Tidak mustahil ribuan anggota polis dikerah ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau melebihi apa yang dihantar ke Parlimen Kuala Terengganu semata-mata berhadapan dengan pilihan raya kecil pada 7 April nanti
Model operandi ketika bertembung dengan pembangkang penghujung tahun lalu akan digunapakai walaupun dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Tinjauan Harakah dua hari sebelum hari penamaan calon pada 29 Mac nanti mendapati kawasan lapang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kini dipenuhi khemah putih yang tertera kain rentang 'Martek PDRM IPD Kuala Muda N25 Bukit Selambau' mengadap ke jalan utama Alor Setar ke Butterworth.
Kebanjiran pasukan polis pelbagai pangkat dan unit jelas untuk menakutkan seakan-akan bila Pakatan Rakyat menang sesuatu peristiwa hitam akan tercetus sekaligus menjadikan negara Malaysia kacau bilau yang akhirnya boleh merosakan nama dan emej Malaysia di mata dunia.
Bukan itu sahaja, kediaman wartawan Harakah Kedah turut diintip seolah beliau di antara pengganas yang turut berkompromi dengan penjenayah besar yang dikehendaki polis selama ini.
Sepanjang saya, rakan saya Saad Abdullah, Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Kedah, Kapten Zamri dan wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim berbincang bagaimana strategi pemberitaan yang akan dilaporkan sepanjang pilihan raya kecil itu nanti di tingkat atas Markas Besar PAS di Lagenda Height rata-rata kelihatan kelibat Special Branch (SB) sekitar kedai minuman di ruang bawah bangunan tiga tingkat itu.
Fenomena itu memang biasa dilihat disetiap kali pilihan raya kecil tetapi kali ini nampak gayanya lebih serius kononya untuk menjagai keamanan agar perjalanan pilihanraya kecil itu nanti berjalan dengan aman dan tenteram.
Mesti ayat-ayat itu akan terpancul keluar daripada Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hasan bila soalan diacukan wartawan kelak.
Kini, semua rakyat tahu pasukan polis bukan lagi menjagai keamanan bahkan bekerja untuk Umno dan BN yang jelas mereka sering dilihat melancarkan provokasi bila adanya perhimpunan aman atau ceramah perdana melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat terutamanya bila permit ditarik di saat-saat akhir.
Pasukan yang menjadi kuda tunggangan Umno dan BN akan bertindak kasar bila keadaan menjadi kelam kabut menangkap, mengheret mangsa, mengari tangan sesiapa yang dilabel kehadapan menaikan semangat di kalangan orang ramai dan sebagainya.
Peristiwa terbaru berlaku di ceramah perdana melibatkan dua tokoh Pakatan Rakyat iaitu Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul di Taman Ria Jaya.
Walhal kelulusan permit memang ada tetapi ianya dibatal sekitar jam 5.00 petang di hari yang sama maka pastinya menimbulkan kemarahan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk mendengar amanat kepimpinan Pakatan Rakyat.
Anehnya, Umno dan BN yang masih mempunyai saki baki kuasa terus mempergunakan pasukan keselamatan dengan alasan jika diberikan peluang pimpinan Pakatan Rakyat memperjelaskan isu yang timbul pastinya sokongan yang cuba ditingkatkan oleh jentera Umno dan BN akan luntur tambahan lagi bila bakal Perdana Menteri ke enam, Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih kuasa pemerintahan serta selepas semangat ahli Umno di 'pam' semasa Perhimpunan Agung parti itu selesai sehari sebelum penamaan calon.
Apa yang penting... 'kerjasama' sepertimana yang dilaungkan oleh siri kartun kesukaan kanak- kanak 'Wonderpet' di TV. Mereka akan turun sepasukan membantu rakan yang ditimpa musibah dengan mencari berbagai formula terbaik demi sikap setiakawan yang tinggi.
Jadi, sebagai parti gabungan di bawah Pakatan Rakyat, PAS, KeADILan dan DAP mesti berpaut tangan antara satu sama lain bukan lagi mencari helah hasil tangan hitam yang senantiasa mahu melihat Pakatan Rakyat hancur berkecai menjadi debu.
Bila tiadanya lagi pakatan untuk menghancurkan Umno dan BN maka senanglah BN berdiri semula menyatukan tenaga dengan parti gabungan mereka berhadapan dengan serpihan Pakatan Rakyat yang hampir tengelam.
Akhirnya, siapa yang menang dan terus menang.... BN juga, manakala Pakatan Rakyat yang dulunya terkenal dengan Barisan Alternatif (BA) dan sebelumnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) akan hilang ditelan zaman.
Justeru itu, jangan ada perpecahan hasil perbalahan kecil terutamanya KeADILan yang khabarnya membuka dua pejabat berasingan di Bukit Selambau.
Sikap sedemikian sekurang- kurangnya merosakan semangat pendokong PAS yang sentiasa berganding bahu untuk menghancurkan Umno dan BN yang semakin pecah kapalnya.
Walaupun Bukit Selambau akan dibantu oleh jentera daripada dua negeri utara lain seperti Perlis dan Pulau Pinang ekoran pertembungan pilhan raya kecil di Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai di Sarawak namun percayalah dengan janji Allah SWT bahawa ia tetap membantu sekiranya usaha perperatkan sesama Pakatan Rakyat diutuhkan. -
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment