SUNGAI PETANI: Jumlah Individu yang menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau semakin bertambah apabila seorang lagi ahli perniagaan berusia 44 tahun mengumumkan hasrat sama, semalam.
Husaini Yaacob (gambar) yang juga Pengarah Urusan Kemelong Holdings muncul sebagai calon Bebas ke-10 yang mengumumkan hasrat untuk bertanding di Bukit Selambau, pada 7 April ini.Beliau yang berasal dari Persiaran Cinta Sayang di sini, adalah Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kuari Kedah /Perlis mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan sebagai calon Bebas kerana ingin membela nasib penduduk di kawasan itu.
Katanya, sebagai anak tempatan beliau yakin dapat memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat selain memahami kehendak dan masalah penduduk."Saya menerima sokongan padu bukan saja daripada masyarakat Melayu tetapi kaum lain di Bukit Selambau. Saya yakin dapat menyelesai masalah rakyat terutama dari aspek kebajikan serta kemudahan asas yang gagal diselesaikan oleh wakil rakyat sebelum ini."Tujuan saya bertanding adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tanpa mengira bangsa," katanya ketika ditemui, semalam.
Sehingga kini, sembilan individu menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas iaitu ahli perniagaan, T Chandrarajan, 40; ahli perniagaan, M Khanapathy, 49; Pengurus Pemasaran, L Sarala, 33; pelakon drama sambilan Tamil, RPS Kalaimani, 52; kontraktor, R Loganthan, 43; ahli perniagaan yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, 59; ahli perniagaan Tan Hock Huat; ahli perniagaan, M Vaneson, 34 dan Mohamad Radzuan Mat Isa, 52, juga ahli perniagaan.Bagaimanapun, Khanapathy dan Kalaimani yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding menarik diri
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment