Thursday, February 12, 2009
CALON BEBAS BUKIT SELAMBAU
Hampir satu jam saya berbicara melalui telefon dengan seorang teman lama. Dia anak tempatan di Bukit Selambau. Ada Ijazah Sarjana. Pernah pegang jawatan tinggi dalam NGO. Dan, sekarang Pengurus Besar sebuah yayasan di Kuala Lumpur. Beliau rapat dengan pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan UMNO. Usia 40an. Sering keluar tv dan akhbar."Aku nak bertanding di Bukit Selambau," kata beliau kepada saya."Hah? Biar betul," kata saya.Tanya saya lagi, "Parti mana -- PKR atau UMNO?""Parti bebas," jawab beliau."Boleh menang ker?" tanya saya."Apasal tak boleh menang pulak?" tanya beliau. Nampaknya kawan saya ini bersungguh-sungguh. Ingatkan dia main-main tadi.Dia ada resipi untuk menang.Anak tempatan.Ada pendidikan tinggi.Ada pengalaman dalam NGO.Ada jawatan tinggi.Selalu keluar tv dan akhbar.Mampu berkerja dengan semua pemimpin politik pelbagai parti.Kata kawan saya tu lagi, "Kalau BN menang, ada masalah dengan kerajaan PAS di Kedah. Kalau calon PKR menang, belum tentu dia tak melompat parti."Ehem, tersedu saya dibuatnya. Yalah, kata kawan saya tu yang melompat parti sekarang ni ialah wakil-wakil rakyat PKR. Di Perak, dua orang wakil rakyat PKR jadi bebas. Di Kedah, wakil rakyat PKR letak jawatan. Dengar kata ada seorang ADUN PKR di Selangor yang ada "masalah". Hujung tahun lalu, Ahli Parlimen PKR Kapar riuh-rendah nak letak jawatan, tapi tak jadi."Kalau aku jadi wakil rakyat Bukit Selambau, semua orang boleh tidur lena. Tak perlu nak fikir soal lompat parti," kata beliau lagi."Bolehkah rakyat terima calon bebas?" tanya saya."Mengapa tidak? Sebelum ini pun rakyat pernah mengundi calon bebas," kata beliau."Tapi calon bebas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kalah..." ujar saya."Itu calon babas, bukan calon bebas," jawab beliau spontan. Saya setuju. Calon bebas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tak ada kelayakan langsung. Tok Mun lagi baik daripada kedua-duanya."Betul ker hang nak bertanding calon bebas di Bukit Selambau?" tanya saya inginkan kepastian."Ya, betul. Di Bukit Selambau ada 35,000 pengundi. 50% pengundi Melayu, 30% pengundi India dan 20% pengundi Cina. Aku kenai depa. Kalau aku boleh dapat 15,000 undi dalam pertandingan tiga penjuru, sah aku menang!" kata kawan saya tu.Saya bertanya lagi, "Siapa yang akan mengundi hang nanti?"Dia menjawab, "Orang yang ingin melihat politik baru di Malaysia. Bukan politik pertentangan, tetapi politik kerjasama antara parti. Sebagai wakil rakyat bebas, aku boleh bekerjasama dengan semua orang -- Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Lagi pun, aku pun kenai sangat dengan MB Kedah. Selalu dok jumpa Ustaz Azizan di Guar Chempedak dulu ...""Apa slogan yang hang nak pakai nanti?" tanya saya.Sahabat saya berkata, "Itulah yang aku tengah fikir ni. Hang tolong sama fikir kat aku ... Tapi hang rasa ada tak 15,000 orang di Bukit Selambau yang fed-up dengan politik di Perak sekarang?" http:/nobisha.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suka hati hang lah mat ooii ... jangan hilang wang pertaruhan sudah ... kesian kat hang
ReplyDeletePR Bukit Selambau Candidate
ReplyDeletehttp://kliks.my/calon