Tuesday, March 24, 2009

KENYATAAN MEDIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Malaysia menyaksikan satu lagi kitaran kekerasan dan penindasan di bawah penguasaan Najib Razak. Belumpun secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau sudah pun sanggup bertindak keras dan zalim ke atas rakyat.

Semalam, perhimpunan yang dihadiri 10,000 rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa, telah dihujani dengan tembakan gas pemedih mata serta semburan air kimia oleh pihak polis. Kejadian tercetus hanya selepas beberapa minit saya memulakan ucapan diBukit Selambau. Dalam suasana gawat tersebut beberapa orang telah ditahan termasuk ketua staf pejabat saya dan beberapa Ahli Parlimen serta seorang pegawai kanan Menteri Besar Kedah.
Bagi menghalalkan tindakan zalim serta pencabulan hak rakyat malam tadi, pihak berkuasa telah mengistiharkan perhimpunan tersebut sebagai haram. Jelas ianya satu pencabulan undang-undang dimana perhimpunan tersebut telah diadakan di dalam kawasan milik persendirian.

Malam semalam kerajaan yang kini di bawah pengaruh Najib Razak telah menggunakan kuasa kuku besi bagi menyekat kebebasan dan hak rakyat. Semalam juga “Suara Keadilan” dan “Harakah” telah digantung permitnya oleh Menteri Dalam Negeri tanpa alasan yang jelas. Apa yang berlaku mutakhir ini mengingatkan kita kepada sikap dan ciri pemerintahan zalim yang pernah diamalkan beberapa tahun yang lalu, di mana pasukan polis bertindak seumpama gerombolan penceroboh. Media pula terus ditekan dan sesiapa yang ingin menyuarakan ketidakpuasan hati mereka disekat kebebasannya daripada melaporkan kebenaran melalui ugutan penahanan dan sebagainya.

Institusi pentadbiran negara dijalankan dengan cara melanggar garis sempadan undang-undang oleh mereka yang berkepentingan demi mempertahankan kekuasaannya.Sekiranya negara kembali ke era tersebut, ianya akan menyebabkan kemusnahan ke atas negara dan masyarakat antarabangsa pula akan mengecam tindakan zalim tersebut.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa tawaran untuk berkerjasama itu adalah merupakan helah Najib semata-mata. Dua minggu lagi Malaysia sekali lagi berdepan dengan 3 pilihanraya kecil. Buat pertama kalinya kesemua pilihanraya kecil itu dijalankan serentak, penipuan dan pengundi hantu akan diupah oleh kerajaan UMNO-BN bagi menewaskan gagasan pembangkang. Namun demikian, kita tetap yakin bahawa rakyat Malaysia akan menyertai referendum ini,sama seperti yang telah ditunjukkan diPermatang pauh dan Kuala Terengganu dimana rakyat menolak penindasan yang diamalkan kerajaan sekarang. Gerakan perubahan kearah pembaharuan di Malaysia akan terus mara kehadapan dan menemui kejayaan

ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang

12 comments:

  1. sbb tu kita pilih calon bumiputra,agar dpt kembali tempat hak org melayu.Penduduk Tmn Ria,Tmn Ria Jaya inginkan wakil rakyat bangsa melayu,beragama Islam.Dah lama mereka inginkan suasana perubahan.BN/UMNO dah tak mampu letak calon org melayu n Islam,kali calon bebas agama islam pun ada,apa salahnya beri kepada bangsa sendiri.Penduduk Adun Bkt Selambau patutnya rasa malu pd seluruh rakyat malaysia,kerana seluruh rakyat malaysia tahu penduduk bumiputra di Bkt Selambau adalah bangsa melayu.Masa sekaranglah kita wajib mengubahnya.Agar suatu hari nanti PAS boleh meletakkan calonnya.Jgn jd kera sumbang,otak mau kena berpikir.Pilihanraya kali ni bukannya tgk parti.Tgk individu boleh buat kerja or tak?La ni trend mengundi bukannya tgk lambang parti,tgk individu.Sbb tu dlm PRU12 BN/UMNO kalah teruk.Pengundi tgk individu.Pengundi2 dah benci lambang dacing.Kali ini mengundi pun akan berlaku sedemikian,demi maruah org melayu untuk bangun dari kesilapan lampau.Mungkin suatu hari nanti PAS boleh letak calonnya sendiri dikalangan org tempatan.Masa sekarang lah kita kena ajar mana2 pemimpin2 tertinggi Parti dgn menggunakan BAHASA UNDI.BAHASA UNDI lah mereka akan berfikir dgn waras n betul.

    ReplyDelete
  2. DSAI dedahkan saja isu terkini dan terbaru kisah Najib di Dewan Muktamar PAS.Polis n Kerajaan BN tak boleh buat apa2 kerana ceramah berlaku d dlm dewan.DSAI jgn pula terlewat untuk berbuat demikian demi rakyat.Jgn dok pula LIWAT waktu.Masa dah suntuk untuk menjatuhkan Najib.Lakukan dgn kadar segera.Itu pun nak suruh rakyat berpikir untuk DSAI.

    ReplyDelete
  3. betui, aku setuju sangat kita pangkahlah calon melayu. bukan nak timbuikan isu perkauman tapi wajarlah kita pilih calon melayu kerana bukit selambau adalah kawasan melayu, majoriti org melayu.

    kaum lain harus ingat dan sedaq, jika orang melayu pegang kuasa, semua kaum (kita semua) akan hidup senang..cina, india, siam. sejarah membuktikan pemimpin melayu terdahulu di kawasan kita mempunyai rekod yang baik.

    jadi kita pangkahlah calon bebas, melayu yang dipikiaqkan berpotensi dan terbaik. ada kalanya kita kena berani.

    ReplyDelete
  4. ORANG INDIA JUGA ORANG MALAYSIA.JANGAN MENJADI MELAYU YANGB KOLOT,JADILAH MELAYU YANG BARU.KITA BANGSA MALAYSIA,ORANG MALAYSIA.BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA.POLITIK PERKAUMAN SUDAH DI TOLAK OLEH RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  5. so calon melayu bukan UMNO, PKR, PAS, AKIM, PEKIDA, KIMMA,kalu berjenama kita tolak pilih yg tak berjenama gitu?ingat senang ke nak kempen kalu tak ade organisasi,siapa tolong habaq lambang di kertas undi Cap payung, cap kerusi, cap cili, cap ? boleh tolong kibarkan bendera cap tu supaya cam cap nye

    ReplyDelete
  6. Radzi tu calon bebas cap bola undi dia

    ReplyDelete
  7. Ganeson India MIC, Manikumar India PKR bekas India MIC, kita melayu boikot tak payah ngundi

    ReplyDelete
  8. Eli ade kes zina ke dgn Hilmi melayu PKR cam rasuah zina Osman melayu PKR gi bebas, Fairus melayu PKR graduan UIA pulak rasuah kuari halal ke? melayu kalau tinggalkan IMAN dan Islam nak buat ape haprak cam zamil jugak

    ReplyDelete
  9. JANGAN CAKAP BAB MORAL.ORANG UMNO SEMALAM DOK BERPARTY DAN BERGENCOK.. KALAU NAK DI HITUNG SOAL MORALUMNO NNT HAMPA SEMUA TERMUNTAH.BERPIJAKLAH DI BUMI NYATA.PKR TETAP DI TERIMA OLEH PENGUNDI BKT SELAMBAU

    ReplyDelete
  10. Aku sokong komen no.1 hingga no.3.Kita kena pilih calon org melayu.Tak semestinya radzi.Rekodnya bersih ke??Maksud aku rekod semasa zaman silamnya??Kita kena pilih calon yg ada budi pekerti,ilmiah,warak tentang agama,tahu hukum hakam.Pemimpin BN/UMNO mmg tak kenal hukum hakam,keputusan mufti pun dilawan oleh mereka(BN/UMNO).Ttg zamil tu aku mmg dah meluat.Zaman susahnya,makan pun aku belanja dia.Dulu nak bubuh minyak kereta pun minta duit kat aku.Jenis spesis mamak belungkang jugak.Kaduk naik junjung.Baru kenal dunia duit berjuta2,dulu dlm PKR susah,mcm peminta sedekah.Zamil seorg hamba duit..

    ReplyDelete
  11. Melayu PKR kembar siam Melayu UMNO cuma dah split

    ReplyDelete
  12. melayu pkr kembar siam melayu umno cantum dibahagian otak

    ReplyDelete