Semakin dekat tarikh penamaan calun semakin hangat suasana PRK Bt Selambau kali ini. Malam Isnin 23 Mac lalu program memperkenalkan calun dan ceramah bersama DSAI telah di gempur oleh si Topi Merah dan si Jaket Kuning. Mereka menyembor air kimia dan menembak rambang gas pemedih mata yang menyebabkan kira2 10,000 hadirin bertempiaran lari kerana tak tahan dengan bisanya asap gas tersebut dan jeket kuning menangkap kira2 32 orang hadirin termasuk beberapa pimpinan PKR dan Pas Kedah. Mereka yang ditahan dilepaskan keesokan harinya.
Alasan polis menyuraikan majlis ceramah tersebut atas alasan perhimpunan haram tetapi ironinya permit pada awalnya telah diberikan tetapi ditarik balik pada saat2 akhir yang mana alasannya bagi kita ahli Pakatan Rakyat telah pun boleh mengagakkan nya. Begitulah takutnya parti gerombolan Ameno terhadap program2 yang dibuat oleh pakatan rakyat. Kita juga jangan terkejut jika perkara sedemikian juga akan berlaku disaat kita sedang menghadapi PRK kali ini. Mereka akan melakukan apa saja untuk menghalang dari Pimpinan Pakatan Rakyat untuk berjumpa dan menceritakan hal sebenar politik semasa kepada rakyat. Mereka menjangka jika rakyat tidak didedahkan perkara sebenar rakyat akan menyokong mereka tetapi mereka tersilap percaturan politik kerana rakyat Malaysia telah matang dan berpolitik serta maklumat.
Lagi tekanan diberikan lagi cepat dan pasti kejatuhan mereka. Rakyat Bt Selambau sudah tidak sabar2 lagi untuk menghukum BN pada PRK ini. Tambahan pula lagi benci rakyat bila melihat markas polis (martec) yang sedang disiapkan ditepi IPD Sg Petani sedang disiapkan dan pondok polis didirikan hampir dengan markas Pakatan Rakyat seolah-olah akan berlaku kekacauan dan keganasan pada PRK ini.
Minggu ini juga kita dikejutkan dengan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan oleh kementerian yang diterajui olah Syed Hamid, menteri yang terkenal dengan kerapkali membuat kenyataan bodah. Alasan diberikan Harakah dan Suara Keadilan mengeluarkan berita berunsur fitnah dan mengelirukan. Rakyat ingin bertanya surat khabar mana yang mengeluarkan berita yang tak fitnah dan tak mengelirukan untuk dibaca?.... adakah utusan malaysia, berita harian atau nak paksa rakyat melihat dan mendengar TV3.......!!!!!!. Atau apakah yang akan berlaku dalam masa 3 bulan ini dalam politik Malaysia yang akan disorokkan dari pengetahuan rakyat Malaysia?. Yang pastinya sewaktu PRK kali ini Pakatan Rakyat akan mengalami pengurangan media untuk sebaran kepada pengundi dan penduduk dan gerombolan BN akan menyogok pengundi dengan berita2 hanya mereka sahaja yang baik,perihatin dan membela rakyat dalam media kesayangan mereka dan pasti kali ini diberikan secara percuma kepada pembaca menjelangnya hari penamaan calun sehingga hari pembuangan undi kelak.
Berbalik kepada Bt Selambau telah berlaku pertemuan para pengkianat parti dilokasinya kelab cinta sayang. Kehadiran agak membanggakan kepala segala pengkianat. Hampir 40 orang hadir dan ini temasuklah beberapa bahagian PKR yang mana ketua bahagiannya tidak sehaluan dengan pimpinan negeri bermesyuarat dan mencari jalan serta resolusi untuk mengalahkan calun PKR dalam PRK kali ini. Pertemuan ini juga melibatkan calun2 yang tidak dipilih untuk bertanding yang telah termakan hasutan dan terkena jarum bisa dari kepala pengkianat iaitu si Zamil Ibrahim. Maka adalah keputusan dibuat antaranya menetapkan calun bebas dan telah dibuktikan dengan keluarnya siaran di TV3 iaitu Radi Md Lazim akan bertanding sebagai calun bebas dan mengeluarkan kenyataan2 haprak tentang Pimpinan PKR.Juga akan keluar selepas ini pula keburukan mengenai calun PKR yang dipilih iaitu Manikumar untuk disebarkan tanpa henti sepanjang PRK kali ini.
Kepada Zamil pula gerombolan BN telah menyediakan seorang Pemberita khas untuknya menjalankan kerja2 kotor ini. Pemberita ini sentiasa dengan kameranya dan tulisannya mengikut kemana sahaja Zamil pergi dan menyiarkan keburukan samaada perkara yang sengaja dirancang atau keburukan yang dirakam untuk didedahkan. Jadi AWASLAH Pakatan Rakyat!!!!!!!!!. Bagi Pimpinan PKR negeri antara yang hadir adalah dari Baling, Pendang dan Padang Serai. Padang Serai diwakili oleh seorang ahli majlis yang kontraversi yang telah didedahkan beberapa kali kerja pengkianatannya tetapi tidak diambil pun tindakan terhadapnya.
Kepada Zamil ingin kawan2 berpesan kepadanya....Jaga lah marka yang bawa dari luar negeri tu....walaupun bukan dari monggolia tapi wajahnya hampir2 sama dengannya. Pada hang dok buat kerja2 kotor dan dimarahi oleh orang adalah lebih baik hang tumpukan masa kepada sidia. Waktu yang ada hang ajar dia mengucap dan ajar di solat dan niat berpuasa sebagai persedian untuk dijadiakan yang nombor 3. Mentor hang moktar Mansur mesti tersenyum jika beliau membaca perenggan ini.Walaupun hang dok cari keburukan orang hang jangan lupa orang juga dak teropong keburukan hang.
Cukuplah kekayaan segera yang hang dah dapat. Ingatlah sama dosa dan pahala. Walau sekaya mana pun hang dengan kereta2 dan motosikal serta rumah mewah bila sampai masa nanti pasti menyahut seruan Ilahi. Masa itu hang pikirlah betapa sengsaranya waris2 hang untuk menyempurnakan jenazah hang.Hang nak panggil orang2 Ameno untuk menguruskannya............
Hahaha.....Lu pikirlah sendiri.
Wassalam....Jumpa lagi.
Jin Brabus.
Wednesday, March 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa yang diharapkan pada malam itu ialah aktiviti ceramah berjalan dengan baik, bermula dan selesai dengan aman. tapi seperti kebiasaan kekacauan tetap juga berlaku. aku tak kisah terkena asap dan air asid, dah mangli dah sebab dulu di KL dah biasa bermandi dengan air dan berselimut dengan asap tu. cuma terkilan tak dapat mendengar amanat DSAI pada malam itu.
ReplyDeletesoal pondok polis banyak didirikan itu bukanlah suatu masalah kerana mereka hanya standby. aku tak jamin orang kita tak akan menimbulkan kekacauan kerana kita dah biasa buat macam tu. aku pun tak mau ada kekecohan sepanjang PRK ini.
sbb tu kita pilih calon bumiputra,agar dpt kembali tempat hak org melayu.Jgn jd kera sumbang,otak mau kena berpikir.Pilihanraya kali ni bukannya tgk parti.Tgk individu boleh buat kerja or tak?La ni trend mengundi bukannya tgk lambang parti,tgk individu.Sbb tu dlm PRU12 BN/UMNO kalah teruk.Pengundi tgk individu.Pengundi dah benci lambang dacing.Kali ini mengundi pun akan berlaku sedemikian,demi maruah org melayu untuk bangun dari kesilapan lampau.Mungkin suatu hari nanti PAS boleh letak calonnya sendiri dikalangan org tempatan.
ReplyDeleteWoi,editor n25bkt selamabau,jgn dok delete,block msg kami.Jika hg dah tak boleh kena maki or dgr pandangan org lain,lebih baik jgn buka laman blog ini.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesesudah kecewa dengan pakatan rakyat yang tidak menerimanya lagi bersama beberapa orang konconya, radhi bekas ahli pkr baling (yang kini menjadi ahli buangan bersama zamil ibrahim, bekas ketua pemuda keadilan kedah), mengisytiharkan dirinya calon bebas di dun N.25 bukit selambau. masa pr menang nak lantik jadi ahli majlis daerah baling, kelam kabut nak masuk pkr balik. tetapi tak dapat jawatan, terus marah dan kecewa. eloklah join dengan zamil yang tinggal di banglo kelab cinta sayang bersama-sama dengan sebuah mercedez, rolls royce dan super-bike serta bmw yang bini muda dia bawa di ambangan heights. moga-moga radhi pun akan direstui penyokong kecilnya untuk merampas kerusi tinggalan arumugam.
calon melayu pun buat apa selagi ditaja umno/bn. dah lama dah calon melayu mewakili pas lawan di dun bukit selambau tetapi majoriti melayu terutama umno tak sokong pun. contoh dr hamdan khalib pernah lawan v saravanan pada 1999 dan calon pas lain sebelum persempadanan semula kawasan itu. bn pula pi serah kepada mic lepas tu. dah pola pengundi melayu di beberapa kawasan kubu kuat umno terutama di sebelah bukit selambau masih berpihak kepada calon bn/mic. bila lagi lah kaum puak pak njang baderi dan datuk mi janggut (arzmi hamid) yang tinggal di kampung dekat sekolah kebangsaan bukit selambau dan sekaliannya ahli umno di kuala sin dan kampung perak nak pangkah orang pilihaan depa.
ReplyDeleteWahai jin brabus aku kalau boleh nak bersemuka dgn hang kenapa hang terlalu marah sangat dgn pkr padang serai hag lah punca segala galanya. bagi perpecahan sesama sendiri dalam pkr dan juga perosak pkr bhg bhg lain. Wahai jin hang patut bertemu dgn jin jahat yg akan hentam hang pulak lepas ni...INI ADALAH PERINGATAN DAN AMARAN AKU AKU AKAN DEDAHKAN SIAPA HANG YG BERSELINGDUNG DISEBALIK JIN BRABUS.
ReplyDeletepilih calon bumiputra?? u nie memang perkauman!!!
ReplyDeletehanya bumiputra ja ka bley jadi wakil rakyat?? nampak sgt awak nie jumud dan berfikiran kolot dan masih dlm kepompong pemikiran melayu umno yg jumud !!!
lu fikirlah sendiri beb !!!
pilih calon bumiputra??? nampak sangat awak nie perkauman !!! org bumiputra ja ka leh jadi pemimpin??? awak nie mesti org keris kan??? masih berfikiran kolot dan jumud. kesian... anda keluarlah dari kepompong pemikiran perkauman dan jumud UMNO !!!
ReplyDeletekesian saya tgk... lu fikirlah sendiri beb !!
cuba la hgpa cermin diri sikit. jgn dok agung-agung sangat pak shiekh hangpa tu. kita manusia ni kena saling berpesan sesama saudara, bukan buta tuli menonong ikut punggung orang tak tentu hala. maki sana - cerca sana, tu belum kira lagi dosa dok bawa cerita fitnah.
ReplyDeletebangsa lain berpolitik dan bersatu untuk jaga kaum tapi hangpa pakat biar bangsa lain ambil kesempatan. cuba hgpa kira berapa ramai ada yb2 bukan melayu dalam pkr yg bila-bila masa boleh lompat ke parti dap, alih-alih nanti senang sj orang lain akan perintah tanah melayu. baru la orang melayu nganga depan bendul pintu.
nak berpolitik pun biarlah pandai atur strategi, bukan takat ikut punggung orang lain
al kisah satu ketika akan datanglah seorang lelaki yang membawa berita gembira kepada mereka yang tuli lalu dia diagung-agungkan bagai raja.
ReplyDeletemaka berbondong-bondonglah si tuli menjunjung segala kata-kata si lelaki ini tanpa usul periksa. yang halal di haramkan. yang suci di burukan. yang benar di pesongkan. maka fitnah bermaharaja lela di dunia si tuli.
Kalau umno sudah tentu umno nya,klau Pas dah tentu PAS nya,kalau PKR dah tentu PKR nya.Tetapi ada pulak tak UMNO,tak PAS tak PKR tetapi ngan PAS nak gaduh,ngan PKR pun tak suka,nak kata ahli UMNO pun tidak,Kalau bebas mana menifeto bebas?Kalau bebas tak dak menefesto,jd apa matlamat perjuanganya.Kalau nak berniaga politik baik masuk UMNO cari kontrak,lg senang.Kata bijak politik ,sesama sendiri pun tak leh menang.apa ceritee...
ReplyDeleteada sekor beruk kata jangan ikut sangat pak sheikh,jgn percaya sangat Anwar.nanti negara orang cina ambik.
ReplyDeleteCara hang tulis tu pun nampak sangat hang tak faham senario politik sebenar.Sampai la ni,! hang sebut berapa ladang hak melayu kat Bukit Selambau ni yang melayu punya,selama UMNO perintah 50 tahun apa dah jadi nasib bangsa melayu sampai jadi macamni.PR perintah baru setahun takkan kat kedah tak mungkin Azizan buat semua tu,Kalau buat pun tak dan setahun!
Soal bangsa lain perintah malaysia aku nak tanya sapa tentukan harga ayam?taukeh cina atau kerajaan.Harga gulaa sapa tentukan.Sapa vincent tan.Robert kuok Lim Goh tong.kawan umno ka? kawan Pakatan.Sapa mereka.
Pasaipa orang Pendalaman Sabah Serawak masih sokong BN.Orang semenanjung dah tunjuk tanda perubahan.
ReplyDeletePAKATAN PENERAJU PERPADUAN TULEN
ReplyDeletePakatan terus menerajui perpaduan tulen walaupun melalui pelbagai halangan. Perpaduan tulen penting bagi memastikan negara Malaysia terus dapat mengharungi liku2 yang mendatang penuh dengan cabaran.
Ini dibuktikan apabila kesemua parti dalam pakatan keahlianya terbuka kepada semua kaum dan PAS membuka keahlian bukan Islam melalui Kelab Penyong PAS. Parti2 didalam pakatan tidak mewakili mana2 kaum tetapi perjuangan pakatan berlandaskan perlembagaan yang telah termeterai sejak sekian lama. Semua kaum mempunyai hak kesamarataan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Hak2 asal Orang2 Melayu tidak akan diusik sama sekali dan ini telah dipersetujui oleh ketiga parti gabungan Pakatan Rakyat. Kita akan menentang sesiapa yang mempersoalkan hal ini.
Perpaduan tulen sangat penting bagi menjamin kestabilan Negara pada masa akan datang.
Perpaduan yang dibawa UMNO dan BN adalah perpaduan yang hanya wujud di permukaan tetapi mempunyai rasa sangsi antara atu sama lain. Lihatlah bagaimana UMNO hanya membawa kepentingan Melayu,MCA membawa kepentingan keturunan Tionghua dan MIC membawa suara masyarakat India. Bagaimana kepentingan satu2 kaum hendak diutamakan kerana keutamaan yang diberikan akan mengorbankan kepentingan kaum lain. Apabila kita menghambat kepentingan satu2 kaum tak kira Cina,India atau Melayu,sudah tentu kaum lain akan melakukan hal yang sama lantas akan timbul persepsi , perselisihan.dan persaingan , kadang2 sampai satu tahap pernah UMNO mencabar kaum Cina . Justeru perpaduan tetap tidak mampu dijelmakan secara berkesan.
Telah banyak sejarah membuktikan bahawa sentimen perkauman sangat merbahaya dan boleh membawa kemusnahan. Lihatlah apa yang telah berlaku di Jerman pada tahun 1941 hingga 1945,Kemusnahan telah berlaku kerana pimpinan tertinggi ketika itu Aldorf Hitler telah menjalankan pembersihan etnik lebih 40 juta manusia terbunuh dalam peperangan tersebut sehinggakan melibatkan beberapa kuasa besar dunia..Lihat pula apa yang telah terjadi di Bosnia Herzegovina dan Serbia pada tahun 1991 sehingga 1993. Lebih 300 ribu tentera dan rakyat terkorban akibat perbalahan kaum. Apa terjadi di Rwanda pada tahun 1993 sehingga tahun 1995,Lebih setengah juta rakyat terkorban akibat pertalingkahan kaum diantara puak Hutu dan Tutsi.
Ini semua akibat dasar perkauman yang dimainkan oleh manusia yang bankrap idea dalam perjuangan. Apakah dengan membenci kaum2 lain boleh memajukan kita sebagai orang2 Melayu.
Bangsa melayu mesti berganding bahu dengan bangsa lain tanpa mengorbankan prinsip dan perlembagaan. Ayuh kita bersama Pakatan Rakyat dan menjadikan Bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain dari segi ekonomi dan pendidikan didalam Negara ini.
Kita sering tertipu dengan mainan politik lama BN yang bercakap seperti pendekar didepan kaum masing2 tetapi sebaliknya mereka tidak melakukan apa2 pun melainkan membahagikan kekayaan Negara antara mereka. Mereka juga sedar perpaduan yang mereka galas tidak mampu melahirkan perpaduan sebenar dan mereka juga tahu tiada kepentingan sesiapapun yang dijaga, sebaliknya kepentingan kroni menjadi agenda dalaman. Ini berlaku untuk mengekalkan kuasa BN sebagai pemerintah dengan menakut nakutkan satu2 kaum tentang kemaraan kaum lain demi meraih undi ketika pilihanraya .
Hanya rakyat bawahan yang terpekik soal kepentingan kaum masing2 sambil disambut oleh ahli politik yang kononya membela dan mempertahankan hak2 mereka.
Cuba kita fikirkan mengapa banyak ladang2 menjadi hak milik bukan Melayu sedangkan Melayulah yang meneroka hampir setiap inci tanah dimuka bumi Malaysia.Apakah kerana Pakatan Rakyat yang baru memerintah setahun ini atau kerja orang politik BN yang membenar dan menjual hak Melayu pada bangsa lain, demi kekayaan mereka sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu.
Kita tidak boleh menyalahkan bangsa lain dalam hal ini kerana mereka datang sebagai penghijrah dan sudah pasti mereka mencari peluang supaya mereka ada tempat dan jaminan dibumi Malaysia ini. Hak milik mereka sah dan tidak boleh dikembalikan kepada orang2 Melayu kembali,mungkin sampai kiamat sekalipun. Siapa yang bersalah dalam hal ini?
Sehingga hari ini Melayu hanya memiliki 19% daripada kekayaan Negara,mengapa ini berlaku. Adakah ini salah PKR,PAS atau DAP.Mengapa DEB tidak berjaya membantu orang2 melayu. Berapa lama lagikah orang Melayu mesti bernaung dibawah UMNO yang ternyata gagal membela orang2 Melayu.Melayu sudah terlewat untuk menjadi Melayu yang dominan dalam ekonomi tetapi Melayu masih belum terlewat untuk terus maju dan seiring dengan bangsa2 lain.
Cuba tanya pemimpin UMNO berapa taukeh Genting beli Bukit Genting Hingland atau diperolehi secara percuma. Bukit tinggi Pahang siapa miliki beli atau dapat secara percuma,kalau percuma siapa bagi? Apa kaitan Vincent Tan dengan Bukit Tinggi.
Pemimpin UMNO cakap mereka adalah dominan (tunjang),tetapi harga gula pun mereka tak boleh kawal , setidak2 nya bersuara. Apatah lagi harga telur dan ayam.Apa dah jadi barang kawalan simen?
Kerajaan Pakatan sedang berusaha mewujudkan suatu suasana yang kondusif kepada semua kaum supaya semua kaum di Malaysia boleh berkerjasama dalam kata erti yang sebenar bukan kerjasama yang secetek air kopi dalam cawan. Kerjasama yang sejati tanpa ada rasa sangsi antara satu sama lain. Ekonomi Melayu akan terus berkembang sekiranya suasana ini diwujudkan dan tiada lagi perasaan kurang senang seperti yang dirasai sekarang,”seperti kata pepatah tenang air di permukaan tetapi bawahnya penuh dengan kayu batu dan duri”.
Hiduplah kita sebagai rakyat Malaysia yang menilai sesuatu perkara secara adil dan berhemah.
Bahasa melayu jadi bahasa pasar.Orang Melayu tak kisah kalau anak tak pandai BM tetapi kalau gagal subjek English dia godam.HIDUP!!!!Melayu...!!!
ReplyDeleteMelayu DEB dapat projek bagi kat CINA apa ertinya DEB.Jawab jangan tak jawab
Ada mangkuk ayun mana tau kata Anwar caci orang sana sini.
ReplyDeleteAnwar kutuk UMNO sebab dia musuh UMNO.UMNO pun kutuk Anwar.Anwar kutuk tak masuk berita apa yang dia kutuk tetapi UMNO kutuk siap masuk tv 3 lagi.POOOrahhhh!!! UMNO bacul haram Suara Keadilan ngan Harakah.
Ada orang cadang letak calon melayu kat Bkt selambau.Confirm kalah kalau tak calon melayu kerana bukan semua orang melayu nak calon melayu saja mereka pilih parti juga.Mesti letak India utk wakili India di DUN.Apatah lagi kiranya calon BN pun INDIA.Kita meati adil dan kelihatan benar2 adil.
ReplyDeleteDulu orang fikir PKR parti serpihan dan akan terkubur selepas satu atau dua PRU.Tetapi sekarang apa macam? Jawab Umnoooo.....
ReplyDeletejin jahat memanglah jahat ..... dah mengaku jahat pulak dah
ReplyDelete