Monday, February 16, 2009

ARAHAN SIAPA?

Pemilihan tarikh pilihanraya kecil bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah atas arahan Najib. Dan ini bukan kali pertama Najib member arahan kepada SPR. Dalam kes Perak, dalang dibelakang rampasan kuasa Perak ialah Najib, dengan memberikan arahan kepada SPR tentang apa tindakan yang perlu dilakukan . SPR cuma tukang endorse saja.
Arahan Najib kepada SPR bukan dibuat secara direct…tapi melalui seorang Penasihat Undang-Undang Umno..seorang yang bernama Hasnizam. Dia ni selalu kelihatan, apabila ada press conference yang melibatkan Lembaga Disiplin Umno. Lebih kurang macam Zamri Kadir, selalu berdiri belakang Tengku Ahmad Rithaudeen. Dikalangan peguam-peguam dan DPP, nama Hasnizam ni memang terkenal kerana dia merupakan seorang peguam yang tak pernah masuk mahkamah, tapi cepat melonjak kerana kaitan beliau dengan Umno.
Dalam mesyuarat SPR untuk membincangkan tentang surat perletakan jawatan tiga ADUN diPerak yang dihantar oleh Speaker DUN Perak, Hasnizam telah mengarahkan SPR untuk melakukan apa saja, asalkan pilihanraya kecil diketiga-tiga DUN ini dapat dielakkan. Dan itulah sebabnya, mengapa SPR menolak surat perletakan jawatan tersebut, sedangkan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menjadi hakim, dalam menentukan sama ada surat perletakan jawatan itu sah atau tidak.
SPR hanya perlu menerima notis perletakan jawatan itu dari Speaker. Sama ada surat itu sah atau tidak, bukan dalam bidang kuasa SPR. Itu kuasa mahkamah. Tetapi dalam hal ini, SPR menjadi mahkamah.
Apabila Nizar mengadap Sultan untuk membubarkan DUN, SPR sebenarnya sudah bersedia untuk pilihanraya DUN Perak. Tetapi mereka terkejut, apabila Sultan telah melakukan sesuatu yang luarbiasa apabila enggan membubarkan DUN, sebaliknya menyerahkan tampuk pemerintahan kepada BN.
Tapi, apa yang nak diherankan. Di Malaysia, segalanya boleh. Asalkan Umno berkuasa.
Semalam, SPR melakukan sesuatu yang luarbiasa lagi iaitu mengadakan pilihanraya dipenghujung tempoh yang dibenarkan. Memang tak salah…tapi apabila ianya dibuat selepas perhimpunan Agong Umno, nampak sangat SPR mengikut telunjuk Najib. Ini belum lagi menjadi Perdana Menteri! Kalau sebelum menjadi PM pun, habis segala jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan dirinya…bayangkan apabila dia menjadi PM.
Di Perak, Musa Hasan telah mengarahkan supaya semua ceramah diharamkan. Sebaliknya semua kegiatan kerajaan haram BN dihalalkan.
Fuh!!! Apa nak jadi kat Malaysia?
MSK
http://bloggersnetworkmalaysia.com
Ulasan Pahangdaily

No comments:

Post a Comment