Di antara tiga kawasan yang akan diadakan Pilihanraya Kecil tidak beberapa lama lagi, kawasan DUN Bukit Selambau kelihatannya amat menarik. Meskipun DUN tersebut tidak membawa erti yang besar dan tidak sehebat di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak namun DUN Bukit Selambau akan menguji sejauh mana kesetiaan ahli parti kepada parti masing-masing. Parti-parti di dalam PR telah membuat keputusan bijak apabila menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh PKR.
Namun di pihak BN, masih terdapat suara-suara parti di dalam komponennya untuk menaikkan calon dari parti masing-masing terutamanya dari Umno dan MIC. Buat permulaan, dari segi moral dan semangat, PR telah mendahului BN dari segi persefahaman meletakkan calon di situ.
Setelah PKR diberi kepercayaan penuh oleh PR untuk bertanding di kawasan tersebut, masalahnya kini adalah terdapatnya beberapa pemimpin tempatan yang ingin menonjolkan diri untuk mewakili PKR di kerusi tersebut. Mungkin mereka beranggapan kerusi tersebut amat selamat untuk dimenangi oleh PKR di dalam suasana di mana imej BN terutamanya Umno dan MIC yang semakin teruk tercalar.
Pada saat begini, kebijaksanaan pimpinan PKR amat diperlukan di dalam menentukan calon yang akan bertanding di DUN Bukit Selambau. Ugut mengugut untuk menjadi calon Bebas sekiranya tidak dilpilih menjadi calon sesuatu yang amat malang dan mestilah diambil perhatian tegas oleh pimpinan PKR. Pimpinan PKR harus belajar daripada cara dan kaedah pemilihan yang telah dilaksanakan oleh pucuk pimpinan PAS di mana mereka yang menawarkan diri untuk bertanding seharusnya ditolak lebih awal lagi. Pemilihan harus dilakukan dengan teliti bagi menentukan calon yang dipilih bukan gila kepada jawatan dan pangkat, tetapi calon tersebut mestilah telah membuktikan iltizam dan komitmen mereka sebelum ini kepada parti.
Mereka yang awal-awal lagi menawarkan diri untuk menjadi calon, mereka ini adalah umpama orang yang gila kepada jawatan dan tidak mustahil mereka ini akan terpedaya dengan jawatan dan upahan yang lebih besar di masa akan datang.. Jika ini terjadi, maka PKR akan terus melahirkan spesis katak yang hina seperti yang berlaku kepada 2 ADUN dari PKR di Perak.
Apa yang telah telah terjadi di Perak sedikit sebanyak menunjukkan PKR haruslah menilai kembali kaedah memilih seseorang calon bagi mewakili parti. Bukan sedikit pimpinan atau ahli-ahli parti yang selama ini begitu bekerja keras dan berkorban untuk parti dan mereka ini kadangkala seperti di kesampingkan atas alasan kurangnya pendidikan, tetapi kita lupa pendidikan perkara kedua yang harus dinilai. Perkara utama adalah komitmen dan pengorbanan mereka kepada parti serta nilai-nilai moral dan akhlak mereka.
Apalah ertinya kita mempunyai wakil rakyat yang berpendidikan tinggi dan profesional tetapi mempunyai nilai dan harga diri yang rendah? Calon yang bakal mewakili parti sekiranya terdiri dari bangsa Melayu berugama Islam, mereka ini hendaklah mempunyai nilai-nilai keugamaan yang tinggi. Begitu juga jika dipilih dari mereka yang berbangsa bukan Melayu dan Non Muslim, mereka juga haruslah terdiri dari yang berpegang kuat dengan agama mereka sendiri serta mempunyai latar belakang peribadi yang baik.
Era berpolitik di zaman kini, terlalu jauh berbeza dengan berpolitik zaman dahulukala sewaktu negara kita baru merdeka. Berbagai strategi akan digunakan oleh musuh untuk menghancurkan lawan masing-masing. BN/Umno tidak lagi bergantung harapan kepada rakyat untuk menyokong mereka kerana di zaman IT ini rakyat tidak lagi mudah terpedaya dengan propaganda BN/Umno. Justeru itu, BN/Umno akan melakukan kaedah lain yang kadangkala bertentangan dengan prinsip demokrasi dan nilai-nilai moral. Sebagai contoh, Kerajaan PR di Perak tumbang bukan kerana ditolak oleh rakyat, tetapi adalah hasil daripada kerja tangan dari manusia yang tidak peduli kepada soal maruah diri seseorang manusia. Begitulah akibatnya jika pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak bermoral, mereka akan lakukan apa sahaja asalkan mereka boleh berkuasa hatta sanggup membeli maruah diri sesiapa sahaja yang sudi `menjual tubuh'nya.
Sehubungan itu, amat malang sekali jika pimpinan PR mempunyai ahli atau pemimpinnya yang begitu murah untuk dijual beli.
Pilihanraya Kecil DUN Selambau akan menguji tahap kesedaran pimpinan PKR di dalam memilih calonnya. Meskipun diberitakan hampir 8 orang calon mungkin bertanding di sana, tetapi rakyat tetap memberi tumpuan siapakah calon yang bakal dipilih oleh PKR. Rakyat tidak akan menilai sedikit pun calon dari Umno atau MIC kerana parti-parti dari komponen BN tersebut telah lama hilang imej dan nilainya di mata rakyat.
Apalah yang ada lagi pada BN/Umno jika tidak dengan adanya jentera kerajaan, wang ringgit yang bakal ditaburkan dan media yang dikuasai oleh mereka? Hanya dengan kekuatan moral sahaja kita mampu menewaskan ketiga-tiga senjata BN/Umno itu. Memandangkan tarikh Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang diadakan serentak, maka pimpinan PR mestilah menyediakan plan strategi yang teratur dan sistematik. Strategi yang baik dan mantap tidak berguna sekiranya pimpinan PR tersalah di dalam meletakkan calonnya.
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
wanfauzdin ns .
Monday, March 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku setuju sgt dgn artikel ni!! Aku nak tgk sangat sapa dia yang gile jawatan dlm PKR Merbok. Dengaq khabaq geng Mocktar Mansor dok lobi sakan dekat Dato Rashid MP Merbok, nak paksa Anwar ambik calon dia, Masilamani (kawan bisnes dia) utk jadi calon pkr di bukit selambau! Dia bagi alasan nak calon anak tempatan! Senang dia nak kontrol, senang suruh khianat pkr, tak mcm Aru dulu!! Budak Masi ni pun bukan anak tempatan, dok keluaq masuk Siam atas urusan bisnes dgn Mocktar ni!
ReplyDeleteKatanya, kalau tak lekat calon yg dia nak, dia ugut nak letak calon bebas Melayu yg dia dok rancang dgn Zamil & Mejar Anuar atau dia akan sabotaj pkr masa tempoh kempen. Tgk la nanti akan ada episod pimpinan bahagian pkr merbok keluaq parti masa kempen tu nanti. Habaq kat Saiful tu, jaga2 dgn Syed Omaq, kawan golf Moctar & Zamil. Dua2 ni dok kuda Dato Rashid yg tak tau apa2! Zamil la ni pun dah jadi jiran dato rasid, selang selorong saja!!
Nanti aku cerita lagi pasai Mocktar pi jumpak Anwar kat Parlimen minggu lepaih. Aku dpt cerita panaih ni semalam dari sorang pimpinan tertinggi PKR KL semalam. Panaih! Panaih!
Moktar dgn zamil memang hati busuk.memang akan ada aktiviti keluar pati masa kempen nnt.zamil tu keturunan zambie 786 perak la,muka pun hampir sama.deyy zamil teh tarik uneek.zamil sini kira.sekarang di semua kedai nasi kandar semua pelayan india kita tukar nama ke nama zambry dan zamil.setuju?
ReplyDelete