Thursday, February 26, 2009

APAKAH SIGNIFIKANNYA KITA MEMENANGKAN CALON PAKATAN RAKYAT INI?

Tanggal 29 Mac, 2009 ini akan terjawablah siapa calon PKR yang mewakili gagasan Pakatan Rakyat dalam PRK N. 25 Bukit Selambau dan pada 07 April akan terungkailah persoalan siapa yang akan dipilih oleh rakyat di Bukit Selambau sebagai ADUN Bukit Selambau yang baru menggantikan Sdr. V. Arumugam yang telah meletak jawatan sebagai Exco dan ADUN.

Kepada Sdr. V. Arumugam kita ucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau kepada rakyat di Kedah amnya dan pengundi Bukit Selambau khasnya. Jasa-jasa saudara akan kami kenang selamanya.

Satu penghormatan dan penghargaan yang amat tinggi kami sampaikan kepada sdr. Arumugam kerana tegas dengan prinsipnya dan tidak termakan oleh UGUTAN dan PUJUKAN $$$ Juta-juta dari BN … Syabas dan Tahniah Sdr. Aru ….gara-gara BN terlalu ghairah hendak merampas secara haram Kerajaan Kedah ini maka Sdr. Aru dijadikan mangsa .. tetapi Mereka lupa manusia ini tidak semuanya akan silau dengan kilauan $$$$$$ sebagaimana prinsip hidup mereka (Be eNd).

Kelmarin YAB MB Kedah telah mengumumkan akan diadakan upacara angkat sumpah kepada Sembilan orang Exco negeri Kedah bermakna 9 kerusi Exco telah dikenalpasti , oleh itu kerusi ke Sepuluh Exco Negeri Kedah adalah kepada ADUN PKR dari Bukit Selambau, sekiranya dalam PRK Bukit Selambau ini dimenangi oleh Calon PKR ( Insya Allah ) .

Disini kita merayu kepada pengundi-pengundi untuk memberikan undi dan seterusnya memenangkan Calon PKR dalam PRK ini.

Apakah signifikannya kita memenangkan calon PR Bukit Selambau ini ?

Jawapannya, ADUN dari PR ini akan menjadi EXCO Negeri Kedah dan akan memegang Portfolio yang akan menjaga Kepentingan dan Kebajikan Rakyat Kedah keturunan Siam dan India serta Pekerja Ladang dan lain-lain lagi.

Tetapi sekiranya pengundi Bukit Selambau menolak Calon PKR dan mengundi Calon MIC dari BN maka suara Masyarakat Siam dan India tidak akan bergema didalam mesyuarat EXCO Negeri Kedah, walau pun akan ada EXCO lain yang bakal dilantik untuk mengisi Portfolio ini tetapi ia tidaklah melambangkan komposisi kaum di Negeri Kedah ini kerana tidak ada ADUN dari Orang India dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Oleh itu bagi pengundi India yang merupakan 30% pengundi Bukit Selambau fikir-fikirkanlah akan Natijah ini jika Calon PR Bukit Selambau ini tidak dapat dihantar ke DUN Kedah nanti.


Bagi Pengundi Cina pula, inilah peluang saudara-saudara untuk menambahkan lagi suara bukan Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat agar memberi keseimbangan suara antara Melayu / Islam dan Bukan Islam dalam Kerajaan Kedah.

Bagi pengundi Melayunya pula, kemenangan calon PR di Bukit Selambau ini akan mengukuhkan Kerajaan PR yang sedia ada dan ini akan mewujudkan kestabilan politik dan akan menghentikan terus usaha – usaha yang sedang dijalankan oleh UMNO dan BN untuk mengganggu gugat Kerajaan PR Kedah.

Perlulah kita ingat bahawa kestabilan Politik ini akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan dalam mentadbir Negeri dan menangani krisis ekonomi yang sedang melanda.

Oleh itu, kita tidak akan kerugian jika memenangkan calon PR di Bukit Selambau ini. Tetapi jika sebaliknya yang berlaku keadaan Politik di Negeri Kedah ini akan berterusan dalam keadaan tidak stabil dan yang ruginya adalah Rakyat Kedah keseluruhannya.

Dengan ini Saya sebagai Rakyat Kedah merayu dan Menyeru Pengundi di Bukit Selambau ini agar keluar beramai-ramai dan mengundi calon PKR dari PR untuk menghentikan terus kegiatan pencacai-pencacai Politik terutamanya si MEL dari terus mengganggu ADUN PKR dengan tawaran – tawaran palsu untuk melompat Parti dan sebagainya. Seterusnya kita juga tidak boleh menghampakan pengorbanan Sdr. Aru yang sanggup melepaskan semua jawatannya semata-mata untuk tidak mengganggu gugat kerajaan PR Kedah …

Jangan kita biarkan Pengorbanan ini menjadi sia-sia dan jangan kita biarkan kegiatan cubaan merasuah ADUN PR dari dari terus berleluasa …. Stop it once and for ALL ….. marilah kita beramai-ramai hentikan semua kegiatan tidak bermoral ini .. UNDILAH CALON PKR DARI PR UNTUK KESEJAHTERAAN KEDAH DAN ADAKAH KITA MAHU KRISI PERLEMBAGAAN YANG BERLAKU DI PERAK MENULAR KE KEDAH PULA ??
Ayuh kita turun beramai-ramai untuk memberi mesej kepada Be eNd bahawa BN telah tidak dikehendaki lagi… ENOUGH IS ENOUGH ….
REFORMASI …
Ramli Rizal.

10 comments:

  1. Ya saya setuju betul dengan pendapat ini.
    Jangan jadi berua dan jangan jadi bersubahat dengan kumpulan kecil sekarang (BN) yang nak menghancurkan ketuanan rakyat dan sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini yang cukup jelas menentang sebarang usaha untuk MERASUAH rakyat dengan RM2 atau 3 juta duit mereka tu.
    Hadapi lah hakikat bahawa kita rakyat tidak mudah lupa daratan dan kabur dengan duit sebanyak tu. Kita memang lapar, tapi biarlah apa yang masuk ke dalam perut kita adalah makanan dan minuman yang HALAL, bukannya dari sumber yang HARAM! Itu yang sangat penting.
    Jangan jadi Pak Turut macam Lembu di Cucuk Hidung. (lembu lagi.....heh heh heh)
    Jangan lah pengundi khususnya orang Melayu khayal dengan taburan wang ringgit mereka tu juga di hari penamaan calon.
    Apa tidaknya....setiap kali pada hari tu kita tengok mana2 orang kampung yang menyokong BNlah akan keluar beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pemimpin mereka.
    Hatta, duduklah mereka kat tepi jalan tu diberi makan nasi bungkus dan air kotak dan mungkin juga duit RM10 atau RM20 kah.
    Bayangkan bertapa murahnya harga orang Melayu ni selama 50 tahun diperlakukan sebegini.
    Sekarang bukan masa untuk politik murahan sebegini untuk memancing undi. Ada agenda lebih besar lagi yang kita harus pikul untuk memacu negara ni ke arah yang lebih progresif dan dynamik.
    Bukan nak menang pilihanraya dengan politik wang ringgit! Sebab tu lah kelemahan orang Melayu selamaini. Saya turut bersedih apabila melihat kaum ibu terutamanya, cepat sangat termakan umpan sebegini.
    Ya lah ..... orang kampung katakan. Apa lah tahu mereka yang tua-tua ni tentang masalah politik dan ekonomi yang melanda negara kita ni selama ini. Senanglah mereka 'engine' dan gula-gula.
    Ini bukan khayalan saya. Sebab saya selalu tengok orang kampung, termasuk di tempat saya, yang tak reti apa itu politik, sangat mudah terpengaruh dengan umpan seperti ini bila tiba masa mengundi.
    Yang mereka tahu hanya satu lambang - Dacing. Tetapi apa yang nak dicakap dan isu yang nak di hujah oleh parti pembangkang, langsung mereka tak mahu dengar.
    Dan sekarang, tibalah masanya generasi muda(yang berada dalam PR) khususnya yang berpengetahuan dan berpelajaran memainkan peranan mereka sebagai egen untuk menerangkan kepada orang kampung tentang apa sebenarnya yang berlaku di luar sana dan masalah yang melanda negara kita ini.
    Dengan masalah rasuah, salahlaku dan salahguna kuasa dan segala macam masalah sosial yang berlaku yang melibatkan pihak yang berwajib.
    Jadi saya rasa perlulah kita ada rasa kesedaran dan keseimbangan bagaimana kita harus menangani perkara sebegini dari terus berlaku di masa akan datang.
    Janganlah kita cuba memburukkan kepimpinan yang berada di dalam PR sebab mereka baru setahun jagung memerintah di 5 buah negeri selepas Pilihanraya ke-12 yang lepas.
    Berilah mereka peluang untuk mentadbir dengan sebaiknya dengan dorongan dan sokongan rakyat kebanyakan.
    Kita tidak perlu dengan pengkhianat yang datang dengan janji manis mereka yang menaburkan wang seolah-olah kita ni senang dibeli.
    Harap orang N25. Bukit Selambau tak takut keluar untuk membuang undi nanti dan diharap mereka tak tersalah pangkah. Itu aje.

    Dari : Rakyat Perihatin

    ReplyDelete
  2. salam

    en aru ni letak jawatan pasal soal moral...jgn la bercerita pasal $$$ naik muak laaa

    ReplyDelete
  3. Undilah Pakatan Rakyat...

    Semoga projek "Ladang Ternakan Babi" di Bkt Selambau akan menjadi kenyataan.

    Hidup Babi...Hidup Babi. HAHA..

    ReplyDelete
  4. sukj nih pencacai Khairy Jamaluddin ler ...

    ReplyDelete
  5. anonymous ke2 tak tahu cerita disebalik tirai ... pi tanya zamil berapa dia dapat jadi broker lompat parti nih ... aku tengok muka zamil tuh macam beruk mat yeh 786 jer... hutang duit aku RM3000.00 tahun 2001 dulu sampai sekarang tak bayaq kaki kencin ...

    ReplyDelete
  6. zamil barua ... besaq ....

    ReplyDelete
  7. Biasa la sapa tak kenal Zamil seluruh kawasan Merbok malah seluruh Kedah semua org tahu tukang jadi broker umno pancing para adun di negeri Kedah utk lompat parti masuk umno. DIA NI DAH GILA SUDAH SAH DAN PATUT DI TEMBAK AJE......

    ReplyDelete
  8. zamil ..oh ... zamil dapat duit haram nak bagi makan anak bini .... ????

    ReplyDelete
  9. Projek ladang babi di bukit selambau dicadangkan oleh sebuah syarikat umno di atas tanah yang diperuntukkan untuk penjualan kepada orang melayu! Nak undi UMNO/BN lagi???

    ReplyDelete
  10. Zamil mmg beruk makye!! Bodo mcm lembu! Tapi strategis di belakang dia sebenaqnya ialah Mocktar Mansor, bekas timbalan Ketua Bhgn PKR yg letak jwatan pasai takut ahli-ahli confront isu dia rancang jatuh kerajaan negeri dan khianat parti!! Yang ni patut kena baling dgn taik!

    ReplyDelete