Saturday, March 21, 2009

DATO' PADUKA HUSAM MUSA

Bangi, 21 Mac (Hrkh) - Naib Presiden Pas, Dato' Paduka Husam Musa memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai boleh menyekat hasrat Najib menjadi Perdana Menteri

Hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri selepas Mesyuarat Agong Umno yang akan bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Namun peralihan kuasa ini dapat disekat," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu forum yang bertajuk Forum Kupasan Intelektual Krisis Perlembagaan Perak & Malaysia diadakan di Masjid An-Nur Bandar Baru Bangi yang turut dihadiri oleh Prof. Dr. Aziz Bari dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi.
Namun, Ahli Parlimen itu tidak dapat hadir ke forum tersebut dan digantikan oleh Presiden Gabungan Persatuan Anak Perak, Mohd Hafiz Sabri yang dipengerusikan oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nizamuddin Sulaiman.

No comments:

Post a Comment