Saturday, February 21, 2009

ANWAR MAHU CALON KALIS KORUPSI

Ketua Pembangkang, DSAI mahu calon yang komited dengan perjuangan parti dan tidak mudah goyahdengan sogokan atau ugutan akan dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Selambau Nanti.
saya telah mula menggerakan jentera pilihanraya bagi DUn Selambau bersama pimpinan parti di Kedah dan Bahagian Merbok. Nama-nama calon yang sesuai akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan pakatan Rakyat Peringkat Pusat dalam Masa yang terdekat.
Sudah tentu kita mahu calon yang mempunyai kredibiliti, tokoh berwibawa yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti dan tidak mudah seperti mereka yang sanggup menjual maruah dan harga diri. kita juga akan pertimbangkan calon tempatan kerana kita mahu calon tersebut disenangi oleh penduduk tempatan dan juga disenangi oleh pimpinan dan ahli PAkatan Rakyat. secara tradisinya kerusi berkenaan diwakili oleh calon daripada PKR, bagaimanapun ia terserah kepada Majlis Pimpinan PR dan tidak salah sekiranya DAP atau parti lain dari PR hendak mengemukakan calon masing-masing. Sekian.
Azmin Ali

3 comments:

  1. moga dapat calon yang kualiti

    ReplyDelete
  2. jangan pilih calon yang tak tahu mana asal usul.dah nak jadi calon baru nmpak muka, cakap pandai.pilih la calon yang sedia ada di antara pejuang dan reformis.kalau orang luar takut ada harapan kena beli.takut dapat tali barut BN.Sekarang kena hati2 jgn nak kira buat kroni sj.

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik beberapa artikel yang menulis tentang masalah pemilihan calon dlm PRU12 yang lepas. Daripada ulasan-ulasan yang saya baca. Kebanyakan calon yang lepas ada kemungkinan calon bidan terjun. Semasa PRU12, kesepakatan PR mungkin berasakan satu lawan satu. Ada kemungkinan PKR tidak mempunyai pilihan yang banyak. Tetapi pada pilihanraya2 akan datang, saya cadang PKR mempunyai satu jawatankuasa yang bertindak sebagai penapisan bagi intergriti calon. Kalau boleh PKR hendaklah memilih calon yang tidak mempunyai background parti politik yang lain. Maksud saya PKR hendaklah memilih bakal calon yang asalnya Parti Keadilan dan calon juga mesti ahli PKR untuk selama-lamanya. Bagi tujuan kemaskini ini, PKR hendaklah mempunyai satu sistem DATABASE. Saya yakin PKR mampu merealisasikan DATABASE ini kerana, PKR mempunyai ramai pakar-pakar IT yang sanggup merealisasikan pangkalan DATABASE ini. Kemaskini database ini hendaklah dibuat oleh satu jawatankuasa yang boleh merekodkkan aktiviti ahli PKR pada setiap masa. Ini termasuklah kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh ahli PKR. Kemudahan DATABASE ini amat berguna kerana dengan satu klik sistem dapat beroperasi bagi mendapatkan profile ahli PKR. Selain daripada itu data-data ini juga boleh disemak oleh ahli-ahli PKR dari seluruh negara bagi mengenali calon-calon atau mengenali ahli-ahli PKR secara terus online. Komunikasi dua-hala juga dapat direkodkan bagi memudahkan proses intraksi antara ahli-ahli PKR seluruh negara. Saya rasa dalam parti-parti politik di Malaysia belum ada lagi sistem perlaksanaan ini dijalankan. Kalau baik PKR boleh mempertimbangkan, kalau menyusahkan sila abaikan.

    ReplyDelete