Sdr Azmin Ali mula menggerakkan jentera pilihanraya DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam di Sungai Petani. Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka. Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!Sayugia disedari keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang dikira mendesak, keperluan menonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan atau ugutan. Rakyat dan pengundi menuntut calon layak dan berwibawa.Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpenchil.
ANWAR IBRAHIM
Salam Sejahtera Dato Seri, harap Dato seri tabah dan teruskan perjuagan Murni Datuk seri, bagi saya ape yang sedang berlaku di Perak dan kedah akan memihak kepada Datuk Seri, rakyat faham dan arus perubahan tidak dapat di sekat dgn sebarang sogokan, ia hanya lah bersifat sementera,saya yang pernah menerajui Pergerakan Pemuda MIC negeri Kedah selama 8 tahun sebelum saya dipecat dari menjadi ahli Parti pada tahun lepas kerana mendesak Samy vellu meletak jawatan sedikit sebanyak memahami akan erti perjuangan dan prinsip, saya telah berehat dari politik selama hampir 6 bulan dgn tidak menyertai mana mana parti setelah berada dalam MIC selama 19 tahun, namun begitu saya sedia mambantu Datuk Seri dan Jentera PKR di Bukit Selambau sekiranya Datuk seri memerlukannya , walau bagaimanapun saya berharap Datuk seri akan dapat memilih calun yang tahu erti perjuangan dan prisip , agar ia tidak mudah di gertak dan menjadi hamba sogokan,Kejadian di perak dan di beberapa tempat lagi menampakan imej adun adun PKR dan DAP cepat melatah dan mudah digertak, ini mungkin disebabkan mereka ini tidak mengenali erti sebenar perjuangan dan ade di kalangan mereka telah mendapat rahmat dari arus Tsunami politik tanpa sebarang susah payah, ini menyebabkan mereka tidak menghayati erti perjuangan seperti yang di miliki adun adun dari kalangan ahli ahli PAS, Selamat Berjuang Datuk Seri semoga Tuhan akan senantiasa bersama org yang tabah, sekian
Ikhlas daripada
R.Nantha KumarBekas ketua Pemuda MIC Negeri kedah & Exco Pemuda MIC Kebangsaaan019 4706843
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam perjuangan. We can do it in N25 Bukit Selambau. But the choice of candidate must be thoroughly vetted. Form a selection panel. Pick the best. Jangan tangkap muat, macam bidan terjun. Seseorang yang diistilahkan pejuang tidak terbeli oleh wang ringgit. Ini dia criteria yang diwajibkan. Semoga berjaya lagi, Insyaallah! Takbir!
ReplyDeletekami AMK Kulim akan turun membantu supaya kemenangan dan keadilan terus berada di Bukit Selambau , Takbir !!
ReplyDelete