Sunday, March 22, 2009

KEADILAN KETENGAHKAN CALON MUDA

KUALA LUMPUR, 21 MAC (SK) - PEMILIHAN S Manikumar sebagai calon KeADILan di Bukit Selambau menunjukan komitmen parti ini untuk menonjolkan bakat muda untuk memimpin rakyat.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pemilihan Manikumar adalah satu pilihan terbaik dari parti dan ini adalah kepercayaan parti terhadap orang muda.
“Calon yang dipilih oleh pimpinan adalah calon yang layak, muda serta berpendidikan, kami percaya beliau mampu membawa pembaharuan kepada rakyat Bukit Selambau dan seluruh negeri Kedah,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Semalam Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar - usahawan tempatan yang berusia 35 tahun sebagai calon KeADILan, bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.

Manikumar yang menyertai KeADIlan semenjak dua tahun lalu merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.
Beliau yang juga pensyarah sambilan UUM itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, turut menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Shamsul menambah, sebagai pemimpin Angkatan Muda, sayap pemuda bagi KeADILan, beliau menyokong penuh dan akan memastikan seluruh jentera membantu kemenangan Manikumar.
Sementara itu, Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli berkata pemilihan Manikumar tidak akan mendapat tentangan dari pihaknya dan seluruh Angkatan Muda negeri.
“Kami menerima keputusan parti untuk memilih Manikumar sebagai calon serta akan memastikan jentera bekerja untuk kemenangan KeADILan di Bukit Selambau,” katanya kepada Suara Keadilan pagi ini.

15 comments:

  1. hindraf bagi kata dua kepada PKR, tukar pilihan calon. kalau tidak...

    ReplyDelete
  2. kita tunggu dan lihat samada mani diterima oleh Hindraf atau India Merbok jugak Melayu atas pagar

    ReplyDelete
  3. Rakyat tidak mahukan calon dari mana-mana pressure group. Kita memilih mp atau adun berdasarkan semangat setia kawan antara bangsa dan keturunan. Manikumar di lihat memenuhi kehendak ini. Apa gunanya hero, jika skop perjuangan nya terlalu sempit, membelakangi hasrat sebenar rakyat negara bangsa; Malaysia Baru.

    ReplyDelete
  4. dulu kerusi Bkt Selambau milik org islam,nak dapat balik dr UMNO cukup susah kerana kouta dah bagi pd MIC,keadilan juga pun dah bagi kouta pd kaum india,jadi tiba lah masanya kita berubah dan ambil balik hak org melayu beragama islam.Yg penting dlm pilihanraya kecil ini adalah hak org melayu di Bkt Selambau.Di kedah,jika BN menang tak dapat memerintah,jika calon PR kalah,kerajaan negeri tak tergugat.Lebih baik kita pilih calon bebas beragama Islam.Yg penting adalah kerusi DUN Bkt Selambau wajib dikembalikan kpd tuan punya asal...LU PK LA SENDIRI...........Kita berjuang demi bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  5. ISLAM pon tapi spesis bawak lari duit pilihanraya buat apa... ISLAM pon kalau spesis gila kuasa sebab kalah pilihan ketua bahagian buat apa...

    Islam Kapal selam jaa puak2 bebas nie....

    Calon BEBAS Bkt Selambau kebanyakkan datang dari parti BN...

    ReplyDelete
  6. manikumar juga bekas ahli MIC sebenarnye cam Gobala jugak muahaha jgn terpedaya tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  7. Seluruh Malaysia, rata-rata orang Melayu Islam yang mewakili rakyat selama 50 tahun lebih, apa yang jadi kepada Islam, terpinggir juga, dok tak dok depa buat Islam hadhari. Biaq sekarang ni PR yang memerintah, semua rakyat hidup seia sekata, saling bantu membantu bagi mencapai kesejahteraan hidup bersama, selari dengan lunas-lunas perlembagaan negara. Kehendak Islam kita laksanakan, kita mertabatkan, supaya kehidupan lebih bermakna. Kehidupan sahabat-sahabat kita yang berlainan agama dan keturunan kita ceriabahagiakan, diberi perhatian yang sewajarnya agar kehidupan rakyat tidak menjadi huru-hara, harubiru tak tentu hala. Melayu ka, India ka, cina ka, calon kita,yang penting Mereka calon dari Pakatan Rakyat, selamat segala, bahagia semua. Percayalah!!!!.

    ReplyDelete
  8. Calon bebas????, mana mai depa ni, tak lain tak bukan, mereka ini adalah manusia kecewa, opportunist yang nak tumpang ambil kesempatan, pencari modal untuk kepentingan peribadi. Orang -orang yang tidak akur kepada jemaah, mereka menolak keputusan parti/jemaah, jenis parasit yang merosakkan. Kalau benar berjiwa rakyat, bertandinglah diatas mana-mana nama parti/jemaah politik yang sah.

    ReplyDelete
  9. Kalau India .... semuanya dari MIC tapi yang dah tobat ler .... Manikumar nih dah bersumpah di atas jasad ibunya tidak akan mengkhianati PKR dan PR ... Lets give him the benefit of the doubt .... setakat ini dalam sejarah PR belum ada India yang mengkhianati PR yang ada cuma Melayu dan Cina sahaja di Perak tu .. Ingat ler ... bukan nak puji tapi itu hakikat ...

    ReplyDelete
  10. Anonymous prtama kata Hindraf beri kata dua pada PKR untuk tukar calon ... setahu kita Hindraf tak bagi kata dua melalui Blog ... hehehe ini sahlah orang suruhan zamil dan gang 9 KB ...nak merosakkan dan mensabotaj PR ... dah lah ZAMIL dan 9 KB ... hentikan pengkhianatan .... kalau tak setuju dengan DSai atau PKR elok keluaq Parti jer

    ReplyDelete
  11. Politik Demokrasi Berpartisan tidak melarang berparti BEBAS cam Ibrahim ALI Pasir Mas nun... ko je anggap mereka kecewa atau tak de prinsip cam Arumugam tu BEBAS jugak lawan MIC dan PKR cuma pencalonan PKR tertolak muahaha kalu kali ni pencalonan Mani jugak tertolak sebab teknikal bagaimana? perkara tak mustahil berlaku

    ReplyDelete
  12. tambah lagi .... kalau tak akur dengan Jemaah ...

    ReplyDelete
  13. jemaah ape PEKIDA?

    ReplyDelete
  14. Arumugam sejak awal-awal lagi dah berikrar menyokong PR,di depan khalayak ramai di Sungai Lalang; itu sebabnya sebaik saja beliau menang, beliau join PKR/PR. Jangan buat tak tau. Ibrahim Ali tak payah sebutlah, dia bertanding atas tiket PAS, kemudian bila menang, masuk parliamen, dia jadi bebas, jadi talibarut B'end, itu sebab dikatakan Ahli Bebas tidak semacam bebas pun bila bersekongkol dengan B'end. Kita tak mau yang mengaku bebas tu sebenarnya proksi-proksi B'end hang faham tak?????????.

    ReplyDelete
  15. PEKIDA bukan parti atau jemaah politik. Jemaah yang kita maksud jemaah PAS atau PR. Ada kah pula bila tak terpilih sebagai calon depa nak ugut bertanding sebagai Bebas, dok sua muka kat B'end. Kot-kot dapat la habuan. Depa-depa ni lebih baik belah, pi jauh-jauh.

    ReplyDelete