Saturday, March 21, 2009

PAS KOMITED BANTU CALON BKT SELAMBAU

PAS Kedah akan bekerja keras bagi memastikan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), M Manikumar memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Bukit Selambau, Senator Yusop Hussin berkata, gerak kerja dan semangat yang dilakukan PAS seolah-olah PAS juga bertanding walaupun hakikatnya KeADILan yang bertanding.

"Persediaan kita bukan hanya turun berkempen tetapi akan berhempas pulas seolah-olah PAS yang bertanding kerana kita mahu perkukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.
"Setakat ini kempen PAS berjalan seiring dengan KeADILan malah kita membentuk jawatankuasa bersama termasuk jawatankuasa penyelaras dan kami semua sudah bergerak," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah berkata, walaupun majoriti pengundi India dan Cina 50 peratus, calon Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk menang ditambah sokongan pengundi tradisi PAS di Bukit Selambau.
"Kerana itu tidak ada masalah untuk pertahankan kerusi itu, apatah lagi calon yang dikemukakan oleh KeADILan seorang penduduk tempatan.
"Bahkan mana-mana pengundi yang masih belum mengenali Manikumar kami akan perkenalkan. Rasanya semua berpuas hati dengan calon tersebut yang merupakan seorang yang berkemampuan dari segi kemasyarakatan dan akademik," ujarnya
Beliau berkata, pada kempen kali ini mereka akan memperjelaskan kepada rakyat apa yang dilakukan kerajaan Kedah yang diterajui PAS sejak setahun lalu.

Antaranya tentang penurunan cukai tanah yang diturun sehingga 75 peratus yang dapat dinikmat seluruh rakyat Kedah, katanya.
Oleh itu ujarnya, bagi mengukuh kerajaan yang ada para pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.
"Sekarang ini Bukit Selambau satu-satunya calon yang mewakili kaum India bagi negeri Kedah. Jadi kemenangannya akan mewakili seluruh kaum India di Kedah.
"Kita juga melihat kemungkinan jika calon Pakatan Rakyat menang beliau akan berada dalam exco kerajaan Kedah. Lagi pun exco yang dikosongkan Adun dahulu iaitu V Arumugam masih belum diisi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tugas jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, beliau berkata setakat ini mereka mengagihkan kesemua 22 daerah mengundi sama banyak iaitu seorang sebelas daerah.

Bagaimana katanya, PAS menjaga lebih 24,000 pengundi manakala KeADILan seramai lebih kurang 12,000 pengundi.

"Biarpun PAS lebih ramai bilangan pengundi berbanding KeADILan, ia tidak mengapa bahkan ini menunjukkan kita bekerja seperti kita yang bertanding.
"Kita buat begitu, demi kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.
Kerjasama erat itu katanya, akan dipertingkatkan terutamanya untuk menarik lebih kurang 1600 pengundi Melayu yang tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 lalu.
Sehubungan itu katanya, jentera pilihanraya PAS akan berusaha untuk memasti pengundi tersebut keluar mengundi kerana katanya undi mereka akan menguatkan lagi kerajaan Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Azizan Razak.-

6 comments:

  1. so jangan kate ade oportunis dlm PR OK... cuma calon tak kenal K.K tolong kenalkan secepat mungkin

    ReplyDelete
  2. ade seramai 22 K.K perlu dapat kata sepakat Manikumar perlu cepat ketemukan mereka sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  3. pertemuan Manikumar dgn K.K dan ahli majlis yg menjadi mata dan kaki tangan diperingkat bawahan perlu diselaraskan oleh Ketua AMK serta Senator Yusof Husin keran mereka ni terdiri drp pemuda (90%) darah bersemangat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah .. ini yang kita harapkan ... bila PAS bertanding di Kuala trengganu ... PKR bertungkus lumus membantu ... begitu jugalah sebaliknya .. barulah nampak kesepakatan Pakatan rakyat .... Yng kita nak tanya mana perginya gang 9 KB yang hantar memo tuh ... cakap berdegar-degar pungkoq bergelumiang Taik ... Al kutty ang Gang ..

    ReplyDelete
  5. Manikumar .. cepat cepat ler berjumpa dan bermesra dengan 22 ketua JDM supaya sdr. dikenali ...... Cuma kita harapkan jangan tergoda dengan pujukan Gang 9 KB dah ler dibawah pimpinan cikgu hamid

    ReplyDelete
  6. Buat apa yang perlu dengan segera. Pokoknya kami mahu PR menang selesa.

    ReplyDelete