Sunday, February 15, 2009

SARAVANAN CALON BARISAN NASIONAL PRK BUKIT SELAMBAU?


MIC mungkin mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Saravanan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ pada 7 April depan.Menurut sumber-sumber, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedang menimbang secara serius untuk mencalonkan Saravanan yang juga pengerusi MIC Kedah bertanding bagi merebut semula kerusi tersebut.Saravanan, 61, menjadi Adun Bukit Selambau serta ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008.Beliau bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi itu dalam pilihanraya umum tahun lalu untuk memberi laluan kepada calon muda dari MIC, S Krishnan, yang tewas kepada calon bebas V Arumugam dengan majoriti 2,362 undi.Arumugam, 54, meletak jawatan secara mengejut bagi jawatan exco negeri serta Adun Bukit selambau awal bulan ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihanraya bagi kerusi tersebut diadakan pada 7 April depan, manakala pencalonan calon pada 29 Mac ini.Ketika dihubungi, Saravanan bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu yang namanya sedang dipertimbang untuk bertanding di Bukit Selambau.Namun begitu, katanya, jika dipilih, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk merampas semula kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil kali ini.MALAYSIAKINI..

6 comments:

  1. Yabedabedoo ....Ustaz Nan kembali lagi ... maka bergumbiralah puak2 umno ... pasal ustat nan nih akan jadi tok imam depa .... kih...kih...kih.... ;-)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya MIC ni dah tak ade calun lagi. Generasi mudanya dah mula beralih ke PR dan lain-lain selain MIC. Parti MIC juga menunggu kereputannya selagi Samy Vellu tak keluar. UMNO akan menerima tempias jika meletakkan pilihan MIC. Semua ini akan menyebabkan BN menerima pukulan 3 X TKO di PRK di Bukit Selambau.

    ReplyDelete
  3. BN letak sapa pun akan kalah,andaikata letak UMNO mungkin 50-50.Bkt Selambau pd dahulunya adalah adun milik org melayu,kerana turut kata pd Samy Bulu,maka kerusi Bkt selambau beri pd MIC.Bodoh betul kerajaan Malaysia,termasuk Det Khalid,banggang tua bangka.

    ReplyDelete
  4. BN letaklah siapa pun sebagai calon, pengundi di Bukit Selambau akan tetap mengundi calon PR sebab bekas Adun V. Arumugam telah menunjukkan jalan-jalan yang selamat dari duri-duri BN yang dah 50 thn. membodohkan rakyat, melalui tindakannya yang 'gentelman'dan berprinsip demi menjaga keharmonian rakyat di Kedah.Pengundi di N25 ini dulu,kini dan selamanya bijak memilih antara batu dan permata. Ini BN kena faham!Penyokong BN tak payah turun ramai-ramai di situ 'buat mengabihkan boraih je' dan orang Kedah cakap 'buat semak jalan saja'!

    ReplyDelete
  5. Penyokong BN nak calun melayu.Dah 4 penggal mic.majoriti MELAYU.MIC dah tak bolih kontrol INDIA,UMNO kena dengar suara rakyat,jika tidak jadi KT,Sejak PRU12 Kaum india banyak melukakan perasaan melayu....PILIHANRAYA INI NAK JAGA KOUTA ke NAK menang????????LETAK calon MIC....bye!bye!BYE! ini bukan zaman dulu/....kedai abu

    ReplyDelete