Sunday, May 24, 2009

PEJABAT DAP DI GELEDAH

Ceramah di Bukit Berapit, Bukit Mertajam turut dihadiri Sdr Lim Guan Eng, Dato’ Seri Nizar, Dr Lee Boon Chye dan sudah pastinya calon Keadilan Sdr Mansor Osman. Dalam ucapan tersebut saya mengecam tindakan pihak polis yang menyerbu Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi.

Serbuan tersebut yang dibuat tanpa sebarang waran geledah dan dipercayai bermotifkan kepentingan politik umno-bn merupakan satu penghinaan ke atas Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Saya menggesa agar pihak polis dengan memohon maaf di atas tindakan yang membelakangkan undang-undang serta dengan segera memulangkan harta yang dirampas

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, May 12, 2009

AYUH BANGKIT!!

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.Malah ada 'pemimpin' yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)

Imbas kembali ketika dua ADUN 'katak' hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che'GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan 'kita masih punya majoriti' malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk..... hahahahahahahahahaaaaa.Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil.

Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk 'gangster' untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram.

Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang....Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut.

Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku......Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai.

Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil.

Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti.

Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008.

Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai 'penghubung' tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja.... yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP....Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan.

Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak....pandai cakap Inggeris atau tidak...apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja....Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap.

Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam.Ayuh bangkit !!!!!!!!

Sunday, May 3, 2009

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN MEDIA

Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.

Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.

Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Friday, May 1, 2009

PERUTUSAN HARI PEKERJA

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

Thursday, April 30, 2009

CALON PRK PENANTI

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.
Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.


Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.
Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.
Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti

HARUS DIRENUNG SECARA JUJUR

Pekebun Kecil menyatakan pendapatnya melalui emel dibawah:

Datuk Seri Anwar,
Saya akan terus memberi beberapa pendapat yang dirasakan membantu kita semua memikul Amanah Allah ini. Setelah 8 Mac, angin perubahan yang dinanti tiba dengan keadaan yang bagi saya bukan mengejut tetapi telah dirancang oleh Allah s.w.t, namun memang terdapat YB-YB yang menang dengan perasaan terkejut sebab masa hendak bertanding dulu pun tunggu dipujuk dan dibangunkan keyakinannya. Apa yang terbuku di pemikiran saya selama ini tidak kesampaian dan tidak nampak ia akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang diterima mungkin juga tidak sampai kepada saya. Saya tuntut perubahan ini.

Pertama: Dasar kerajaan Negeri perlu jelas, diperjelaskan melalui pelaksanaan dan perangkaan yang kemas. Dasar-dasar kerajaan negeri lama masih terpapar di dada web rasmi Kerajaan Negeri Selangor perlu dibuang dan digantikan dengan wawasan dan dasar baru yang perlu diisi serta diterangkan kerangka pelaksanaan termasuk garis tuju serta pembatuan kerja. Apa pentingnya dasar-dasar ini diubah, bagi memberi pandangan perbezaan antara kita dan kerajaan terdahulu. Memberi wawasan dan harapan baru kepada Kakitangan Awam bagi merealisasikan perjuangan rakyat negeri Selangor, dan sebagai titik mula angin perubahan serta halatuju baru bagi mengelak perbezaaan paradigma.

Kedua: Membersihkan tingkat 21 dengan kumpulan pelaksana yang baru yang dikenalpasti akan kesetiaan mereka terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat, sebolehnya dengan struktur pentadbiran yang baru, pengisian penambahan atau perubahan kedudukan serta peranan baru bagi menyokong kehendak dan hasrat dasar-dasar baru yang ditetapkan di resolusi Pertama. Ini bagi mengelak penyaluran maklumat penting kerajaan, unsur sabotaj, kelewatan pelaksanaan, mengelak prejudis berpanjangan, dan pembahagian kerja yang lancar, sekaligus memberi ruang kepada kakitangan bertugas dengan penuh amanah tanpa rasa mereka diawasi. Sudah tentu kakitangan ini akan lebih produktif dan tenteram menjalankan amanah yang diberikan.

Ketiga: Mengubah struktur sokongan, kerajaan negeri Kerajaan Tempatan terutama GLC serta agen-agen kerajaan negeri yang selari dengan resolusi pertama yakni dasar yang akan diperkenalkan. Agak janggal resolusi ini dikeluarkan setelah lebih 6 bulan tiada sebarang perubahan dasar dibuat. Apa yang dilaksanakan sekarang cuma pelaksanan janji pilihanraya atau manifesto. Kerajaan negeri mesti mempunyai kerangka utama yang selari dengan manifesto bagi merangka masa depan Kerajaan Negeri Selangor Baharu. Kerajaan Tempatan perlu distruktur atau diubah dengan mengelak agen-agen kerajaan lama bertapak, Little Napoleon dibasmi. Bukan kerajaan yang ada menjadi agen kepada agen-agen lama ini. Sehingga kini tiada YDP atau sebahagian Kerajaan Tempatan yang bermasalah dirombak walau ada alasan kukuh, perlantikan persekutuan juga perlu dikaji akan keperluannya, jika tiada peranan dan kerjasama yang dapat diadakan antara persekutuan dan negeri kenapa perlu kita mengekalkan kedudukan mereka dinegeri?

Keempat: Memberi ruang dan peluang kepada “orang politik” dilandasan yang berbeza, menghormati pendapat dan pandangan mereka sebagai asas kepada pengubalan sebarang dasar dan perubahan yang perlu digariskan di resolusi pertama, Perhubungan Negeri menjadi medan menjana idea baru dan cadangan baru yang dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan seterusnya dibincangkan di peringkat mesyuarat EXCO serta mesyuarat eksekutif yang lain. Ketua-ketua bahagian diberi tempat dimana mana jua ruang kosong yang boleh diisi baik dari segi peluang ekonomi dan kerjasama sosial. Adalah agak pelik melihat lagak seorang ketua yang hadir dari ruang dan sokongan bahagian-bahagian melupakan peranan mereka, perlu diingat tanpa ruang yang diberikan tidak mungkin apa yang berlaku sekarang. Saya ambil contoh :- Bahagian Kuala Selangor : tanpa laluan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian selaku Ketua Bahagian ketika itu tidak wujud ketua Bahagian yang digelar MB Sekarang ini. Memberi peluang bukan bererti kita membalas, tetapi naturalnya politik mesti berlandaskan kepada kesedaran ini. Politik bukan perniagaan yang hanya mampu dijual beli. Pada satu ketika kedudukan anda mungkin sudah tidak dapat dibeli dengan sebarang nilai pun. Dasar politik mendepani Kerajaan tidak wujud di Selangor.

Kelima: Memperkukuhkan Perhubungan Negeri dan Bahagian dari segi kekuatan fizikal dan jentera, bahagian sepatutnya diberi bantuan supaya membangunkan ekonominya sendiri, aset, jentera yang berwibawa, berketrampilan melalui latihan latihan khas, dana dana yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti parti yang seterusnya tidak akan meneruskan pergantungan kepada Kerajaan memerintah, agar kemenangan ini berterusan dan parti menjadi pusat minat orang muda mengembleng generasi pimpinan baru. Mereka juga perlu mempunyai imej, mendapat tempat sewajarnya didalam masyarakat sekitar sebagai pengerak desakan rakyat.Menjadi medan jatuhnya kerajaan jika terjadi, tempat mengadu ahli, menjadi momentum asas kepada segala riak perubahan suara rakyat. Kerajaan sekarang tidak boleh bangun dengan hanya cantik diatas, tetapi rompong dibawah, penyokong dan ahli inilah asas yang paling perlu dipertahankan. Mana mungkin parti berdiri tanpa AHLI.

Keenam: Media yang berkesan dan penerobosan media alternatif kepada rakyat, termasuk yang ditempatkan di peringkat Kerajaan Negeri peranan Setiausaha Akhbar, Pegawai Media, Perhubungan Awam perlu dipertingkatkan, berperanan sebagai penyebarluaskan sebarang perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan negeri, Pengiktirafan kepada media sokongan seperti Blogger perlu dengan mewujudkan Blogger Selangor, bagi menangkis serangan negatif pihak lawan, tidak perlu menunggu diserang, tetapi media harus terus menerus memberi penerangan kepada rakyat. Apa yang nampak, segalanya cuma dimeja mesyuarat nampak cantik, rakyat tidak tahu menahu walau seindah mana pelaksanaanya. Ini akibat kefahaman politik yang tidak memerlukan keadaan ini berlaku. Lantas berkata gimik tidak perlu, membazir masa dan wang.

Ketujuh: Sebagai Muslim, jauhi unsur sekularisma dalam pentadbiran negeri, sayangi Islam, Melayu sebaiknya pertahankan peranan masing masing dalam apa jua keputusan. Bermatian dalam memutuskan yang hak. Dalam keadaan itu, keperluan bukan Islam tidak terpinggir, dengan maksud lain, Pentadbiran ini perlu diasaskan dengan keperluan agama dan rohani. Unsur SEKULARISMA ini perlu dibuang, atau unsur Free Thinking perlu dihapus. Apa yang akan terjadi Agama menjadi bahan politik dan sekunder dalam keputusan keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan Negeri mempelopori perubahan ini dengan mewujudkan Majlis Dialog Agama dinegeri Selangor, bukan untuk hebahan tetapi mencari titik temu antara sebarang persoalan yang membabitkan keperluan agama masing masing.

Kelapan: Kualiti kepimpinan yang tinggi , berdisiplin , sayangkan rakyat, taat kepada Agama, pimpinan perlu dilihat mampu mempimpin diruang yang dia mahir atau bidang professionalnya, mungkin sekali sekali dinampakan memimpin jemaah solat, menghantar jenazah kekubur, bermain bola, melayani anak anak kecil, menuntuni orang tua, Bukan lagaknya seperti CEO dengan bertali leher dan kot siang malam. Jika kualiti kepimpinan ini tiada padanya beliau perlu membawa kepimpinan lain bersamanya untuk mengimbangi kekurangan yang ada padanya, mungkin dibelakangnya seorang Imam, jurulatih bola, guru tadika atau pengusaha rumah orang tua. Jika ia sudah terlaksana tunjukan kepada rakyat, kita tidak boleh kata ini untuk menunjuk nunjuk, tetapi peranan pemimpin memang memberi contoh yang terbaik kepada rakyat. Tidak boleh mengatakan ini gimik, ia perlu diteladani oleh pimpinan bawahan. Ambil contoh Rasullah terlebih dahulu melakukan apa yang baik untuk diteladani orang sahabat sahabat. Adakah dengan mencontohi Rasullah menjadikan apa yang dilakukan jadi tidak ikhlas?. Diulangi itu peranan pemimpin menjadi teladan kepada rakyat. Jadi peranan resolusi perkaitan media diatas menjadi sandaran.

Kesembilan: Jangan perkecilkan peranan masing-masing, ambil kisah semut Nabi Sulaiman, Burung di pintu gua nabi, dan lain lain kisah. Masing masing ada peranan yang amat berguna pada ketika dan masanya atau keadaan tertentu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang itu atau pimpinan itu. Mengepikan dengan alasan tidak professional, tiada kelayakan akademik, itu dan ini dengan memecat sesuka hati adalah tabiat yang kurang murni dalam politik, pimpinan perlu sedar anda mungkin memerlukan “setitik” air untuk hidup ketika anda kehausan. Pada ketika itu anda tidak akan memikirkan air jenis apa yang akan anda minum. Beringat sebelum anda kehausan. Menganggap orang dirinya lebih sempurna dan orang lain bagai sampah boleh dikuis dan disepak-sepak adalah silap. Kapal terbang boleh jatuh dengan “selotape” saja. Tidak mengulas panjang tentang itu. Apa yang jelas semua berperanan, jangan nafikan peranan mereka, sekurang kurang berilah mereka ditempat yang sesuai dengan peranan tertentu.

Kesepuluh: Baca, tenung dan kaji dengan teliti setiap perenggan yang tulis, ambil pendekatan positif, penulis hanya mentelah tetapi diberi ilham agar semua perkara ini disentuh dan diambil tindakan serious serta efektif. Didalamnya ada cadangan serta implikasi juga penyelesaiannya.
Sehingga kini masih kedengaran suara suara yang sama yang kita dengar setahun yang lalu, apa yang jelas parti tiada perubahan, kekuatan parti dibahagian masih lemah, pengurusan keahlian masih lesu, pendokong parti longlai. Namun ada yang pandai “marah” tatkala tidak cukup jentera parti berkempen di Batang Ai dan Bukit Selambau tempohari. Tidakkah semua yang ada berfikir sejenak?

Ahli - perlu dilayan dengan baik, sepatutnya satu program pentarbiyahan ahli baru dibuat atau dengan kata lain, program orientasi organisasi parti perlu dibuat bagi menjamin ahli yang setia dan menjalankan hak mereka sebagai ahli. Satu program penyerahan kad ahli melalui sistem keahlian yang kononnya sudah mantap di ibupejabat sepatutnya dimanafaatkan. Mungkin ahli yang berdaftar dipanggil untuk sesi pengenalan kepada perlembangaan parti, organisasi parti, hak ahli, menanam kesetiaan ahli. Ramai ahli yang merungut tentang ini.

Bahagian - Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.

Perhubungan Negeri - Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.

Pusat Khidmat Masyarakat - Tiada KPI yang diguna pakai yang jelas, masing masing dengan kaedah dan cara perkhidmatan yang tersendiri, gaya dan penyampaian yang berbeza dan berpilih. Tidak menyeluruh, tiada sistem promosi atau pemasaran produk kerajaan sekarang. Media tidak dimainkan, lokasi dan kedudukan kekadang menyusahkan pengunjung dan rakyat susah, tidak mesra rakyat malah kekadang tutup. Setengahnya tidak melibatkan bahagian (memanglah itu hal pentadbiran negeri tapi bendera penuh juga), tidak mencerminkan atau meraih political milage kepada parti yang memerintah sekarang.

SUK - No komen itu tempat YB masing masing….
——-
Saudara Pekebun Kecil,
Sorotan rakan wajar direnung secara jujur. Seandainnya sudah dipertimbangkan sabelumnya atau dikira sedikit terlanjur sekalipun, ia tetap membantu dalam penyelenggaraan amalan kita.
Sesungguhnya yang mendorong saya membuat rombakan tugas kepimpinan minggu lalu adalah lantaran keprihatinan yang sama - bahaya kepudaran idealisme; mudah rasa selesa dan keengganan menerima teguran.

ANWAR IBRAHIM

Monday, April 27, 2009

PENANTI

PRK Penanti
Hari Penamaan Calon : 23hb. Mei 2009 (Sabtu)
Hari Mengundi : 31hb. Mei 2009 (Ahad)

Thursday, April 23, 2009

JEMPUTAN KE KENDURI RAKYAT

Saya ingin menjemput semua teman-teman, tanpa mengira kaum, perbezaan fahaman politik mahupun agama untuk menghadiri satu majlis Khenduri Kesyukuran Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Kedah, Yayasan Aman dan Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Selambau yang bertempat di perkarangan pejabat Yayasan Aman Kedah, Sungai Lalang (Bilik Gerakan AMK Kedah semasa PRK lalu) pada 24hb April ini, Jumaat, mulai jam 8 malam.

Majlis khenduri kesyukuran ini dibuat sebagai tanda terimakasih serta bagi meraikan semua petugas2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat yang banyak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat semasa pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Majlis yang berkonsepkan muhibbah pelbagai bangsa ini ada turut menyajikan kira2 30 jenis pelbagai juadah dari kesemua etnik bangsa utama di Kedah, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam yang dibuat secara bergotong royong dan sumbangan bersama semua kaum bagi menunjukkan bahawa perpaduan dan keharmonian sebenar antara kaum lebih mampu dicapai dan digarap di negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis ini yang akan dijadikan sebagai satu tradisi baru bagi membina perpaduan dan keharmonian tulen dikalangan rakyat, terutamanya untuk generasi akan datang.
Jom, mai ramai-ramai

KETUA AMK KEDAH
SAIFUL IZHAM RAMLI.

Thursday, April 16, 2009

PRK PENANTI

KUALA LUMPUR, 16 APRIL (SK) -Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berkata dalam satu kenyataan hari ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah sebagai alasan perletakan jawatan.

Wednesday, April 15, 2009

BLACK 14


BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan.


Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen

Tuesday, April 14, 2009

PAS sokong pelantikan Manikumar sebagai Exco Kedah

KETEREH, 14 April (Hrkh) - Perlantikan Adun Bukit Selambau S. Manikumar dari PKR sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah amat bertepatan dengan janji yang dibawa kepada pengundi di Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pohon Sena, Dato' Mahfuz Omar ketika ditemui di majlis ceramah isu semasa di Kawasan Perumahan Kadok

Mahfuz juga berkata, sokongan kaum India di Bukit Selambau terhadap kepimpinan yang diterajui oleh PAS di Kedah seharusnya dihargai dan kerajaan tidak akan meminggirkan kaum India, Cina dan Siam yang ada di Kedah dalam segala aspek.
Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Manikumar sebagai Exco Kedah dan menunjukkan Menteri Besar Kedah menunaikan janji kepada kaum India bahawa Adun Bukit Selambau itu akan dilantik sebagai exco dan memberi khidmat terbaik kepada negeri.
"Saya berkeyakinan dengan kebolehan dan kewibawaan beliau, beliau akan mampu menunaikan tanggungjawab dalam membantu Menteri Besar dan Exco lain dalam membangunkan Kedah demi kepentingan umum," ujarnya.

Menyentuh tentang penglibatan Manikumar dalam politik masih baru, Mahfuz berkata, wakil rakyat lain pun baru juga dan yang menjadi exco itu pun baru setahun dan ini tidak timbul soal baru dalam politik tetapi pengalaman beliau sebagai aktivis parti dapat membantu memajukan kaum india di Kedah.
"Yang penting sekarang ialah Umno/BN mesti menghentikan provokasi untuk mengambil alih kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui rampasan kuasa, biarkan kerajaan ini mentadbir sehingga pilihan raya umum akan datang dan selepas itu kita bagi pada rakyat untuk membuat pilihan," kata beliau lagi.

Mahfuz juga berharap masyarakat India di Kedah dapat memberi kerjasama kepada Adun Bukit Selambau yang baru untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin tanpa menaruh sifat dendam dan iri hati kepada beliau.
S. Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di Alor Star Pagi semalam. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili PKR. Menteri Besar Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Dato' Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi acara angkat sumpah itu. - mns_

PERASMIAN PUSAT KHIDMAT DAN PROGRAM PENYERAHAN TUGAS












Pada hari ahad yang lalu program perasmian pusat khidmat ADUN BUKIT SELAMBAU telah di adakan.Di samping itu di adakan acara penyerahan tugas oleh bekas ADUN BUKIT SELAMBAU SAUDARA ARUMUGAM kepada ADUN BUKIT SELAMBAU yang baru iaitu YB S.MANIKUMAR.Dalam keadaan panas terik orang ramai tetap datang memeriahkan program tersebut.


Saturday, April 11, 2009

TERUSKAN

MENGAMBIL KIRA PANDANGAN DAN CADANGAN BEBERAPA PIHAK,BLOG N25 BUKIT SELAMBAU AKAN TERUS DI HIDUPKAN.TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBERI KERJASAMA DAN PANDANGAN.


ADMIN N25 BUKIT SELAMBAU.

Wednesday, April 8, 2009

TAMAT

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG N25 BUKIT SELAMBAU,DENGAN INI BLOG N25 BUKIT SELAMBAU AKAN DI TAMATKAN PERKHIDMATANNYA.TERIMA KESIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOGN25 KERANA MEMBERI RESPOND.TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA SAUDARA S.MANIKUMAR KERANA MEMENANGI PRK N 25 BUKIT SELAMBAU.TAK DI LUPAKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PETUGAS KHUSUSNYA AMK KEDAH KERANA BERTUNGKUS LUMUS DI DALAM MENJALANKAN TUGAS.UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA KHUSUSNYA UNTUK NEGERI KEDAH SILA LAYARI http://www.amkkdh.blogspot/ http://www.hidupharapan.blogspot.com/ http://www.kedahlanie.blogspot.com/ http://www.saifulmerbok.blogspot.com/www.cokolatangin.blogspot.com

Tuesday, April 7, 2009

KEPUTUSAN MENGIKUT JDM......

LANGSUNG DARI MARKAZ BESAR PAS...

UNDI POS PKR 13 BN 34 MAJORITI BN :21

PETANI PARA PKR 102 BN 97 MAJORITI PKR : 5

TASEK APONG PKR 528 BN 335 MAJORITI PKR :193

JALAN BADLISHAH PKR 221 BN 145 MAJORITI PKR:76

POKOK MACHANG PKR 271 BN 301 MAJORITI BN :30

LAGUNA MERBOK PKR 388 BN 267 MAJORITI PKR :121

AMBANGAN HEIGHT PKR 219 BN 191 MAJORITI PKR :28

KAMPUNG SUNGKUP PKR 148 BN 298 MAJORITI BN: 150

TAMAN RIA UTARA PKR 704 BN 628 MAJORITI PKR :76

BATU BELACAN PKR 256 BN 338 MAJORITI BN :82

BUKIT RUSA PKR 260 BN 185 MAJORITI PKR :75

TAMAN BANDAR BARU PKR 1419 BN 1306 MAJORITI PKR :113

SUNGAI LALANG PKR 850 BN 499 MAJORITI PKR: 351

TAMAN DESA AMAN PKR 810 BN 834 MAJORITI BN:24

KUALA SIN PKR 205 BN 415 MAJORITI BN:210

TAMAN RIA JAYA PKR 2143 BN 1202 MAJORITI PKR :941

TAMAN RIA SELATAN PKR 983 BN 578 MAJORITI PKR:305

TITI PANJANG PKR 427 BN 360 MAJORITI PKR : 67

UNITED PATANI PKR 289 BN 143 MAJORITI PKR :146

BUKIT LEMBU PKR 406 BN 440 MAJORITI BN :34

PEKAN BUKIT SELAMBAU PKR 592 BN 742 MAJORITI BN: 150

TAMAN PERUDA PKR 668 BN 484 MAJORITI PKR:184

AIR MENDIDIH PKR 699 BN 313 MAJORITI BN :386

TAMAN RIA JAYA

KINI SUASANA KEMPEN DI TAMAN RIA JAYA PANAS,LAUNGAN BN MAMPOS BERKUMANDANG

DARI SARAWAK

SATU SUMBER MENGATAKAN BAHAWA PKR MENDAHULUI DI PRK BATANG AI,TETAPI MEMANDANGKAN PETI UNDI AKAN DI BAWA OLEH HELIKOPTER DAN TIDAK DI BENARKAN WAKIL PARTI YANG BERTANDING MEMANTAU DAN MENGEKORI PETI UNDI TERSEBUT.MAKA SEGALA KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU.

AKSI PENYOKONG BARISAN NASIONAL




TERKINI

Dari sumber yang di percayai ketika ini sejumlah besar penyokong PAKATAN RAKYAT di tahan POLIS.Mereka di tahan kerana menahan bas yang membawa pengundi hantu untuk di bawa ke tempat mengundi.

PKR MENANG BESAR DI BUKIT SELAMBAU?

HAMPIR kesemua bangsal panas di peti undi dimonopoli Melayu di Bukit Selambau dikuasai UBN. Nisbah yang memasuki bangsal panas ialah 70% UBN dan 30% PKR. Dua peti undi dalam kawasan Bukit Selambau dalam pilihan raya umum lalu pun dimenangi oleh UBN.Pengundi di kedua peti undi ini kira-kira 1,800. PKR hanya memperolehi kurang separuh daripada jumlah berkenaan. Bagaimana pun menurut pengamat perkembangan hari ini ada sedikit peningkatan, walaupun PKR kalah di dua peti undi ini tetapi boleh mengurangkan undi UBN.Sementara itu di lain-lain pusat pengundi kedudukan masih sekata. Paling jelas ialah pengundi Cina mirip kepada PKR manakala India berbelah bahagi. "Setakat ini tidak ada seorang pun pengundi Cina yang memasuki bangsal panas UBN," jelas seorang pelapor.Menurut laporan bilik Gerakan UBN, sikap pengundi Cina sukar untuk dibaca kerana mereka lebih mendiamkan diri dan tidak menunjukkan cula yang jelas.

Berpandukan kepada sikap demikian, ini bermakna pengundi Cina akan berpihak kepada PKR.Seorang pengamat dan petugas PKR meramalkan PKR akan menang dengan majoriti besar melebhi 3,000 undi.Sementara itu maklumat bilik Gerakan UBN juga mengakui kedatangan penjolak Abdullah Badawi sampai jatuh, Mahathir Mohamad tidak banyak memberi sumbangan kepada calon UBN. "Tidak sampai 3 % pengundi swing apabila mendengar syarahan Mahathir," katanya.MSO

SUASANA DI PEKAN BUKIT SELAMBAU







Ketika ini pans terik di BUKIT SELAMBAU.Mungkin bumi BUKIT SELAMBAU akan di basahi hujan sebentar lagi.Semoga hujan itu hujan rahmat kepada pencinta kebenaran dan keadilan.



TERKINI

9.50 PG.PAGI INI BANYAK TEMPAT PEMBUANGAN UNDI DI PENUHI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.TINJAUAN AKAN DI LAKUKAN SEBENTAR LAGI

10.38 SEBUAH BAS TELAH DI TAHAN DI BUKIT LEMBU,DI SYAKKI BAS TERSEBUT MEMBAWA PENGUNDI HANTU.

laa 5 orang saja yang keluar PKR

he he he... 5 sahaja yang keluaq... ingatkan berduyun-duyun pakat keluaq... keluaq laa cepat.. kami bukan nak pon pemimpin yg flip flop macam nie... nanti senang nak cari mana musang berbulu ayamnya... jika dok kat dalam tapi hati dah kelain naya rakyat jelata.. tak pasal jadi Jailu ke 2... aku baca ingatkan Hamid Othman yg penah jadi Penasihat Imam Hadari tuu... bukan apa tengok tu tension sebab tak dapat jadi MKK jaa.. alahai baguih jugak hangpa pakat pecah tembelang dalam dada hangpa tuu... berjuang gila jawatan berjuang gila jawatan.. tak dapat jawatan kecewa... alahai banyak lagi nak kena TAPIS nie....

Semoga anda semua berjaya dengan jalan yang anda pilih.... dan kepada sahabat yang kenai mereka2 nie cuba bagi sikit siapa mereka nie... bukan apa yg keluaq tu pon macam tak penah dengaq jaa.. spt cawangan Pendang tuu.. mai mana tak tau... tang mana cawangan PKR pon tak tahu.... ok mai la kita pakat2 kenai siapa laa depa nie... tak kenal maka tak cinta... tak gitu kan...KEDAHLANIE

PENGUNDI HANTU




AWAL PAGI SEBENTAR TADI SEKUMPULAN PENYOKONG PKR TELAH MENAHAN SEBUAH BAS YANG MEMASUKI KAMPUNG JERAI KAWASAN KUALA SIN.KEHADIRAN BAS TERSEBUT DI KESAN PADA PUKUL 11.50 MALAM,DI BANTU OLEH PENYOKONG PAS BERJAYA MENGHALANG BAS TERSEBUT BERGERAK.SEMASA DI TAHAN BAS TERSEBUT DI SOROKKAN KE DALAM HUTAN DAN PENUMPANG DI DALAMNYA TURUN KE RUMAH YANG BERHAMPIRAN.SUASANA AGAK KECOH APABILA PENYOKONG BARISAN NASIONAL TIDAK BERPUAS HATI DENGAN TINDAKKAN PENYOKONG PKR DAN PAS.KEHADIRAN POLIS SEDIKIT SEBANYAK MENTENTERAMKAN KEADAAN.

ALASAN YANG DI BERIKAN PEMANDU BAS TERSEBUT UNTUK MENCARI TEMPAT TIDUR DALAM KAMPUNG TERSEBUT.INI MENJADI PELIK MEMANDANGKAN KAWASAN KAMPUNG YANG SEMPIT DI LALUI OLEH BAS.KENAPA KAMPUNG YANG MENJADI TEMPAT PERSINGAHAN SEBUAH BAS?DALAM KAMPUNG TERSEBUT TIDAK ADA HOMESTAY. BAS TERSEBUT BERGERAK SEMULA DIIRINGI POLIS DAN TIDAK TAHU HALA TUJU BAS ITU SETERUSNYA.

GRAND FINALE
















Hujan kembali reda sebentar tadi membuatkan orang ramai kembali menghampiri kawasan ceramah.Biarpun di basahi hujan orang ramai tetap menunggu dengan penuh sabar kedatangan DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Sebelum ketibaan DATO SERI ANWAR IBRAHIM agak mengejutkan kehadiran ZAID IBRAHIM(BEKAS MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI) hadir di dalam program CERAMAH GRAND FINALE.PROF P RAMASAMY juag menggamatkan suasana dengan ceramah beliau yang bersahaja mengutuk SAMY VELLU.DATO SERI ANWAR IBRAHIM tiba sekitar jam 11.15 malam dan calon N25 BUKIT SELAMBAU S.MANIKUMAR 11.35 malam.Kehadiran orang ramai sekitar 4000 orang memenuhi setiap ruang kawasan tersebut.
Dalam pada itu di maklumkan beberapa tempat ceramah tidak di beri permit oleh pihak berkuasa menyebabkan kesulitan berlaku.Di TAMAN RIA 3 petugas PKR di tahan polis kerana terbabit dalam pergaduhan bersama penyokong BARISAN NASIONAL.Menurut maklumat PENYOKONG BARISAN NASIONAL yang membuat provokasi yang di tangkap peytugas PKR.Kita harap mereka di lepaskan sebelum waktu mengundi tiba.
PROGRAM GRAND FINALE DI SUDAHI DENGAN BACAAN DOA OLEH UST BADRUL AMIN.DI SERU KEPADA SEMUA PEMUDA PAKATAN RAKYAT SUPAYA DAPAT MEMBANTU MENGESAN PENGUNDI HANTU DI SEKITAR BUKIT SELAMBAU.










.










Monday, April 6, 2009

HUJAN











Ketika ini hujan membasahi BUKIT SELAMBAU,sebelum DATO ZAHID IBRAHIM berceramah hujan telah turun.Orang ramai tidak berganjak walaupun basah di basahi hujan.Ketika ini DATO ZAID IBRAHIM sedang berceramah.




TERKINI

KETIKA INI 20 BUAH VAN KILANG BERGERAK DARIPADA KULIM MENUJU KE BUKIT SELAMBAU,DALAM VAN TERSEBUT MEMBAWA BEBERAPA REMAJA,DI FAHAMKAN JUGA MEREKA MEMBAWA KAYU DAN TONGKAT.MASIH TIDAK MENGETAHUI TUJUAN MEREKA DATANG KE BUKIT SELAMBAU PADA MASA INI.

TERKINI




Ketika ini ceramah grand finale di BILILK GERAKKAN AMK KEDAH.Kehadiran orang ramai semakin bertambah,penceramah yang akan berceramah sebentar lagi YB SAIFUDIN NASUTION,YB AZMIN ALI,YB DATO JOHARI ABDUL,YB PROF P RAMASAMY dan YANG TERAKHIR DATO SERI ANWAR IBRAHIM.


TERKINI

PUKUL 8 MALAM SEBENTAR LAGI AKAN ADA RAKAMAN SIDANG MEDIA KETUA BAHAGIAN PKR MENYERTAI BARISAN NASIONAL.KETUA-KETUA BAHAGIAN TERSEBUT SEBENARNYA BUKAN LAGI AHLI PKR DAN BUKAN KETUA BAHAGIAN YANG AKAN DI DAKWA SEBENTAR LAGI.MEREKA ITU HANYA BEKAS KETUA BAHAGIAN BUKAN KETUA BAHAGIAN SEBENAR,KEMUNGKINAN BESAR AKAN ADA SEORANG KETUA BAHAGIAN YANG SEBENAR AKAN KELUAR PKR DAN MASUK UMNO.DI FAHAMKAN SIDANG MEDIA TELAH DI ADAKAN LEWAT PETANG SEBENTAR TADI.

SUASANA TEGANG-MALAYSIAKINI






















MANGSA YANG DI SERANG-MALAYSIAKINI





Mangsa yang cedera adalah RAGUNATHAN(PA GOBIND SIGH) dan seroang lagi bernama saravanan.Laporan polis telah di lakukan di PONDOK POLIS SUNGAI LALANG dan report polis tersebut telah di sahkan oleh BALAI POLIS BEDONG sebentar tadi.



TERKINI-MALAYSIAKINI

Satu pergaduhan berlaku sebentar tadi di TAMAN BANDAR BARU SG LALANG.Pergaduhan berpunca daripada BANNER yang di gantung menghina DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Banner tersebut pula tiada lambang parti politik yanbg bertanding.Kejadian berlaku kira -kira jam 3.00 tengahari.Peguam R SIVARASAH datang untuk mententeramkan keadaan sebentar tadi.Dalam pada itu dua orang petugas di cederakan oleh PENYOKONG MIC dan berlaku pergelutan.Penyokong MIC terbabit telah menggunakan rotan dan topi keledar untuk menyerang petugas PKR.Menurut mangsa PETUGAS MIC tersebut telah menyerang dan memasuki BILIK GERAKKAN PKR dan memukul.Menurut mangsa lagi mereka di ugut di cederakan dan di ugut bunuh.Di samping itu mereka di beri amaran supaya tidak menggangu kawasan ini dan keluar dari TAMN BANDAR BARU dengan segera.

BN MENGGANAS LAGI UNTUK MENGHALANG DEMOKRASI

Tengah hari semalam,sekumpulan petugas dari BIRO KEMASYRAKATAN PUSAT,di pimpin oleh YB GOBALAKRISNAN,telah mesauk ke kawsan TAMAN BANDAR BARU untuk merayu undi rumah ke rmah.Untuk menjalankan tugas ,kami berpecah kepada beberapa kumpulan kecil.Sejurus memulakn tugas saya dan dua teman lain ternampak dua BANNER merupakan menyerang peribadi KETUA UMUM parti kami,yang di gantung berhampiuran bilik gerakkan BARISAN NASIONAL.Tiada logo mana-man parti yang bertanding pada benner tersebut maka kami pun menanggalkannya.Belum sempat sempat menanggalkanbanner pertama ,kami di datangi lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di bilik gerakkan BARISAN NASIONAL dan hampir ke semuanya memakai baju BARISAN NASIONAL.Mereka memaki kami dengan cara yang kasar dan melarang kami menanggalkan banner tersebut.Apabila kami katakan banner itu melanggar peraturan pilihanraya ,mereka mengatakan BANNER itu di pasang oleh UMNO,bukan mereka(MIC).Kami kemudian bergerak memasuki kawasan perumahan untuk merayu undi ,tapi di larang secara keras dan ganas oleh kumpulan itu.,yang mengatakan 'KAMU TIDAK BOLEH MASUK SINI,INI KAWASAN KAMI'MEREKA MENGUGUT KAMI,KALAU TERUS CUBA MASUK JUGA,MEREKA AKAN KETUK KEPALA KAMI DENGAN PARANG.

Begitulah sebahagian daripada kenyataan media yang di buat oleh ANIMAH FERER(MAJLIS IMPINAN TERTINGGI PKR)berkunjung ke TAMAN BANDA BARU.Mereka telah membuat laporan polis,tetapi dakwa ANIMAH FERER mengatakan pihak polis menyoal siasat dan mengambil gambar seolah-olah beliau yang bersalah.

PROVOKASI

Sebentar tadi KETUA PENERANGAN PKR YB TIAN CHUA telah mendedahkan bahawa SPR telah mengeluarkan kertas undi tanpa no siri.Dengan cara penyusunan yang tidak mengikut kebiasaaan dan tidak profesional,kata tian chua.Cara begini semestinya akan mengelirukan pengundi terutama pegundi yang berusia.Menurut YB TIAN CHUA lagi akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakkan mahkamah terhadap SPR.

Mengenai keganasan yang berlaku semalam di TAMAN TUANKU HAMIMAH,YB TIAN CHUA menyeru kepada semua penyokong PR JANGAN LAYAN PROVOKASI yang di mainkan oleh BARISAN NASIONAL.Jika PROVOKASI ini berterusan semestinya akan menimbulkan ketakutan kepada pengundi BUKIT SELAMBAU.

TERKINI

SUMBER DARI YB IR ZAMBRY YUSOF,SEMUA YANG DI TAHAN SERAMAI 32 ORANG YANG DI TAHAN SEMASA TRAGEDI TAMAN RIA TEMPOH HARI TELAH DI BEBASKAN DARI TUDUHAN.

CALON BEBAS

Independents Undressed-Bkt SelambauDikirim pada April 2, 2009 oleh Shamsul IskandarWhile its a national history that 15 candidates are vying for the coveted Kedah state exco seat, many hypothesis had alluded to its phenomena.Let’s look at the independent candidates and their background:
1)ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.

2)RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.

3)KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.

4) ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.

5)HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong.

6)FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.

7)TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.

8)CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.

9) G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.

10)VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.

11)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.

12)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.

13) JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National can parade the streets, but we will campaign hard to tell the truth against these pretenders.Defending people’s victory, Vote For Keadilan, Vote For Pakatan Rakyat

TERKINI







SEBENTAR TADI CERAMAH YANG DI ADAKAN DI TAMAN RIA DI GANGGU OLEH PENYOKONG BARISAN NASIONAL.3 FRU DI TEMPATKAN UNTUK MENTENTERAMKAN KEADAAN .GAMBAR AKAN DI UPLOAD SEBENTAR LAGI...

Sunday, April 5, 2009

BADRUL HISHAM SHAHRIN

Ahli MPT KeADILan, Badrul Hisham Shahrin dalam sidang media menjelaskan, sehingga ini sokongan pengundi bukan Melayu di Bukit Selambau berada di tahap agak selesa.
Namun katanya, KeADILan sedang memberi fokus kepada pengundi Melayu melalui penyebaran maklumat berterusan.

Ini kerana katanya, BN sedang mempergiatkan dan memainkan isu perkauman di kawasan pengundi Cina dengan mengedarkan risalah yang menyatakan bahawa BN perlu menang untuk MCA meminta BN mewujudkan kerusi kedua bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Tegas beliau, kempen tersebut jelas bersifat perkauman kerana risalah tersebut tidak wujud di kawasan pengundi Melayu dan BN terus menggunakan nada kempen berbeza mengikut kaum di sesuatu lokasi

HUJAN DI SEBELAH PETANG.







BANNER BIADAP.








Banner ini di gantung di KAWASAN BUKIT SELAMBAU,tujuannya untuk memburukkan PAKATAN RAKYAT di dalam keadaan kita menghadapi PRK di tiga tempat berasingan.Taktik sebegini digunakan oleh pihak yang terdesak dan takut menerima kekalahan.Banner seperti ini di dapati juga di BUKIT GANTANG dengan harapan pengundi BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG terpedaya dengan apa yang mereka dakwa terhadap PAKATAN RAKYAT.
Keterlaluan jika di lihat apa yang di tulis di BANNER tersebut dengan mengatakan NIZAR MARXIST AKA NAMRUD dan bermacam lagi.TAKTIK KOTOR ini tidak akan menggugat PAKATAN RAKYAT di dalam menghadapi PRK BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG dan BATANG AI.