Friday, February 20, 2009

KEADILAN TIDAK TOLAK LETAK CALON WANITA

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI (SK) -PARTI KeADILan Rakyat tidak menolak untuk meletakan calon wanita bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pengerusi Perhubungan KeADILan Kedah Ahmad Kassim, berkata beberapa nama dikalangan wanita akan dipilih untuk dipilih menghadiri temuduga untuk menjadi calon.
“KeADILan sedang mengenal pasti beberapa individu dikalangan wanita yang berkemungkinan untuk dipilih menjadi calon di kerusi ini sekiranya keadaan dirasakan sesuai,” kata Ahmad ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya sehingga kini terdapat 12 nama yang telah dipilih untuk menghadiri temuduga bagi menjadi calon di Bukit Selambau yang dijadualkan Ahad ini.
“Kira-kira 12 individu yang akan dipanggil ahad ini bagi mengenalpasti individu yang paling layak, berkualiti, berwawasan serta tiada masalah dalaman,” katanya.
Panel temuduga berkenaan ialah, Pengarah Pilihanraya Negeri Johari Abdul, Ketua KeADILan Merbok dan Ahmad Kassim sendiri.

Tambahnya, daripada 12 nama berkenaan, selepas temuduga berkenaan, empat atau lima orang akan dipilih dan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dibuat pilihan.
Suruhanjaya pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 29 Mac depan.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon BN dari MIC, S Krishnan kalah kepada calon bebas V. Arumugam yang kemudiannya menyertai KeADILan.
Arumugam kerusi Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2362 undi.
Arumugam meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau awal bulan ini.

2 comments:

  1. biar benar calon wanita,ada ke yang layak

    ReplyDelete
  2. saya rasa tak sesuai lantik calon wanita buat masa sekarang kerana....dalam suasana yang cukup panas dan mungkin calon wanita tak akan tahan dengan ugutan dan sebagainya yang di lakukan oleh ejen UMNO. Hanya Ahli politik yang benar-benar jitu boleh menghadapi segala kerenah dan ugutan UMNO......harap Lantik yang tahan Ugutan dan kalis rasuah......

    ReplyDelete