Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Johari bin Baharom telah mengarahkan agar majlis-majlis perasmian dan berbagai aktiviti perlu diadakan di seluruh DUN Bukit Selambau oleh setiap jabatan di negeri Kedah dengan menjemput pemimpin BN untuk merasmikannya, demikian menurut laporan yang diberikan oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Peringkat Negeri Kedah.
Pengarah-pengarah jabatan ini menjadi serba-salah, lalu akhirnya mereka bertanya kepada EXCO kerajaan Negeri apakah tindakan yang mereka perlu lakukan. Untuk pengetahuan, Johari adalah Boss kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang baru diwujudkan di Kedah selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di Kedah sejak 8 Mac 2008 lalu.Jawapannya adalah mudah sahaja: Begini bunyinya."Pilihanraya Umum atau Kecil di Malaysia adalah perlawanan antara parti Politik bernama Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) atau Bebas untuk mendapat mandat daripada rakyat memerintah negeri, oleh itu seluruh jentera kerajaan tidak akan digunakan atau dibenar digunakan oleh kerajaan Kedah yang ada sekarang samada oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional."Oleh itu, arahan yang dikeluarkan oleh Johari Baharom berdasarkan laporan oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Peringkat Negeri adalah satu kerja kotor, menyalahi etika, menyeleweng, salahguna kuasa dan salah disisi undang-undang serta benda yang paling tidak disukai oleh UMNO iaitu derhaka.
Arahan rasmi telah dikeluarkan kepada semua Jabatan supaya tidak terlibat dalam kempen pilihanraya Kecil Bukit Selambau atas nama kerajaan negeri.Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat diharap dapat menjadi mata telinga kepada Kerajaan Negeri agar Jabatan samada peringkat Negeri dan Persekutuan tidak digunakan sepanjang kempen pilihanraya di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.Soalannya? Jika BN gunakan juga Jabatan-Jabatan Peringkat Persekutuan untuk tujuan kempen mereka di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang You apakah tindakan kita sebagai rakyat.... kerana kita tahu itu adalah satu penyelewengan.
Sunday, March 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sepatutnya ketua-ketua jabatan membuat laporan kepada SPRM dan PDRM sekiranya menerima arahan tersebut dari Kerajaan Pusat. Kita tahu implikasinya bahawa ketua jabatan tersebut akan ditukarkan atau kenaikan pangkat beliau atau dibekukan. Ingat rezeki itu milik Allah swt bukan ditentukan oleh sesiapa. Keberanian dan ketulusan tersebut yang bakal kita bawa di padang keadilan. Biar kita miskin dan papa di mukabumi tetapi kita kaya dan jutawan di akhirat nanti.
ReplyDelete