Tuesday, March 31, 2009

TERKINI DI TAMAN KELISA RIA

9.45PMKetika ini akan di adakan ceramah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM,ceramah di adakan di TAMAN KELISA RIA(JDM BUKIT RUSA).Ketika ini MP KUALA TERENGGANU YB WAHID ENDUT sedang berceramah.Dalam ceramah YB WAHID ENDUT beliau mengatakan UMNO SEMEMANGNYA parti yang tidak boleh di harap.Menyentuh mengenai kempen pilihanraya BUKIT SELAMBAU YB WAHID ENDUT berkata BN akan menggunakan segala jentera untuk memenangkan BN.Tambah beliau lagi BN AKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN 3M M PERTAMA(MONEY) M KEDUA(MECHINERY) M KETIGA(MEDIA).Sebentar lagi YB SAIFUDIN NASUTION MP MACHANG akan berceramah.

10.30 PMYB SAIFUDIN NASUTION sedang berceramah,beliau menyentuh mengenai helah SPR yang kononnya akan menguntungkan BN.Biarpun PRK di jalankan secara serentak namun KUASA RAKYAT akan mengatasi kebijakkan BN.Dalam pada itu PERATURAN BARU yang di tetapkan di PRK BUKIT GANTANG dengan harapan akan menyukarkan PR untuk berkempen.Peraturan yang terbaru iaitu tidak boleh menyentuh isu ALTANTUYA.Tegas YB SAIFUDIN lagi pemuda umno banyak meyalah gunakan dana syarikat anak kerajaan negeri ketika BN MEMERINTAH.Nama pemuda itu tak usah di sebut kata YB SAIFUDIN tetapi pemuda itu tinggal di BALING KEDAH.

10.59 DATO SERI ANWAR DALAM PERJALANAN

11.10 DATO SERI ANWAR IBRAHIM SUDAH TIBA DI TAMAN KELISA RIA

TERKINI











SKUAD AMK bersama TIMBALAN AMK MALAYSIA(FARIZ MUASA) sebentar tadi telah membuat serbuan ke TAMAN BANDAR BHARU.Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya di kesan.Pada tengah hari tadi BEKAS MB KEDAH mencabar PKR supaya kemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU.

Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat.Sebentar tadi SKUAD AMK KEDAH dan TIMBALAN KETUA AMK(FARIZ MUSA)TELAH MENGESAN SATU RUMAH YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI.Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama.Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni.Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR. GAMBAR AKAN DI UPLOAD SEBENTAR LAGI

KENAPA ARUMUGAM MELETAKKAN JAWATAN?

ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN POLIS ARUMUGAM(LAPORAN KEDUA)

PADA 17.12.008 JAM LEBIH KURANG 0700HRS APABILA SAYA BANGUN SAYA TERNAMPAK ADA SEKETUL BATU YANG DI BUNGKUS DENGAN PLASTIK BIRU DIDALAMNYA TERDAPAT SAMPUL SURAT BERADA DI TEPI KERETA,SAYA KEMUDIAN MEMBUAT PEMERIKSAAN DAN MENDAPATI CERMIN BESAR BELAKANG KERETA NO KBL 4000 JENIS PERDANA WARNA HITAM (KERETA RASMI EXCO KERAJAAN) TELAH PECAH,SAYA SYAK IANYA TELAH DI BALING OLEH ORANG .SAYA KEMUDIAN DATANG KE BALAI BUAT LAPORAN POLIS NO REPOT SG PETANI /025421/08


ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN POLIS ARUMUGAM(LAPORAN PERTAMA)

PADA 17.10.2008 JAM L/KURANG 9.00 PAGI SEMASA SAYA BERADA DI RUMAH ALAMAT SEPERTI DI ATAS TELAH DATANG DUA LELAKI MELAYU MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI WAKIL DARI ISTANA DAN AKAN MEMBERI PERLINDUNGAN KESELAMATAN KE ATAS DIRI SAYA .SAYA TELAH JEMPUT DUA LELAKI TERSEBUT MASUK KE KAWASAN RUMAH SAYA .MEREKA TELAH MEMINTA SAYA IKUT MEREKA KE ISTANA UNTUK TANDATANGAN WATIKAH ,MEREKA JUGA BERITAHU SAYA TELAH TERPILIH UNTUK MENERIMA ANUGERAH DATUK ,SEBAB ITU MEREKA DATANG UNTUK MEMBERI PERLINDUNGAN PADA SAYA SEMASA SAYA PERGI DAN BALIK DARI PEJABAT. SAYA TELAH SYAK INI ADALAH SATU PENIPUAN DAN SAYA MENOLAK DENGAN SECARA BAIK DARI MENGIKUT MEREKA KE ANAK BUKIT.SELEAS ITU SAYA TELAH DI HUBUNGI MENTERI BESAR KEDAH DAN SAYA DIBERITAHU INI ADALAH SATU PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN,MENTERI BESAR TELAH BERCAKAP SENDIRI DENGAN MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON SAYA .MEREKA TELAH MARAH SAYA SEBAB BERITAHU PADA MENTERI BESAR DAN MEREKA TERUS BEREDARDARI RUMAH SAYA.SELEPAS MENTERI BESAR BERBINCANG DENGAN KETUA POLIS KEDAH SAYA DI SURUH BUAT REPOT BIMBANG KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA .SEKAIN REPOT SAYA. NO REPOT SG PETANI/020426/08

KETINGGALAN

Di harapkan kepada semua petugas jangan terlalu terlalu yakin(over confident) MENANG.Gerak kerja perlu lebih di perkemaskan untuk mengahdapi BARISAN NASIONAL.Kita semua jangan lupa dan leka keupayaan BARISAN NASIONAL dengan kelengkapan yang mereka ada cukup untuk mengalahkan kita

Jika di ukur jumlah yang kehadiran ketika penamaan calon semestinya boleh dikatakan kemenangan milik PAKATAN RAKYAT tetapi sehingga ke hari ini masuk hari ke 3 kempen PR ketinggalan 8 percent dengan BARISAN NASIONAL.Dalam keadaan sekarang jika di campur dengan pengundi hantu semestinya PKR boleh kalah.Oleh itu semua petugas di seru supaya meningkatkan kerja untuk memastikan kemenangan MILIK PAKATAN RAKYAT.LAWAN TETAP LAWAN

SIDANG MEDIA(PENGUNDI HANTU)




Kini9 sedang berlangsung sidang media yang di lakukan oleh saudara FARIZ MUSA(TIMBALAN KETUA AMK MALAYSIA)mengenai pengundi hantu.Kata beliau benyak pengundi di taman TAMAN BANDAR BHARU meragukan,SELAIN ITU KOD KELAHIRAN juga agak ganjil iaitu kebanyakkannya bukan dari kedah kebanyakkan dari luar kedah.Dalam pada itu pula di dalam satu alamat rumah mempunyai berbagai bangsa di dalam rumah tersebut.Bagaimana sebuah keluarga MELAYU boleh ada ahli keluarga cina dan india tanpa pengetahuan mereka.




Perkara ini semakin kronik dari hari ke hari dan perlu dia atasi segera.AMK menyeru agar SPR mengemas kini segera senarai daftar pemilih untuk memastikan perjalanan proses pilihanraya berjalan dengan bersih dan adil.

LARANAGAN TERBARU DI BUKIT GANTANG

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda. Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

BAGAIMANA LARANGAN DI BUKIT SELAMBAU?

Monday, March 30, 2009

TERKINI....


Ketika ini mantan ketua AMK MALAYSIA (EZAM MAT NOOR)sedang berceramah memaki hamun DATO' SERI ANWAR IBRAHIM dalam program ceramah di TAMAN BANDAR BHARU SUNGAI LALANG.Di KUALA TERENGGANU EZAM mengatakan beliau mempunyai surat DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.Kini apa pula yang akan di kokok oleh EZAM pada PRK BUKIT SELAMBAU kali ini.Gambar akan di upload sebentar lagi.

LIHATLAH.....


A KUGAN MATI DALAM TAHANAN POLIS,KEMATIAN KUGAN MENJADI PERSOALAN KENAPA BELIAU MATI DALAM KEADAAN BEGINI.

BANNER MENARIK


Kata-kata di baner tersebut menceritakan segalanya,perlu di fikirkan kenapa banner tersebut berada di sekitar BUKIT SELAMBAU?Banner tersebut kelihatan di keseluruhan kawasan PRK N25 BUKIT SELAMBAU menjadikan satu pemandangan yang menarik untuk di lihat.


Semestinya banner tersebut di tujukan kepada GEROMBOLAN BARISAN NASIONAL khusunya UMNO yang baru sudah bersidang di KUALA LUMPUR.Persepsi rakyat kepada BARISAN NASIONAL bahawa parti itu penuh dengan rasuah masih sama seperti dulu.Biar pun TV1 dan TV3 masih menghentam PAKATAN RAKYAT dengan pelbagai tuduhan tetapi KUASA RAKYAT boleh menidakkan semua itu.

GERAI REFORMASI


Di pekan bukit selambau terdapat sebuah warung yang menamakan gerai beliau(GERAI REFORMASI).Ia tentu sekali unik di dalam keaadaan demam pilihan raya kecil BUKIT SELAMBAU.Gerai yang berdiri megah sudah 14 tahun beroperasi di PEKAN BUKIT SELAMBAU menunjukkan bahawa sokongan kepada PAKATAN RAKYAT tak perlu di selindung.


HANTU SUDAH MARI

SEBENTAR TADI TIMBALAN KETUA AMK MALAYSIA FARIZ MUSA MENDAKWA TERDAPAT PENGUNDI HANTU YANG BERADA DI KAWASAN TAMAN BANDAR BHARU.JUMLAH PENGUNDI DI KAWASAN TERSEBUT 3354 PENGUNDI NAMUN 2300 DARIPADA JUMLAH TERSEBUT ADALAH PENGUNDI YANG MERAGUKAN.DALAM PADA MASA YANG SAMA DARI SUMBER YANG DI PERCAYAI TERDAPAT JUGA PENGUNDI YANG MERAGUKAN DI KAWASAN AMBANGAN HEIGHT.PUKUL 11 PAGI ESOK AKAN DI ADAKAN SIDANG MEDIA DI YAYASAN AMAN MENGENAI MASALAH TERSEBUT.

A KUGAN

Kematian A.Kugan amat merungsingkan kita. Untuk rekod ini bukan kali pertama tragedi seperti ini berlaku di dalam negara ini. Walau apa pun alasan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa terhadap kematian A.Kugan , kematian tahanan yang berada di dalam jagaan pihak polis adalah suatu perkara yang serius dan tidak sewajarnya berlaku. Ia menunjukkan kelemahan sistem keadilan kita. Walau apa pun kesalahan yang mungkin dilakukan oleh mendiang Kugan , beliau tidak sewajarnya diseksa oleh pihak polis . Undang-undang negara ini mengiktiraf bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Laporan akhbar menyatakan bahawa Kugan telah dilaporkan mati semasa sedang disoal siasat di balai polis Taipan di Subang Jaya pada 20 Disember yang lalu. Laporan bedah siasat yang awal menyatakan kematiannya bukan disebabkan "foul play" . Kematiannya di dakwa disebabkan paru-paru berair tetapi tidak dijelaskan bagaimana ianya berlaku. Jika kita hanya bersandarkan laporan bedah siasat tersebut seolah-olah kematian Kugan hanyalah satu kematian biasa- maka polis tidak boeh dipertanggungjawabkan. Namun setelah kita membaca laporan bahawa keluarga Kugan telah masuk ke bilik mayat di Hospital Serdang pada hari yang sama dan berjaya mengambil gambar mayat simati, jelas laporan awal bedah siasat amat diragui. Ini kerana gambar badan simati menunjukkan bahawa terdapatnya bekas-bekas lebam dan kecederaan pada tubunh simati.Ia menunjukkan bahawa sesuatu telah dilakukan ke atas badan simati sebelum beliau mati. Maka bedah siasat kali kedua dilakukan pada hari Ahad yang lalu. Sehingga artikel ini ditulis laporan bedah siasat yang kedua masih belum dikeluarkan.Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Polis menafikan wujud percanggahan fakta antara kenyataan yang dibuat oleh pihaknya dan Peguam Negara berhubung kematian Kugan.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataannya adalah berdasarkan laporan bedah siasat hospital yang menunjukkan kematian Kugen disebabkan paru-paru berair.Diminta mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam yang mengklasifikasikan kematian Kugen itu sebagai kes bunuh, beliau berkata, :"Ia (kenyataan Gani) hanya klasifikasi sahaja, belum ada lagi sebarang tuduhan dibuat ke atas kes tersebut. Tidak wujud sebarang percanggahan (kenyataan) yang dibuat menerusi kenyataan polis mengenai kematian Kugen.Kalau orang nak cakap apa, biar mereka bercakap.

Kita (polis) tetap akan meneruskan siasatan mengenai kes ini sehingga selesai," katanya.Sikap Musa Hasan amat pelik. Dalam keadaan Peguam Negara mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh Musa Hasan masih menafikan ada percanggahan kenyataan polis dan kenyataan Peguam Negara. Mungkin Musa Hasan perlu jelaskan bagaimanakah Peguam Negara boleh klasifikan kematian Kugan sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan jika kematiannya hanya disebabkan paru-paru berair ? Adakah Musa Hasan ingin menyatakan bahawa Gani Patail buta undang-undang hingga tidak tahu apa dia kes bunuh .

Di dalam kenyataannya yang dilaporkan di dalam akhbat the star, keluarga Kugan menyatakan mereka inginkan kebenaran didedahkan dalam kes kematian Kugan ini. JIka kebenaran yang ingin dicari oleh keluarga Kugan dan juga rakyat negara ini maka bagi saya perlunya pihak ketiga yang menyiasat punca kematian Kugan ini. Memandangkan Kugan mati di dalam tahanan polis , keadilan meminta supaya pihak ketiga yang menyiasat kes ini. Jika polis yang siasat polis kita khuatir akan berlaku sepertimana siasatan ke atas kes mata lebam Anwar Ibrahim dahulu. Kita tentu tidak lupa bagaimana semasa Anwar ditumbuk di dalam tahanan polis, pada awalnya siasatan dilakukan oleh pihak polis sendiri.

Apabila polis sendiri yang menyiasat polis rakyat tidak tahu siapa yang menumbuk Anwar ? Polis yang siasat tidak jumpa siapa yang menumbuk Anwar ? Hanya selepas SuruhanDiraja ditubuhkan baru 'jumpa' siapa yang tumbuk Anwar : Ketua Polis Negara sendiri !!!Oleh itu jika keluarga Kugan inginkan kebenaran mereka tidak boleh harapkan polis siasat polis. Polis siasat polis samalah seperti pencuri menyiasat kes kecurian -sampai bila tidak jumpa barang curi !Jika lebam mata Anwar Ibrahim mewajarkan Suruhanjaya Diraja maka kematian Kugan juga , bagi saya, perlu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja.

Kerajaan harus tidak memilih bulu. Jika hanya kes lebam mata boleh menjustifikasikan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengapa kes kematian tidak boleh disiasat oleh Suruhanjaya Diraja. Bukankah kes kamatian lebih serius dari kes lebam mata apatah lagi kematian di dalam bilik tahana polis-tempat yang sepatutnya paling selamat. Kerajaan mesti adil , telus dan tidak mengamalkan diskriminasi dalam hal ini. Kita tidak mahu jika orang besar dicederakan maka Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan sedangkan jika rakyat biasa hanya polis yang siasat polis. Saya percaya Anwar juga akan bersetuju dengan saya dalam hal ini.

Dengan adanya Suruhanjaya Diraja kita pasti lebih mudah untuk kita mengetahui kebenaran. Mahkamah bukan tempat mencari kebenaran kerana perbicaraan Mahkamah dikawal oleh prosedur yang rigid khususnya berkaitan dengan penerimaan bahan buktiDengan adanya Suruhanjaya Diraja diharapkan kita dapat mengetahui antara lain jawapan kepada persolan-persoalan berikut :--

Kenapakah dalam laporan bedah siasat yang pertama,doktor hanya menyatakan kematian Kugan hanya disebabkan paru-paru berair ?- Adakah pihak hospital diminta tidak mendedahkan kesan-kesdan kecederaan di tubuh simati ?- Adakah terdapat satu campurtangan dalam penyediaan laporan bedah siasat pertama ?- Mengapakah sejak dari awal tidak dinyatakan bahawa terdapat kesan-kesan lebam dan kecederaan di atas tubuh badan simati ?- Mengapa keluarga Kugan dan bukannya polis yang perlu mengambil gambar-gambar yang menunjukkan kesan-kesan kecederaan di tubuh badan simati ?- Mengapakah selepas gambar kecederaan di badan simati didedahkan barulah timbul kes ini diklasifikasin sebagai kes bunuh ?-Apakah teknik penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis sehingga Kugan 'berjaya" mati di dalam tahanan polis ?Saya percaya soalan-soalan ini hanya boleh didedahkan di dalam Suruhanjaya Diraja dan bukannya Mahkamah. http://peguampas.blogspot.com/2009/01/suruhan-diraja-siasat-kematian-akugan.html

Sunday, March 29, 2009

INI KERJA SIAPA?




Risalah ini di jumpai pagi tadi sebelum proses penamaan calon,ia di jumpai di bawah pondok PR yang berada di hadapan jalan utama masuk ke pusat penamaan calon.Ini serangan awal terhadap PAKATAN RAKYAT dan berniat jahat.Kerja siapakah ini?Risalah tersebut cuba meakutkan pengundi bukan MELAYU.Ini semua taktik kotor yang cuba menjatuhkan PAKATAN RAKYAT dan MEROSAKKAN persefahaman di kalangan parti yang berada di dalam PAKATAN RAKYAT.

WARNA WARNI PENAMAAN CALON
























































BILIK MEDIA...

Bilik media yang menempatkan bloggers PR hari ini mengalami gangguan bekalan elektrik.Gangguan ini menyebabkan beberapa artikel dan gambar gagal di PUBLISH.Bilik gerakkan AMK KEDAH juga terlibat di dalam masalah gangguan bekalan elektrik ini.Blog n25bukitselambau akan update setelah gangguan berjaya di pulihkan.

PENAMAAN CALON.

Selesai sudah proses penamaan calon sebentar tadi.Memperlihatkan rekod baru MALAYSIA iaitu pertandingan 15 penjuru.Kebanjiran calon bebas sudah di jangka dari awal lagi namun ia menjadi satu yang luar biasa.Kehadiran lebih kurang 14 ribu orang menghangatkan lagi suasana penamaan calon tersebut.

senarai calon yang bertanding PRK N25 BUKIT SELAMBAU

1)S MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)
2)ANUAR B HAMID (BEBAS)
3)RADZI B LAZIM (BEBAS)
4)KHAMIS B AWANG (BEBAS)
5)JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM (BEBAS)
6)GANESAN (BN)
7)G SARALA A/P LOGANATHAN (BEBAS)
8)VENASON A/L MICHELE (BEBAS)
9)TAN HOK HUAT (BEBAS)
10)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN(BEBAS)
11)FADZIL B ABD WAHAB (BEBAS)
12)T CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN(BEBAS)
13)ABD RAHIM B ABU (BEBAS)
14)HUSAIN B ABU (BEBAS)
15)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM(BEBAS)

LANGSUNG DARI PERKARANGAN PUSAT PENAMAAN CALON

6.38am PAGI SUASANA TENANG,ORANG RAMAI MASIH LAGI DALAM PERJALANAN KE PUSAT PENAMAAN CALON.KERETA DI JALAN SEMAKIN BERTAMBAH

6.52am. jalan masuk pusat penamaan calon kian di penuhi orang ramai,sebentar tadi kehadiran trak-trak polis dan water canon di lihat masuk ke kawasan penamaan calon.Ketika ini n25bukitselambau berada di pondok pakatan rakyat berhampiran jalan masuk ke pusat penamaan calon

6.57am di lihat lagi 5 trak fru tiba di pusat penamaan calon

7.19am orang ramai sedang mengambil bendera dan t shirt yang di sediakan oleh amk kedah,kehadiran penyokong pakatan rakyat semakin ramai.

7.22 jalan mula sesak,kehadiran helikopter sudah kelihatan

7.43 Calon PKR S MANIKUMAR sudah tiba,beliau sedang bersalaman dengan penyokong.Di jangka pukul 8 pagi akan di mulakan perarakkan ke pusat penamaan calon

7.47 kehadiran penyokong dari setiap sudut jalan sudah bermula.jalan sudah sesak.penyokong calon bebas juga kelihatan mengiringi calon mereka.

7.50 am helikopter berlegar2 di udara,kehadiran semakin ramai.

8.50 Calon PKR S MANIKUMAR berjaya memasuki pusat penamaan calon,kehadiran mencecah 12 ribu orang

9.11 MB KEDAH baru tiba bersama rombongan

9.37 berita terbaru,PR leading jumlah penyokong di ketiga-tiga tempat.BUKIT SELAMBAU 10 RIBU,BUKIT GANTANG 50 RIBU dan BATANG AI 2 RIBU ORANG

LANGSUNG DARI BILIK GERAKKAN AMK KEDAH

ORANG RAMAI MULA BERKUMPUL DI BAWAH BILIK GERAKKAN,KUMPULAN DARI SELANGOR TELAH TIBA SEBENTAR TADI.

Saturday, March 28, 2009

Tidak ada pilihan lain, pilih saya- Manikumar

CALON pilihanraya Dewan Undangan Negeri BUkit Selambau, S. Manikumar berkata penduduk di kawasan itu terutama masyarakat India tidak mempunyai pilihan lain selain memilih beliau sebagai Ahli dewan Undangan negeri dan seterusnya dilantik sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

Katanya, ini kerana tidak ada wakil masyarakat India yang berupaya membawa suara dan masalah mereka dalam mesyuarat exco selepas bekas Adun kawasan itu, V.Arumugam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India meletakkan jawatan sebagai Adun kawasan berkenaan pada awal Febuari lalu.
“Ini lah satu-satu pilihan yang ada supaya Exco boleh dilantik di kalangan masyarakat India untuk mewakili suara mereka dalam mesyuarat exco, ini kerana tidak ada lagi wakil dari masyarakat India di kalangan Adun dan Exco kerajaan negeri,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada Suara Keadilan ketika mengadakan pertemuan dengan petugas-petugas jentera pilihanraya KeADILan di Bilik Gerakan KeADILan di Taman Ria, Bukit Selambau pada malam tadi

Menurut Manikumar, dengan kemenangan beliau sebagai Adun kawasan terbabit akan melayakkannya untuk dilantik sebagai exco bagi menggantikan tempat Arumugam dan seterusnya berupaya untuk membawa suara dan pelbagai isu melibatkan masyarakat india.
“Saya percaya ini juga yang dikehendaki oleh penduduk pelbagai kaum di kawasan ini,” ujarnya.
Katanya lagi, pemilihan beliau sebagai Adun juga bermakna akan dapat mengimbangi komposisi exco kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah yang dibentuk dengan sokongan pelbagai kaum.
Terdapat 35,140 pemilih berdaftar di DUN Bukit Selambau yang terdiri daripada 35,125 pemilih biasa dan 15 pemilih pos bakal menentukan kemenangan Manikumar pada 7 April ini.
Manikumar berkata, Pilihanraya yang membabitkan 22 pusat mengundi dengan 64 saluran mengundi itu akan menjadi medan penduduk kawasan berkenaan menolak amalan politik perkauman yang dibawa oleh rejim Barisan Nasional.


PEMANDANGAN SEBELAH PETANG SEBELUM PENAMAAN CALON











LALUAN MASUK PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Penyokong pakatan rakyat akan berhimpun di hadapan stesen minyak ESSO berhadapan SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI.Bendera dan t shirt akan di bekalkan,BENDERA PARTI KEADILAN juga akan di sediakan untuk di pegang berarak masuk ke pusat penamaan calon.

KEBANJIRAN POLIS

Tidak mustahil ribuan anggota polis dikerah ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau melebihi apa yang dihantar ke Parlimen Kuala Terengganu semata-mata berhadapan dengan pilihan raya kecil pada 7 April nanti

Model operandi ketika bertembung dengan pembangkang penghujung tahun lalu akan digunapakai walaupun dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Tinjauan Harakah dua hari sebelum hari penamaan calon pada 29 Mac nanti mendapati kawasan lapang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kini dipenuhi khemah putih yang tertera kain rentang 'Martek PDRM IPD Kuala Muda N25 Bukit Selambau' mengadap ke jalan utama Alor Setar ke Butterworth.

Kebanjiran pasukan polis pelbagai pangkat dan unit jelas untuk menakutkan seakan-akan bila Pakatan Rakyat menang sesuatu peristiwa hitam akan tercetus sekaligus menjadikan negara Malaysia kacau bilau yang akhirnya boleh merosakan nama dan emej Malaysia di mata dunia.
Bukan itu sahaja, kediaman wartawan Harakah Kedah turut diintip seolah beliau di antara pengganas yang turut berkompromi dengan penjenayah besar yang dikehendaki polis selama ini.
Sepanjang saya, rakan saya Saad Abdullah, Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Kedah, Kapten Zamri dan wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim berbincang bagaimana strategi pemberitaan yang akan dilaporkan sepanjang pilihan raya kecil itu nanti di tingkat atas Markas Besar PAS di Lagenda Height rata-rata kelihatan kelibat Special Branch (SB) sekitar kedai minuman di ruang bawah bangunan tiga tingkat itu.

Fenomena itu memang biasa dilihat disetiap kali pilihan raya kecil tetapi kali ini nampak gayanya lebih serius kononya untuk menjagai keamanan agar perjalanan pilihanraya kecil itu nanti berjalan dengan aman dan tenteram.
Mesti ayat-ayat itu akan terpancul keluar daripada Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hasan bila soalan diacukan wartawan kelak.
Kini, semua rakyat tahu pasukan polis bukan lagi menjagai keamanan bahkan bekerja untuk Umno dan BN yang jelas mereka sering dilihat melancarkan provokasi bila adanya perhimpunan aman atau ceramah perdana melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat terutamanya bila permit ditarik di saat-saat akhir.

Pasukan yang menjadi kuda tunggangan Umno dan BN akan bertindak kasar bila keadaan menjadi kelam kabut menangkap, mengheret mangsa, mengari tangan sesiapa yang dilabel kehadapan menaikan semangat di kalangan orang ramai dan sebagainya.
Peristiwa terbaru berlaku di ceramah perdana melibatkan dua tokoh Pakatan Rakyat iaitu Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul di Taman Ria Jaya.
Walhal kelulusan permit memang ada tetapi ianya dibatal sekitar jam 5.00 petang di hari yang sama maka pastinya menimbulkan kemarahan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk mendengar amanat kepimpinan Pakatan Rakyat.

Anehnya, Umno dan BN yang masih mempunyai saki baki kuasa terus mempergunakan pasukan keselamatan dengan alasan jika diberikan peluang pimpinan Pakatan Rakyat memperjelaskan isu yang timbul pastinya sokongan yang cuba ditingkatkan oleh jentera Umno dan BN akan luntur tambahan lagi bila bakal Perdana Menteri ke enam, Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih kuasa pemerintahan serta selepas semangat ahli Umno di 'pam' semasa Perhimpunan Agung parti itu selesai sehari sebelum penamaan calon.

Apa yang penting... 'kerjasama' sepertimana yang dilaungkan oleh siri kartun kesukaan kanak- kanak 'Wonderpet' di TV. Mereka akan turun sepasukan membantu rakan yang ditimpa musibah dengan mencari berbagai formula terbaik demi sikap setiakawan yang tinggi.
Jadi, sebagai parti gabungan di bawah Pakatan Rakyat, PAS, KeADILan dan DAP mesti berpaut tangan antara satu sama lain bukan lagi mencari helah hasil tangan hitam yang senantiasa mahu melihat Pakatan Rakyat hancur berkecai menjadi debu.

Bila tiadanya lagi pakatan untuk menghancurkan Umno dan BN maka senanglah BN berdiri semula menyatukan tenaga dengan parti gabungan mereka berhadapan dengan serpihan Pakatan Rakyat yang hampir tengelam.

Akhirnya, siapa yang menang dan terus menang.... BN juga, manakala Pakatan Rakyat yang dulunya terkenal dengan Barisan Alternatif (BA) dan sebelumnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) akan hilang ditelan zaman.
Justeru itu, jangan ada perpecahan hasil perbalahan kecil terutamanya KeADILan yang khabarnya membuka dua pejabat berasingan di Bukit Selambau.

Sikap sedemikian sekurang- kurangnya merosakan semangat pendokong PAS yang sentiasa berganding bahu untuk menghancurkan Umno dan BN yang semakin pecah kapalnya.
Walaupun Bukit Selambau akan dibantu oleh jentera daripada dua negeri utara lain seperti Perlis dan Pulau Pinang ekoran pertembungan pilhan raya kecil di Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai di Sarawak namun percayalah dengan janji Allah SWT bahawa ia tetap membantu sekiranya usaha perperatkan sesama Pakatan Rakyat diutuhkan. -

BOIKOT AKHBAR UMNO

KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar

Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.

Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.
"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.
"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.

Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.
Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar.harakahdaily

PERATURAN DARI POLIS

Peraturan yang baru telah di perkenalkkan sebentar tadi,iaitu ceramah sempena kempen PRK N25 BUKIT SELAMBAU ti dak boleh di lakukan di tempat awam.Arahan tersebut di keluarkan oleh KETUA POLIS KEDAH.Setelah SUARAKEADILAN dan HARAKAH di gantung selama 3 bulan, PAKATAN RAKYAT juga di halang untuk mengadakan ceramah di tempat awam.

Suara rakyat suara keramat akan menidakkan segala halangan yang di hadapi oleh PAKATAN RAKYAT kali ini,biarpun berbagai PERATURAN YANG PELIK di dalam masa berkempen nanti namun semua jentera komited memastikan calon PKR mewakil PAKATAN RAKYAT untuk menang.Besar kemungkinan selepas ini akan ada lagi peraturan baru akan di perkenalkan ketika tempoh berkempen berlangsung. LAWAN TETAP LAWAN

Friday, March 27, 2009

TERKINI


SEORANG CALON BEBAS TELAH MENARIK DIRI DARI BERTANDING DI DALAM PRK N25 BUKIT SELAMBAU.BELIAU ADALAH HJ RIDHWAN MAT ISA.BELIAU MENGUMUMKAN PENARIKKAN DIRI DI BILIK GERAKKAN PAS ZON MAWAR SEBENTAR TADI.SEORANG TELAH TARIK DIRI,BAGAIMANA DENGAN CALON BEBAS YANG LAIN?

JANGAN HILANG FOKUS

AKHBAR Kempen Pilihanraya belum bermula. Namun suasananya seumpama sedang berperang tanpa henti. Ini semua gara gara SPR yang akur kehendak tuan. Melambatkan tarikh [pilihanraya. Sememangnya diterima umum SPR umpama sebahagian jentera pilihanraya umNO.Kini umNo sedang bersidang di PWTC. Mereka sedang mengagih gula gula merosakkan bangsa. Pidato berapi rapi untuk menerima tepukan dari buaya yang sedang menganga mengharap habuan dari tuan, biarpun ianya ayam busuk yang dipulas tengkok.

Di Bukit Gantang & Bukit Selambau dibiarkan kepada Polis menguruskan jentera Pilihanraya PR yang diwakili PAS. Tak perlu berdalih lagi, bermula malam pengumuman calon hinggalah seterusnya kita akan lihat penyokong Pr berdepan dengan kesukaran yang dicipta oleh polis..harus diingat jangan dilayan provokasi mereka.Mereka bukan lawan kita. FOKUS>>> FOKUS!!!!!Keadaan ini akan berterusan hingga pilihanraya. Jentera PR harus diingatkan matlamat pilihanraya ialah menghancurkan saki baki umNO. Bukan lain. Jangan habiskan masa dan tenaga dengan melayan kemuncup di jalanan. umNO akan cuba mencipta sebanyak mungkin musuh dan gangguan sepanjang perjalanan kempen hingga pengundian pilihanraya.

Musuh lain akan kita hadapi seusai pengumuman kemenangan kita InsyaAllah!Hari Penaman Calon adalah tempoh genting pilihanraya. Belang Aziz Pengerusi SPR telah jelas apabila menghalang pilihanraya di dua DUN yang diistiharkan speaker sebelum ditambah oleh ADUN Jelapang. Jangan letakkan walau sebesar Zarah harapan dan kepercayaan kepada SPR. Mereka akan menggunakan apa sahaja ruang menghalang kemenangan PR.Saya Bersetuju dengan ingatan sahabat Blogger- AlBanjari tentang Konspirasi sewaktu pendaftaran Calon dilakukan.

Sehingga kini , hanya itu antara peluang dan talian hayat umNO yang ada untuk menang. Mereka tiada isu selain isu lapok barua cina dan derhaka. Saya yakin isu itu hampir pupus melainkan di beberapa kampung pedalaman.Satu perkara yang jua harus diberi ingatan ialah kepada penceramah jemputan atau juru kempen parti Pakatan Rakyat. Sekarang bukan masa untuk menunjukkan kebolehan berpidato. Ini masa menawan hati pengundi.HARAMKAN penceramah yang agresif menyerang umNO tanpa fakta kukuh. terutama yang memaki hamun. Harus diingat orang melayu kampung masih tebal sopannya walupun tak sembahyang dan hampir bertelanjang.

Pilihanraya ialah masa memujuk dan menerang. Serangan boleh asalkan tepat mengenai sasaran dan jangan menjadi peluru yang memakan diri. Pastikan taklimat khusus diberikan sebelum penceramah DIIZINKAN menaiki pentas. sekarang bukan masa syok sendiri!!! silap sikit kita memerlukan masa untuk menjelaskan semula sedangkan mereka mampu melakukan dalam sesaat melalui setiap pintu rumah yang kadangkala tak mampu kita buka.PALING PENTING! kita bekerja membuka hati manusia sedang yang berkuasa ke atas hati HANYA ALLAH YANG ESA! Setiap petugas Islam jangan lupa berzikir sepanjang masa. MASIHKAH KITA INGAT PESANAN TOK GURU HJ HUSIN LUBUK TAPAH SEMASA MUNAJAT DI RUMAH RASMI MENTERI BESAR BARU BARU INI??? Doa Nabi YUNUS mesti dibanyakkan ketika kita sedang berusaha melepaskan diri dari penginayaan! InsyaAllah kemenangan milik kita! - anak sengat-

PASUKAN KESELAMATAN

Gambar ini di ambil di kawasan BALAI POLIS KUALA MUDA.Penempatan sementara pasukan polis sempena PRK N 25 BUKIT SELAMBAU.Semoga kehadiran pihak polis yang ramai ini tidak menakutkan penduduk tempatan dan juga pengundi di BUKIT SELAMBAU.Di harap dengan kehadiran polis yang ramai akan melancarkan perjalanan proses PRK BUKIT SELAMBAU.

PROGRAM BERTEMU MANGSA YANG DI TAHAN
















Sebentar tadi DATO SERI ANWAR IBRAHIM telah mengadakan pertemuan bersama sebahagian mangsa tahanan TRAGEDI TAMAN RIA JAYA PADA 23 HB 2009.Sebahagian yang hadir menceritakan detik-detik mereka di tahan.Terdapat seorang remaja india mendakwa beliau di tahan ketika berada di dalam kedai CYBER CAFE yang berhampiran tempat berlangsungnya ceramah.Mangsa bernama NAVINDRAN A/L KRISNAMURTI berumur 17 tahun.Beliau menegaskan bahawa,beliau tidak hadir ke ceramah tersebut.Sejurus selepas itu NAVINDRAN di tahan bersama 31 yang lain dan di bebaskan pada jam 7.30 pagi.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM sempat mendengar luahan sebilangan mangsa yang di tahan pada malam tersebut.DATO'SERI ANWAR IBRAHIM terpaksa bergegas ke BUKIT GANTANG ada program menanti di sana





SIRI CERAMAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
















Hari ini DATO' SERI ANWAR IBRAHIM berceramah di tiga tempat berasingan.Ceramah bermual sekitar jam 10 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam.Himpunan masyarakat cina di DEWAN LIP SIAN KHOR menjadi destinasi pertama ceramah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.Selepas itu beliau bertolak ke BILIK GERAKKAN PERHUBUNGAN MASYARAKAT CINA di SUNGAI LALANG sambutan cukup baik dari masyarakat setempat.

Dari BILIK GERAKKAN PERHUBUNGAN MASYARAKAT CINA terus bergerak ke BILIK GERAKKAN di TAMAN BANDAR BHARU,SUNGAI LALANG.Sambutan di BILIK GERAKKAN tersebut amat baik dengan kehadiran sekitar 400 orang.Tidak jauh dari situ rombongan DATO' SERI ANWAR IBRAHIM ke TAMAN LEMBAH PERMAI untuk bertemu pengundi di kawasan tersebut.

GAMBAR AKAN DI PAPARKAN SEBENTAR LAGI.

Thursday, March 26, 2009

TEMUBUAL

Pada 26 HB MAC 2009, N25BUKITSELAMBAU sempat menemu bual beberapa orang penduduk bukit selambau di sekitar PEKAN BUKIT SELAMBAU.Zul adalah salah seorang yang di temu bual mengatakan bahawa isu calon tidak si kenali bukan masalah,menjadi masalah apabila menang tidak buat kerja itu masalah kata beliau.Bagi zul 10 bulan ARUMUGAM menjadi YB di kawasan BUKIT SELAMBAU ini tidak sempat untuk melakukan apa-apa perubahan.Tambah beliau lagi 10 BULAN tidak cukup untuk ARUMUGAM kerana sepuluh bulan masih baru dan beliau memberi contoh 10 bulan hanya baru untuk berbulan madu.Yang menjadi masalah dahulu adalah WAKIL RAKYAT BN yang tidak buat kerja,BUKIT SELAMBAU masih ketinggalan ujar beliau.Katanya lagi,sebelum ini CALON BN yang menang di kawasan ini SARAVANAN 15 TAHUN,DATO BADRI 12 TAHUN dan juga WAN ZAINAB 8 TAHUN itu semua wakil RAKYAT BN dahulu.Sebagai contoh BANGUNAN ARKED di PEKAN BUKIT SELAMBAU adalah milik adik beradik ADUN BN yang terdahulu,rakyat juga yang susah katanya.

PERASMIAN BILIK GERAKKAN PAS KEDAH
















Sebentar tadi berlangsung perasmian BILIK GERAKKAN PAS KEDAH.Terletak bersebelahan TESCO SG PETANI sememangnya suatu tempat yang cukup strategik.Perasmian dilakukan oleh PESURUHJAYA PAS KEDAH iaitu YB DATO SERI AZIZAN ABD RAZAK(MB KEDAH).Program perasmian di pengurusikan oleh YB MP JERAI (UST FIRDAUS JAAFAR).Di susuli dengan ucapan aluan oleh ADUN ANAK BUKIT(YB DATO AMIRUDIN HAMZAH).Pengerusi PKR KEDAH(YG AHMAD B KASSIM)turut memberi ucapan kepada orang ramai yang hadir.Kehadiran mencecah dua ribu orang,menunjukkan sokongan rakyat kepada PR tetap kukuh walaupun banyak tohmahan yang di lemparkan kepada KERAJAAN PR KEDAH.

BAGI, AMBIL JANGAN TAK AMBIL







Pada 28 MAC 2009 akan berlangsung satu program penyerahan jentera kecil pertanian .Bertempat di dewan orang ramai KG PADANG SEKAWAN.Begitulah nasib rakyat yang akan di ingati ketika PRK sahaja.Bagi,ambil jangan tak ambil sebab duit untuk beli jentera tersebut dari duit rakyat bukan duit BARISAN NASIONAL dan NEGARA INI BUKAN HAK BARISAN NASIONAL.Yang pastinya ketika kempen bermula nanti akan ada sumbangan MESIN JAHIT,KAIN BATIK,BASIKAL dan bermacam lagi.Wang yang di belanjakan untuk membeli barang-barang tersebut adalah menggunakan duit rakyat bukan duit UMNO.Rakyat sudah muak dan jelek tektik murahan BARISAN NASIONAL INI.Masa untuk berubah,cukuplah sudah lama BARISAN NASIONAL TELAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA SELAMA INI.

ANTARA YANG CEDERA KETIKA TRAGEDI TAMAN RIA JAYA.