Sunday, March 22, 2009

ASIMILASI

PKR telah melalui asimilasi yang banyak sejak penubuhanya,daripada perjuangan membebaskan DSAI dalam penjara sehinggalah perjuangan untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia.Daripada PKN kepada PKR iaitu Parti Keadilan Nasional sehinggalah Parti Keadilan Rakyat.

Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang asing dalam PKR.Ia menjadi latihan rohani kepada parti. Keadaan ini juga berlaku pada setiap kali pemilihan calon PRK,termasuk Ijok dan Bkt. Selambau. Kita telah menerima banyak tamparan hebat akibat pemilihan calon yang tidak sesuai dengan parti PKR,terdapat segelintir calon yang menang pada PRU 12 sebenarnya lebih sesuai menjadi calon BN.
Dahulu tiada siapa yang melihat PKR akan mara sebegini rupa,masakan tidak hanya tinggal dua DUN dan satu parlimen.Itu pun Umno BN nak rampas.Maka ramai orang yang layak bertanding berfikir tiga belas kali untuk mewakili PKR. Ada pula yang membuat andaian PRU12 adalah PRU terakhir bagi PKR. Tetapi takdir Allah mengubah segalanya termasuk pandangan terhadap potensi PKR. Dengan strategi mantap dan keyakinan pejuang – pejuang yang istiqamah sementara UMNO BN penuh dengan luka dan nanah, maka takdir Allah menjadi begini.

Diatas keyakinan orang ramai terhadap PKR untuk mengekalkan kerusi Bkt. Selambau maka tak hairanlah lebih 20 individu menawarkan diri untuk bertanding. Hampir semua mempunyai kelayakan untuk bertanding.Awal-awal lagi DSAI teleh mengumumkan bahawa calon Bkt.Selambau akan kekal untuk calon berketurunan India. Sesi pemilihan calon begitu kompleks kerana pelbagai latar belakang ditawarkan,walaubagaimanapun hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk bertanding. Maka dipilihlah oleh MPT PKR untuk meletakkan Manikumar A/L Subramaniam. Seorang anak muda yang mempunyai latar belakang professional dan fasih berbahasa Melayu,jauh lebih baik daripada Md. Nor Yaacob.Menteri kewangan kedua.Lengkap pakej sebagai calon tetapi ada yang tidak mahu menerimanya dengan mendakwa ia calon yang tidak dikenali.

Jadi berlakulah sedikit pertikaian.Sekiranya ini alasan untuk tidak menyokong beliau,maka teramat sedihlah kita dan kita perlu ada lagi satu asimilasi untuk kumpulan ini. Menjadi tugas kita untuk membina persepsi orang ramai terhadap calon kita,apabila kita memberi imej baik maka calon akan ia akan dipandang lebih baik dan juga sebaliknya.Apakah calon yang menang hari ini semua pengundi mengenalinya sebelum berkempen,melainkan mengenali setelah membaca risalah,mendengar ceramah,lawatan calon ketika berkempen dan media.

Bagaimana istilah calon yang tidak dikenali dan calon yang dikenali?Mungkin istilah calon yang tidak dikenali ialah kelompok penyokong yang calon mereka tidak terpilih yang sebenarnya tidak mengenalinya,bilangan mereka mungkin sepuluh atau dua puluh orang sahaja.

Apakah calon yang dikenali ramai atau popular akan menjadi calon yang baik dan menjanjikan kemenangan. Mudah membina calon yang tidak dikenali menjadi calon yang hebat daripada calon yang dikenali tetapi banyak kerja penyucian perlu dilakukan.Sebagai contoh Kalaivanar adalah calon yang sangat dikenali di kawasanya tetapi beliau gagal meraih kemenangan pada PRU 12 yang lepas.

Kita telah kenalpasti wujud individu yang memperhebatkan lagi isu ini walaupun ia perkara yang boleh diselesaikan sehari dua sahaja.Kumpulan ini menggunakan rakan2 India untuk menimbulkan kekerohan.Akhir sekali rakan-rakan India yang dapat busuk sedangkan matlamat mereka yang rakan-rakan India tunaikan. Kumpulan ini diketuai oleh pengkhianat parti PKR,mereka golongan kecewa yang gagal dalam politik PKR,mereka telah lama meninggalkan parti ketika parti menghadapi gelora.Kita hendak melawan UMNO BN bukan makhluk ini.Makhluk ini pernah lari dari membayar bil hospital isterinya dan kebetulan ketika itu ada wayar tertinggal dalam perut isterinya ketika pembedahan.

Calon adalah symbol parti,dan parti adalah pembawa idealisma.Oleh itu,semua penyokong mestilah membuat perkiraan wajar yang meletakkan kepentingan parti lebih tinggi daripada keperluan setompok dua penyokong. Keperluan memenuhi kehendak pengundi ramai yang boleh memberikan impak kemenangan.itu lebih penting.
Keperluan memikat pengundi Melayu adalah keutamaan pada ketika ini di DUN Bkt.Selambau, maka calon mestilah lulus dari sudut ini,bukan semata-mata calon nak jadi exco.Calon yang tidak terpilih kali ini bukan tidak layak tetapi tidak sesuai untuk keadaan semasa.

Kita tidak menafikan hak mereka untuk bersuara,dan kita mengambil perhatian pandangan mereka tetapi apabila kemahuan mereka kita ketepikan untuk sementara waktu janganlah langsung memberikan status berdosa kepada parti. Parti ada pandangan dan rasional keputusan yang dibuat,dan keputusan dibuat didalam mesyuarat tertinggi yang mengambil kira semua aspek dan pengalaman lalu.Janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sekolam.

Buanglah jauh-jauh ketengah laut ketidakpuasan hati kita,marilah bersama kita berganding bahu memastikan Pakatan Rakyat menawan kerusi Bkt.Selambau sekali lagi.Lawan Tetap Lawan!!!!!!!

9 comments:

  1. InsyaAllah, kita menang!!. Semalam ceramah yang di hadhiri oleh Manikumar mendapat sambutan ramai, dari berbagai kaum, lebih-lebih lagi kaum India di Ria Jaya. Siapa kata orang tak mau.sifat peramah beliau menjadikan beliau mudah di fahami dan diterima masyarakat.

    ReplyDelete
  2. betulke? atau sandiwara saja... tapi LAWAN TETAP LAWAN Mani

    ReplyDelete
  3. Betul, Orang Ria Jaya bukan semudah itu dicocok hidung!!!!!!!!!. Lain yang kami dengaq lain pula yang kami tengok; Ramai betul, buat apa nak kelentong ta' ada faedahnya.

    ReplyDelete
  4. Aku juga org Tmn Ria Jaya tapi tak dengar pun???Aku rasa undi rosak akan bertambah byk daripada PRU12.Kali ini aku rasa undi rosak akan cecah 3ribu keatas.Terlau byk calon bebas nak bertanding,jika menang konon2nya boleh jadi EXCO kerajaan negeri.Calon bebas menang boleh melompat mana2 parti yg dia mahu.Aku akan pangkah calon bebas beragama islam keturunan melayu akan menang.Aku nak kouta Bkt Selambau dikembalikan kepada org melayu.Dahulunya milik org melayu,Pak Jang Badri yg menang berturut2.Apabila bersempadan semula,barulah kerusi melayu berpindah kepada kaum india.Purata penduduk melayu melebihi 52%LU PK LA SENDIRI............Kita nak cari imam org islam untuk sembahyangkan jenazah,imamkan solat kita.Ia akan dituntut di akhirat kelak.Dunia sekarang pun dah jadi semakin hari semakin panas..Kita pun nak dapat sejuk sikit di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  5. Ehmmmm, kau tak dengar, hairan ya, macam mana kau boleh tak dengar, tak dengar atau tak tahu??? ooph!!! memang kau tak dengar dan tak tahu, bukankah engkau ini saban hari sebok bermain teka teki dengan undi rosak. Susah payah orang mengadakan pilihan raya, awak asyik fikir tentang undi rosak, apakah awak ini sebahagian dari makhluk perosak??.

    Awak bercakap pasal Islam dan akhirat, tetapi sikap awak tidak mencerminkan akal budi seorang Islam. Awak sebenarnya, lebih bersifat perkauman. Penduduk melayu yang 52% itu pun tidak semua yang bersepedapat dengan awak. Mana mungkin mereka terpengaruh dengan hujjah manusia seperti awak. Paling tidak, mereka akan memberi undi kepada calon yang mewakili Pakatan Rakyat. Tidak semudah itu untuk kamu mempengaruhi orang-orang yang berakal fikiran dikalangan kita disini,

    ReplyDelete
  6. bukan nak pengaruhi tapi dah konfirm beb Mani kecundang

    ReplyDelete
  7. Apa salahnya calon dikalangan org islam,samada Keadilan,PAS boleh letak calon yg berpotensi.Boleh buat jadi imam sembahyang subuh.Ini HINDAF...HINDAF di malaysia pun dah tak releven lagi,silalah tanya dgn DSAI pasal HINDAF.DSAI rela dimalukan oleh bangsanya sendiri.DSAI masih ada lagi sifat UMNO d dlm dirinya.Sbb itu DSAI terpaksa ikut telunjuk bangsa kaum yg lain,cuba utamakan bangsa kita dahulu.Tp kita akan saksi keputusan by-election kelak nanti.Sy berharap rakyat bkt selambau tidak bodoh memilih calon mereka.Ini bukan soalnya perkauman,tp lebih drp maruah org melayu.

    ReplyDelete
  8. Woi talibarut umnobn tak payahlah hang nak bersandiwara kat sini!!!!. Suruh letak calon Islam konon,nak jadikan Imam Sembahyang???. Sapa yang sejak lebih sepuluh tahun hingga kehari ini dok letak calon bukan Islam kat Dun Bukit Selambau ni. siapa yang buat persempadanan baru, di sini, agar meramaikan kaum India yang pada ketika itu pengundi BN kiang. Mana pegi semangat melayu Islam hang. masa tu orang-orang melayu UMNO lah yang bertungkus lumus mencanangkan nama saravana, krisnan di taman Ria Jaya ni. Malah tanah-tanah di Ria jaya ini dimiliki oleh siapa, kalau bukan bekas eksko BEH, siapa yang serah kat dia, kalau bukan umno. Tepuk dada tanya selera. Baru sekarang hangpa nak bercakap pasal maruah melayu.Maruah melayu tidak kemana hilangnya, melainkan kamu yang mengada-adakan cerita, untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat yang majoritinya memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan. Setakat ini temberang kamu tidak membuahkan hasil langsung. Pengundi -pengundi Dun Bukit Selambau akan memperlihatkan kepada kamu, kesan perbuatan kamu selama ini, InsyaAllah!!!.

    ReplyDelete
  9. sbb tu kita pilih calon bumiputra,agar dpt kembali tempat hak org melayu.Jgn jd kera sumbang,otak mau kena berpikir.Pilihanraya kali ni bukannya tgk parti.Tgk individu boleh buat kerja or tak?La ni trend mengundi bukannya tgk lambang parti,tgk individu.Sbb tu dlm PRU12 BN/UMNO kalah teruk.Pengundi tgk individu.Pengundi dah benci lambang dacing.Kali ini mengundi pun akan berlaku sedemikian,demi maruah org melayu untuk bangun dari kesilapan lampau.Mungkin suatu hari nanti PAS boleh letak calonnya sendiri dikalangan org tempatan.

    ReplyDelete