saravanan serta arumugam memang tidak layak menjadi calon bn sebab tiada apa-apa umbanga yang diberikannya kepada negara sebaliknya kejahatan akan muncul bagi rakyat kedah serta pihak kerajaan harus mengambil ananthan setiausaha sebagai pemimpin bukit selambau
ReplyDelete