Saturday, March 21, 2009

BN TEWAS PUSINGAN PERTAMA

PKR sudah menamakan calonnya untuk PRK Bukit Selambau. Calonnya Manikumar seorang pemuda yang baru berumur 35 tahun yang berasal dari Bukit Selambau. Terbukti PR khusunya PKR tidak ketandusan calon dari golongan muda.Manakala MIC terpaksa 'menyabungkan' kuda tua yang sudah pasti tidak disenangi oleh golongan pemuda yang rata-rata menyokong perjuangan Hidraf.Saya yakin dalam hal pemilihan calon MIC/BN sudah tewas. Ini kerana sejak-sejak akhir-akhirnya trend pengundi muda memang menyebelahi PR. Maka dengan pemilihan Manikumar saya yakin PR akan mendapat sokongan hebat dari pengundi muda dan pengundi tua.

Maka BN sebenarnya telah membuat kesilapan dengan memilih calon kesukaan Samy Vellu yang sememangnya dibenci oleh orang India.Dari maklumat yang saya terima Manikumar memang disukai dan disegani oleh penduduk Bukit Selambau kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sering melakukan kebajikan. Malah beliau sendiri mesra dan senang bergaul dengan penduduk setempat. Tidak syak lagi BN sudah ketinggalan pada pusingan pertama ini

6 comments:

  1. Saudara Manikumar sudah tentu antara calon terbaik, dipilih secara muktamad oleh Pucuk pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk PRK N 25 Bukit Selambau. Semestinya pencalonan beliau ini, sehampir mungkin memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan. Apa jua keputusan yang dibuat, adalah untuk kebaikan dan kemenangan PKR/PR pada PRK ini. Sesiapa saja yang telah menawar diri untuk bertanding, dan telah tidak terpilih; seharusnya meneruskan perjuangan dengan memberi sokongan kepada calon kita dan bekerja keras untuk memenangkan PKR melalui calonnya Saudara Manikumar. Jangan kerana terlampau melayan kehendak hati, terlupa kita kepada asas perjuangan yang telah bersama-sama kita terapkan dahulu. Rakyat tidak akan memaafkan kamu, andainya protes kamu itu menjadi racun yang boleh memusnah perjuangan PKR yang menjadi harapan rakyat selama ini. Janganlah dibiarkan perjuangan anda di cemari, kotoran nafsu serakah yang mementingkan diri sendiri. Jika itu yang menjadi hasrat anda, ada baiknya anda beralih kepihak sana, manakan wajar diberi tempat kepada opurtunis dalam PKR/PR. Waspadalah!!!

    ReplyDelete
  2. protes bukan bermakna nak rosakkan PKR tapi lebih kpd maklumat grassroot yang bergelumang dibawah melalui Ketua Kampong+Ahli+Majlis+MPSP+selama setahun bermula 08 Mac 2008 bukan setakat dua tiga hari dan rekomen kuat aru sajawalaupu lambat elaun masih setia walaupun dimaki hamun bergelap tak berair... Mani? poorah

    ReplyDelete
  3. oportunis? semua K.K dan ahli majlis oportunis? silap maklumat

    ReplyDelete
  4. K.K dilantik oleh oportunis?

    ReplyDelete
  5. Apa pun kita harap para opotunist ini akhirnya akan akur bahawa perjuangan anda baru bermula ... maka teruskanlah perjuangan ini walau pun anda masih baru dalam PKR yangpenting sikap istiqamah dan akur padaprinsip keadilan sejagat ... no more crnisme ... and nepotisme .. layanani aduan rakyat sebaiknya ... dan laksanakan tanggung jawab anda ... to the best of your ability ....

    ReplyDelete
  6. Kalau demikian adanya cerita, tepok dada tanyalah selera!!. Kenapa Manikumar yang disergah.

    ReplyDelete