Di waktu pilihanraya ke 12 lalu pengkianat2 parti ini bukan sahaja menaja calun bebas di Dun Bt Selambau sahaja. Tetapi rangkaian mereka juga menaja calun bebas di Dun Kulim. Calun bebas tajaan mereka di Dun Kulim adalah calun Melayu agar undi melayu berpecah dan kemenangan akan berpihak kepada calun BN. Tapi mereka silap percaturan kerana tektik mereka ini memakan diri apabila undi protes BN telah pergi kecalun bebas terutama undi orang2 melayu telah berpecah terutama melayu tegar dan menyebabkan calun PKR diistiharkan menang pada pilihanraya tersebut. Mereka merancang tetapi mereka tidak sedar bahawa ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
Saya cukup hairan dari mana mereka ini mendapat wang yang begitu banyak untuk menaja calun2 bebas ini. Umumnya ahli2 PKR di Kedah cukup mengenali siapa dan macammana kedudukan kewangan Zamil Ibrahim ni. Tak salah rasanya kita menuduh bahawa segala punca2 kewangan ini datangnya dari sumber2 wang haram atau rasuah politik dalam kerja mengkianati Pakatan Rakyat terutamanya PKR.
Dengar khabarnya mentor Zamil iaitu Ezam mendapat dana yang cukup banyak dari Ameno untuk kerja mengalahkan PKR dan memalukan DSAI di seluruh Malaysia melalui egen2 disetiap negeri. Abd Ghani Haroon pun kahbarnya sedang membina banglo mewah di Pekan Sg. Buloh, Selangor. Wow cukup lumayan sebagaimana Zamil membeli 2 banglo mewah di Kelab Cinta Sayang. Tak masuk lagi beberapa kereta mewah yang mana tak terfikir oleh manusia yang waras bagaimana beliau boleh memiliki harta2 tersebut..Rasanya perniagaan baru yang dijalankan olehnya iaitu perniaagaan politik tidak ubah seperti pendapatan Tauke Skim Cepat Kaya.
Malangnya Zamil Ibrahim apabila Sdr. Arumugam menang di Dun Bt.Selambau dan di lantik menjadi Exco Negeri dan Zamil cuba untuk mengawal YB Aru tetapi dengan komitmen YB Aru sendiri yang mentaati arahan dari PKR dan Kerajaan Negeri menyebabkan Zamil rasa dipinggirkan. Ini menambahkan lagi kemarahan dan rasa dendam semakin membungkam. Dan bermulalah episod ugut mengugut dengan menghantar samseng2 untuk menakutkan YB Aru dan kaum keluarganya.Begitu juga dengan pegawai2 yang telah dilantiknya. Berbagai tektik kotor digunakan antaranya memaksa YB Aru berjumpa dengan Dato' Naala di Kuala Lumpur dengan tawaran yang lumayan. Walau bagaimana pun tetap di tolak oleh YB Aumugam. Kerja2 memjuk Adun2 PKR ini semestinya mendapat restu dari Pimpinan Ameno Kedah dimana untuk permulaannya jika bersetuju untuk menyertai BN ganjarannya adalah sebanyak RM1 juta ditawarkan. Begitu juga dengan nilai tawaran kepada YB Lim Soo Nee di Kulim. YB Radhi ditawarkan tambahan menjadi Tim.Menteri Besar Kedah dan tawaran ini dinaikkan dari masa kesemasa sehingga akhirnya dikatakan berjumlah sehingga RM5 juta.Begitu lah betapa kotor dan jijiknya permainan mereka sehingga jawatan didalam politik pun cuba di niagakan.
Sedarlah BN rakyat telah menolak kamu dan adakah bila memerintah negeri kamu boleh memunggah kekayaan hasil negeri atau kamu cuba untuk menutup kebusukan kerja2 kamu selama lebih 50 tahun kamu memerintah?.........Akibat bermacam tektik kotor,ugut mengugut dan akhirnya akibat tidak tahan dengan tekanan tersebut
YB.Aru akhirnya membuat repot polis demi untuk menjaga keselamatam beliau,keluarganya dan pegawai2 beliau.Ini disahkan oleh kenyataan yang diedarkan oleh beliau kepada pihak media. Setelah tidak berjaya dengan tektik mengugut dan memberi tawaran wang ringgit yang cukup lumayan akhirnya Zamil telah memgatur dan merancang dalam membuat memorendum slah laku kononnya YB Aru tidak bermoral dengan menyuruh orang2 upahan beliau menhantar kepada Kebawah Duli yang Mulia Sultan Kedah seperti yang diwar-war kan oleh TV3 baru2 ini.Dan kerana tidak lagi dapat menahan tekanan dan tidak mahu mengkianati Pakatan Rakya YB Aru telah mengambil keputusan meletakkan jawatan beliau sebagai Adun dan Exco Kerajaan Negeri.
Syabas kita ucapkan kepada YB Aru. Dan beliau adalah pimpinan sejati dan berdedikasi serta bertanggungjawab.Tidak rela menjual maruah diri. Kalau Perkara sebegini berlaku kepada YB Adun BN nescaya mereka akan membuat pekak badak dan tidak akan meninggalkan jawatan mereka.......
Bagi pilihanraya kecil Bt Selambau kali ini khabarnya Zamil telah mula memainkan peranan beliau untuk mengalahkan calun PKR. Antaranya adalah telah pun mengenal pasti calun untuk diletakkan sebagai calun bebas. Beberapa nama telah pun dikenalpasti dan mungkin khabarnya calun melayunya adalah bekas calun PKR pada pilihanraya yang lalu yang sanggup bersekongkol dalam usaha mengalahkan calun PKR pada pilihanraya kecil kali ini.Angin ini telah bertiup kencang di kawasan Bt Selambau..Bagi Ameno kalau kerusi ini diperolehi oleh mereka mungkin meletakkan Ketua Bahagian Merbok sekarang atau pun Dato Badri Yunus. Apapun kita tunggu dihari penamaan calun pada 29hb Mac ini.
Akhir kalam ini sebagai rakyat marhaen yang mahukan keadilan ingin menyeru dan merayu kepada Pimpinan Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri mengarahkan agar semua ahli dan petugas parti di Kedah agar turun bekerja dan berkempen besungguh-sungguh serta bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan dan mempertahankan kerusi tersebut tidak kira siapa calun dan bangsa apa yang telah ditetapkan oleh Pimpinan PKR.
Biarlah pimpinan tertentu sahaja yang berkempen secara bergilir di Bt Gantang Perak yang dijalankan pada hari dan waktu yang sama. BN " By hook or by crook" akan cuba merampas kerusi tersebut untuk merialisasikan impian mereka.Bagi semua petugas Pakatan Rakyat janganlah tinggalkan benteng pertahanan terakhir yang penting buat Kedah. Janganlah nanti yang di Kejar walau pun dapat(Bt Gantang) yang dikendong pula(Bt Selambau) berciciran..............Selamat bertugas dan kita jumpa disana!!!!!!!!!Wallahualam...........JIN BRABUS
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas sdr jin brabus kerana memberikan gambaran yang cukup jelas tentang keadaan sebenar yang melanda politik negeri kedah ini ... gara-gara sekor beruk mat yeh zamil nih ... habis rosak satu negeri .. kot ..kot nak jadi juaralah si zamil nih ... tapi ulaq ayaq macam zamil nih bukan reti halal haram main tibai jer .. pasai tu dadah pun dia tagih ...
ReplyDeleteSaya rasa terpanggil untuk komen sedikit tentang fakta yang sdr katakan tindakan zamil & co taja calon bebas khairul babi di kulim itu sebagai senjata makan tuan .... rasanya strategi mereka memang menjadi cuma kuasa Allah sahaja yang menyelamatkan keadaan .. ini adalah kerana budak sekor tuh dapat 1101 undi manakala majority lim soonee hanya 1244 sahaja berbanding majoriti Zul Nordin keatas Aziz di DUN Kulim adalah 2879 bermakna 1101 undi yang pergi khairul itu adalah dari kantung undi Zul.
ReplyDeletesaya adalah sahabat lama ghani haroon ingin mengatakan apa yg dia kata pada saya zaman dia tinggal pkr dulu....beliau pernah menggatakan tak akan jilat jubur umno semasa ceramah beliau di mana-mana saja tapi sekarang ni dia dan gang dia serta kepala depa ezam cuba nak hancurkan pkr dimana2 saja.Tapi di prk Bkt Selambau aku akan pastikan kelibat Ghani Haroon dan rakannya tak akan masuk ke kawasan Bukit Selambau ini.
ReplyDeletehahaha.. jin brabus jin brabus... maybe anda tulis nie dalam keadaan marah sebab tak leh jadi kaya mcm zamil tu... hahaha.... apapun, dari apa yang saya baca diatas timbul beberapa soalan. 1st- sumber cerita yang awak tulis nie awak dapat dari mana?
ReplyDelete2nd- sebelum anda tulis cerita ini, adakah anda mendengar dari kedua-dua pihak. (org2 DSAI dan org2 EZAM)..
jangan la sampai cerita awak tentang beberapa individu yang awak sebutkan tu menjadi fitnah..
Fitnah apa????? Hang nak bodek, bero makyeh kami dah kanai, huha huha rupa-rupa nak jadi kaya. mana ada pejuang PKR boleh kaya sampai macam tu. Dasar tali barot.
ReplyDelete