Wednesday, March 4, 2009

Kenapa Pemuda Umno Kedah Takut Nak Dedahlah Nama Exco

HARI ini juga berlangsung angkat sumpah sembilan Exco kerajaan negeri Kedah selepas genap setahun mereka berkhidmat. Menurut undang-undang negeri Kedah perlantikan Exco dibuat setahun sekali tidak seperti kebanyakan negeri lain, di mana tempoh perkhidmatan satu penggal kecuali Exco berkenaan ada menghadapi apa-apa masalah.Kesemua sembilan Exco termasuk MB mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Saya percaya kalau bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam tidak meletak jawatan beliau juga akan turut sama mengangkat sumpah.

Majlis angkat sumpah Exco Kedah itu berlangsung di istana bukannya di bawah pokok!Dengan kesemua Exco negeri Kedah mengangkat sumpah itu bermakna apa yang dihebuhkan oleh Umno kononnya ada Exco menghina sultan tidak menjadi isu sampai sultan enggan menerima Exco berkenaan. Saya yakin Sultan Kedah sudah pun tahu Exco mana yang didakwa itu.

Apabila Tuanku berkenan menerima angkat sumpah Exco berkenaan maka Sultan tidak teruja dan ikut angin seperti mana kehendak pemuda Umno. Sebanyak 18 laporan polis setakat ini dibuat oleh Pemuda Umno minta Exco berkenaan disiasat.Kemungkinan juga Sultan tidak mempedulikan desakan Umno itu selagi ianya tidak diputuskan (selesai disiasat) dan mendapat laporan lengkap.

Sebagai sultan yang adil baginda tidak akan terikut-ikut dengan sebarang provokasi dan fitnah.Sehingga kini orang ramai masih menanti-nanti apakah dakwaan Pemuda Umno Kedah itu benar ataupun hanya ilusi. Disebabkan mereka merasakan isu hina sultan, derhaka kepada sultan boleh digunakan pakai maka Pemuda Umno Kedah turut sama tidak mahu ketinggalan untuk memainkannya.Jika diperhatikan laporan polis itu dibuat menjelang majlis angkat sumpah Exco Kedah.

Apa yang diharapkan ialah semoga adalah salah seorang Exco itu tidak diterima menghadap dan itulah yang mereka tunggu. Itulah tektik dan strateginya. Tetapi apabila kesemuanya mengangkat sumpah Pemuda Umno kecewa sekali.Saya setuju dengan gesaan dan pandangan MB Kedah, Azizan Razak yang meminta Pemuda Umno menyebut nama Exco berkenaan. Katanya dia tidak mahu layan tuduhan tanpa nama itu dan menyifatkan beliau masih banyak kerja lain lagi untuk dilakukan.Iya, kenapa kalau Pemuda Umno ada bukti tidak disebut nama Exco berkenaan? Untuk apa dirahsiakan? Apa nak takutnya. Bukankah berani itu kerana benar dan bukan kerana salah.

Jika nama Exco itu tidak disembunyikan senang untuk orang ramai membuat penilaian awal mengenai sejauh mana tuduhan itu.Adalah diharap kepada Pemuda Umno selepas mereka membuat laporan polis dan menyaksikan sendiri Exco yang menjadi sasaran mereka itu dilantik semula, hentikan kerja-kerja yang boleh menimbulkan masalah kepada rakyat. Waktu ini apa yang baik bagi semua orang politik ialah bersatu untuk menghadapi cabaran semasa daripada menimbulkan keserabutan yang merugikan semua orang itu. Apa yang berlaku di Perak itu janganlah diulang lagi di negeri lain.Juga jangan lupa seandainya semua laporan polis yang dibuat itu palsu maka pemuda Umno Kedah hendaklah dipenjarakan seperti mana kata Najib Razak mereka yang membuat laporan palsu boleh dipenjarakan. Penjarakan! [wm.kl. 9:30 pm 03/03/09]mso

7 comments:

  1. Salam

    Pemuda UMNO Kedah mana ada telog.

    ReplyDelete
  2. eh ! knape Pemuda Celaka UMNO dan Polis tak kunci Istana pulak ?

    Biarla dia org termasuk Sultan berdiri bawah pokok

    ReplyDelete
  3. UMNOooo terus CELAKA.... tipu rakyat Malaysiaaaaa!

    kenapa bila Karpal kata pemuda UMNO yang hantar peluru... depa ramai ramai kata itu fitnah... siap kepung dia lagi...

    dalam kes ni, dakweaan tu tiada bukti... hanya script perbualan.... tapi UMNO melayan macam bukti sahih.... perbualan antara dua orang tu ada ke org ketiga yang tulih ambik nota butiran perbualan macam hansard perlimen atau macam dlm court???? nampak sangat itu hasil karangan mengarut... tah tah, UMNO apa yang karang ???? Kalau betul UMNO boleh dikira menghina Sultan Kedah ni.... nampak sangat double standard....

    ReplyDelete
  4. Pokok Celaka boleh buat ubat. Tapi kalau macam ni perangai Umno celaka.. Pokok Celaka pun tentu marah kat UMNO sebab dok kait nama dia. Kalau boleh pokok Celaka nak jadi bumbung pada persidangan DUN Perak yang lalu sebab berkait dengan nama Pakatan Rakyat..sejuk mata memandang!

    ReplyDelete
  5. Dari pengamatan aku apa yang dilakukan oleh umno ini dalam apa jua isu hanyalah untuk political milage mereka sahaja dan tidak pada asas prinsip perjuangan mereka yang sebenarnya. Dulu semasa krisis perlembagaan 1983, Umno teruk menghentam raja-raja melayu hanya kerana banyak cadangan mahathir tidak dipersetujuai oleh majlis raja-raja ... teruk raja-raja dihentam .. road show demi road show di anjurkan semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam krisis perlembagaan itu.
    Dalam tahun 1992, sekali lagi raja-raja ni ditelanjangkan hanya kerana mahathir nak hapuskan kekebalan raja-raja, isu gomez hanyalah sebagai batu loncatan sahaja untuk memulakan langkah ... tetapi nasib gomez tidak pun dibela ... kekayaan raja-raja kononnya didedahkan sehabis-habisnya .. siapa yang menderhakai raja sebenarnya ??? bukankah umno? tetapi sekarang ini isu PR pula menderhakai raja dimainkan kerana apa? adakah kerana nak mempertahankan raja-raja? TIDAK tetapi kerana isu itu akan memberikan umno talian hayat untuk terus bergayut kepada kuasa maka sembah taat setia dipertontonkan ... kerana tindakan biadap mereka merampas kuasa di Perak perlu mendapat perkenan raja maka sekonyong-konyong mereka merafak sembah menjunjung daulat raja .. piiiiraaaahhhh .... Pada Tuanku Raja2 pikir-pikirkanlah .... ular berkepala dua ini akan mematuk mangsanya bila berpeluang berbuat demikian dan bila dah berada dalam zon selamat ..

    ReplyDelete
  6. hanya rakyat marhain jua yang akan membela raja-raja melayu sejak dari dulu lagi kerana hanya raja-raja sahajalah yang merupakan payung rakyat marhain ini. Umno tidak pernah menganggap raja sebagai payung mereka ... tetapi bila dah tersepit dek kerana kemarahan rakyat terhadap mereka ..maka digunakanlah raja-raja ini sebagai perisai untuk survival mereka untuk terus mengumpul kekayaan untuk diri sendiridengan merampok kekayaan Negara diatas limpaahan keringat dan air mata rakyat marhain ... *ikir-pikirkanlah wahai pengundi bukit selambau, bukit gantang dan batang ai ...

    ReplyDelete
  7. antara dua bukit ada satu batang,
    batang ai bukan batang you,
    bukit selambau dan bukit gantang,
    PR dan BN bakal beradu,
    belum pasti ada pemenang,
    yang pasti melayu yang rugi,
    demokrasi juga yang malang,
    kerana akta ikut suka aku,
    Bakal menyusul bukit teLANJANg,
    kesian yb eli yang dapat malu,
    gara-gara umno gila wang dan kerang,
    Malaysia tanah airku ....

    ReplyDelete