Sunday, February 15, 2009

CALON BEBAS DUN BUKIT SELAMBAU

SUNGAI PETANI: Bekas Ketua Wanita PPP Kedah, G. Sarala menawarkan diri untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Beliau mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian yang akan diadakan pada 29 Mac dan 7 April depan.
"Saya memutuskan untuk menerima cabaran selepas menerima panggilan daripada pengundi tempatan.
"Saya orang tempatan di sini (Bukit Selambau). Saya pasti saya boleh mendapatkan sokongan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Sarala keluar daripada PPP beberapa hari lalu.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau optimistik bahawa sokongan pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum yang lalu sudah dikenal pasti.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Bukit Selambau mempunyai seramai 35,140 orang pengundi berdaftar dengan pecahan peratusan kaum Melayu (50.2 peratus), India (29 peratus) dan Cina (19 peratus). / Mstar

2 comments:

  1. kerusi bukit selambau adalah kerusi PKR. PKR pula adalah parti pelbagai kaum ... kita membawa konsep ketuanan rakyat dan bukannya ketuanan melayu oleh itu apa asal keturunan dan kaum seseorang calon yang bakal mewakili pkr dalam prk n.25 itu nanti bukanlah merupakan syarat utama untuk pemilihan seseorang calon itu ... jika melayu yang dipilih bukan kerana dia melayu begitu juga jika india yang terpilih bukan kerana dia india tetapi ia adalah kerana dia calon yang paling sesuai untuk mewakili pkr DAN memenangi kerusi tersebut ... ytiada ang penting dia istiqamah dan tidak silau dek pujukan BN dan RMRMRM juta2 ... TABIK PADA YB ARUMUGAM ...I SALUTE YOU BROTHER ... FOR YOUR PRINCIPLES AND COURAGE MAY YOUR DIGNIFIED SACRIFICIAL ACT BE OF GREAT EXAMPLES TO OTHER ASPIRING CANDIDATES

    ReplyDelete
  2. Let DSAI and those concerned decide who will be the candidate ... semoga ALLah memberi petunjuk kepada DSAI agar membuat pilihan yang tepat ... kami dibawah ini hanya tahu buat kerja saja bab calon2 nih kita serah jer kat orang atasan ...


    teman dah letih dah pasallobi melobi nieh ... yang cekap bab lobi dan wak lari mesorat nih serah kat mid man ps

    ReplyDelete