Wednesday, February 11, 2009

CALON INDIA PKR BERTANDING PRK BUKIT SELAMBAU


PKR merancang meletakkan calon berketurunan India pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah susulan peletakan jawatan penyandangnya V Arumugam semalam.Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan meletakkan calonnya memandangkan kerusi DUN berkenaan diperuntukkan kepada PKR, lapor Bernama."Kemungkinan besar kita ganti dengan calon keturunan India," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan anggota PKR Melaka di Cheng, malam tadi.Arumugam, pesara mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), memenangi kerusi Bukit Selambau atas tiket bebas selepas mengalahkan calon BN S Krishnan dengan majoriti 7,695 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.Beliau kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai exco kerajaan Kedah dengan portfolio Pengerusi Jawatankuasa PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.Menurut agensi berita itu lagi, Anwar berkata Arumugam telah memaklumkan kepadanya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keputusannya meletak jawatan sebagai anggota exco dan anggota DUN Bukit Selambau.Mengenai pilihan raya kecil kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak yangbakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum semalam, Anwar menyerahkan kepada PAS untuk menyenaraikancalon yang sesuai daripada parti itu.Beliau berkata Pakatan Rakyat memberi laluan kepada parti Islam untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil itu.

No comments:

Post a Comment