Saturday, April 11, 2009

TERUSKAN

MENGAMBIL KIRA PANDANGAN DAN CADANGAN BEBERAPA PIHAK,BLOG N25 BUKIT SELAMBAU AKAN TERUS DI HIDUPKAN.TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBERI KERJASAMA DAN PANDANGAN.


ADMIN N25 BUKIT SELAMBAU.

10 comments:

  1. syabas... takbir 3x

    ReplyDelete
  2. Mcm tu le Admin N25. Sebagai cadangan saya, sebabnya saya ni org luar Bukit selambau jauh ke selatan, kami nak berkenalan le dengan Bukit Selambau. Kalau boleh Admin boleh tunjukkan gambar sedikit. Mcm posting yang lepas tu, gambar ada kurang sikit. Bak kata orang nak berkenalan tu kena tunjuk gambar le. Kemudian Admin boleh letak alamat pusat khidmat rakyat dan mcm2 lagi lah pasal Bukit Selambau. Sekarang Bukit Selambau dah terkenal kat malaysia. Jadikan dia satu tarikan untuk ZOOM Malaysia. Sekurangnya ramai org akan datang ke Bukit Selambau boleh le meningkatkan ekonomi org2 Bukit Selambau....Tahniah kerana maju setapak lagi.

    ReplyDelete
  3. Kepada admin,saya rakyat sungai lalang yang mengundi manikumar ingin bercakap kepada manikumar, boleh ke manikumar turun padang ke kawasan dia melihat keadaan kerana kawasan sungai lalang sampai taman ria tidak mempunyai bekalan air dan kini perkara ini telah berlarutan selama 30jam. saya berharap s.manikumar dapat memahami suara hati rakyat dan bertindak segera terhadap perkara yang berlaku sekarang kerana rakyat di kawasan sini terpaksa pergi ke perigi air di kilang tembakau hup seng untuk mengambil air. saya amat berharap s.manikumar akan bertindak dengan segera.

    ReplyDelete
  4. zoom tak zoom malaysia tak apa, janji rakyat hidup bahagia, sihat dan sejahtera. suara hati rakyat harus disampaikan segera seperti berlaku perkara bekalan air terputus di kawasan bukit selambau dari 11 april 2009 sehingga 12 april 2009, baru jabatan bekalan air negeri kedah sampaikan air menggunakan lori tangki air dari rumah ke rumah di kawasan sana tetapi masalahnya JBA kedah tengah tidak memberikan notis pemberitahuan hitam putih kepada semua orang bahawa bekalan air akan diputuskan dan saya amat berharap YB S.Manikumar harus ambil langkah inisiatif menangani masalah ini supaya perkara semacam ini tidak lagi berlaku. Air diperlukan untuk membuat kegiatan harian seperti minuman, mandi, membersihkan kotoran dan digunakan oleh orang islam sebagai air wuduk untuk sembahyang.

    ReplyDelete
  5. he he itulah hadiah dari JBA utk pengundi bkt selambau...

    lawak ja noooo... kesian tengok sahabat2 mai keja x mandi tadi...

    ReplyDelete
  6. Kalau sudah memulakan selangkah ke hadapan, kenapa mahu berhenti di situ sahaja ?. Saya cadangkan blog N25 Bukit Selambau dinaiktaraf dijadikan blog rasmi N25. Segala aktiviti, maklumat, pengumuman dll khusus untuk DUN tersebut boleh dimuatkan di dalamnya. Kerana untuk mewujudkan sebuah blog yang boleh menarik perhatian rakyat dan popular seluruh negara bukan suatu yang mudah !.

    Kerana itu, teruskan ! Rakyat penyokong PR seluruh negara mahu mengetahui perkembangan DUN yang telah dimenangi .... Cuma , kalau nak di 'make up' bagi cantik dan dinaiktaraf, saya adalah orang pertama menyokong !

    ReplyDelete
  7. sudah geram! mana bekalan air?

    ReplyDelete
  8. 13/04 15:00, Air masih tiada di Taman Ria Jaya.
    Tolong buat sesuatu..

    ReplyDelete
  9. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada YB Manikumar yang telah memenangi dalam pilihan raya kawasan bukit selambau dan dilantik sebagai EXCO Kedah. Dengan kemenangan dan perlantikan YB sebagai EXCO, saya rakyat Sg Lalang dengan harapan yang tinggi terhadap YB untuk menyelesaikan masalah-masalah di kawasan Sg Lalang. Masalah-masalah adalah:
    (1) Bekalan air sering terputus di kawasan Sg Lalang.
    (2) Bekalan elektrik sering terputus di kawasan Sg Lalang.
    (3) Bekalan air dan elektrik sering terputus terutamanya pada musim perayaan cina.
    (4) Keadaan jalan raya yang rosak di kawasan kampung baru, Sg Lalang.
    (5) Keadaan longkang yang tersumbat di kawasan kampung baru, Sg Lalng.
    Dengan itu, saya amat berharap YB akan menyelesaikan masalah-masalah tersebut untuk meringankan keseksaan rakyat selama ini. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete