Sunday, March 1, 2009

8 CALON INDIA TELAH MENAWARKAN DIRI UNTUK MEWAKILI PKR

Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut.Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai).Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok.Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik.

Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.DUN Bukit Selambau kosong berikut peletakkan jawatan V Arumugam sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah.

Pilihan pucuk pimpinanDalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Selasa lalu, Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, mengesahkan tidak akan bertanding sebaliknya menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai pengarah pilihanraya kecil DUN tersebut.Menurut Loganathan, penduduk di Bukit Selambau memerlukan calon yang lantang bersuara, ikhlas dan tegas dengan perjuangan parti.

Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir pemilihan calon yang bertanding akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut. www.kedahlanie.blogspot.com

3 comments:

  1. Calon bebas N25 dikabarkannya seorang melayu. Kita mengalu-alukan calon yang bakal bertanding. Pengundi2 mungkin tahu siapa orangnya. Klu untuk pengundi meneka bakal calon ini seperti berikut :
    - Bekas jurusembelih di luar negara.
    - Bersongkok tinggi ala pemimpin UMNO.
    - Selalu makan kuih pau sehingga jadi habit (suka pau)
    - Anak tempatan hidup dalam 3 alam kadang-kadang sokong UMNO, kadang-kadang sokong PAS, kadang-kadang ahli PKR.
    - Daging beku dikatakan daging fresh

    TEKA SIAPA BAKAL CALON INI.PEMENANG HADIAH 1 TIKET PENERBANGANG KE NEW ZEALAND(PERGI SAHAJA) UNTUK DISEMBELIH.

    ReplyDelete
  2. tak kira calon tu india, melayu or cina... janji mesti bantu rakyat tak kira latar belakang.

    Tak kisah, bukit selambau ini majoritinya orang india. Saya rasa wakil PKR yang bukan india boleh menang jika PKR memilih wakil yang bersifat rendah diri dan mementingkan kebajikan rakyat.

    Tak semestinya WAKIL RAKYAT India akan membantu orang India, contoh ORANG POLITIK MIC.

    Untuk capai objektif ini, PR kenalah betul-betul explain kat rakyat, baru rakyat faham. Jangan dok pakai formula BN yang OUTDATED such as melayu kena tolong melayu, cina kena tolong cina, india kena tolong india :this not A way to go PR.

    Cheers

    ReplyDelete
  3. Administrator blog ni patut buat siri bongkar pengkhianatan Zamil, Mocktar Mansor dan geng2 depa terhadap PKR sejak sebelum PRU 12 lagi. Kami nak tau depa cuba taja sapa jadi calon bebas, adun mana depa pujuk keluaq PKR, sapa dia sponsor depa, macam mana Zamil budak juai 'obat' tiba2 jadi kaya raya lepas PRU 12 sampai beli rumah banglo RM500,000 kat kelab cinta sayang tak campoq kos ubahsuai dalam RM300,000, beli mcm2 jenis kereta termasuk Roll Royce Shadow dari Syed Razak dan byk lagi. Biaq semua org tau cherita betoi pengkhanat2 ni!!

    La ni pun depa cuba nak taja satu lagi calon bebas melayu, nak pakat dgn Mejar Anuar, UMNO Merbok supaya calon PKR kalah dan pecah undi org Melayu kat sana.

    Sapa2 tau, hantaq mai kat blogger blog ni, kita habaq kat semua org sebelum terlambat!!

    ReplyDelete