Thursday, April 30, 2009

HARUS DIRENUNG SECARA JUJUR

Pekebun Kecil menyatakan pendapatnya melalui emel dibawah:

Datuk Seri Anwar,
Saya akan terus memberi beberapa pendapat yang dirasakan membantu kita semua memikul Amanah Allah ini. Setelah 8 Mac, angin perubahan yang dinanti tiba dengan keadaan yang bagi saya bukan mengejut tetapi telah dirancang oleh Allah s.w.t, namun memang terdapat YB-YB yang menang dengan perasaan terkejut sebab masa hendak bertanding dulu pun tunggu dipujuk dan dibangunkan keyakinannya. Apa yang terbuku di pemikiran saya selama ini tidak kesampaian dan tidak nampak ia akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang diterima mungkin juga tidak sampai kepada saya. Saya tuntut perubahan ini.

Pertama: Dasar kerajaan Negeri perlu jelas, diperjelaskan melalui pelaksanaan dan perangkaan yang kemas. Dasar-dasar kerajaan negeri lama masih terpapar di dada web rasmi Kerajaan Negeri Selangor perlu dibuang dan digantikan dengan wawasan dan dasar baru yang perlu diisi serta diterangkan kerangka pelaksanaan termasuk garis tuju serta pembatuan kerja. Apa pentingnya dasar-dasar ini diubah, bagi memberi pandangan perbezaan antara kita dan kerajaan terdahulu. Memberi wawasan dan harapan baru kepada Kakitangan Awam bagi merealisasikan perjuangan rakyat negeri Selangor, dan sebagai titik mula angin perubahan serta halatuju baru bagi mengelak perbezaaan paradigma.

Kedua: Membersihkan tingkat 21 dengan kumpulan pelaksana yang baru yang dikenalpasti akan kesetiaan mereka terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat, sebolehnya dengan struktur pentadbiran yang baru, pengisian penambahan atau perubahan kedudukan serta peranan baru bagi menyokong kehendak dan hasrat dasar-dasar baru yang ditetapkan di resolusi Pertama. Ini bagi mengelak penyaluran maklumat penting kerajaan, unsur sabotaj, kelewatan pelaksanaan, mengelak prejudis berpanjangan, dan pembahagian kerja yang lancar, sekaligus memberi ruang kepada kakitangan bertugas dengan penuh amanah tanpa rasa mereka diawasi. Sudah tentu kakitangan ini akan lebih produktif dan tenteram menjalankan amanah yang diberikan.

Ketiga: Mengubah struktur sokongan, kerajaan negeri Kerajaan Tempatan terutama GLC serta agen-agen kerajaan negeri yang selari dengan resolusi pertama yakni dasar yang akan diperkenalkan. Agak janggal resolusi ini dikeluarkan setelah lebih 6 bulan tiada sebarang perubahan dasar dibuat. Apa yang dilaksanakan sekarang cuma pelaksanan janji pilihanraya atau manifesto. Kerajaan negeri mesti mempunyai kerangka utama yang selari dengan manifesto bagi merangka masa depan Kerajaan Negeri Selangor Baharu. Kerajaan Tempatan perlu distruktur atau diubah dengan mengelak agen-agen kerajaan lama bertapak, Little Napoleon dibasmi. Bukan kerajaan yang ada menjadi agen kepada agen-agen lama ini. Sehingga kini tiada YDP atau sebahagian Kerajaan Tempatan yang bermasalah dirombak walau ada alasan kukuh, perlantikan persekutuan juga perlu dikaji akan keperluannya, jika tiada peranan dan kerjasama yang dapat diadakan antara persekutuan dan negeri kenapa perlu kita mengekalkan kedudukan mereka dinegeri?

Keempat: Memberi ruang dan peluang kepada “orang politik” dilandasan yang berbeza, menghormati pendapat dan pandangan mereka sebagai asas kepada pengubalan sebarang dasar dan perubahan yang perlu digariskan di resolusi pertama, Perhubungan Negeri menjadi medan menjana idea baru dan cadangan baru yang dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan seterusnya dibincangkan di peringkat mesyuarat EXCO serta mesyuarat eksekutif yang lain. Ketua-ketua bahagian diberi tempat dimana mana jua ruang kosong yang boleh diisi baik dari segi peluang ekonomi dan kerjasama sosial. Adalah agak pelik melihat lagak seorang ketua yang hadir dari ruang dan sokongan bahagian-bahagian melupakan peranan mereka, perlu diingat tanpa ruang yang diberikan tidak mungkin apa yang berlaku sekarang. Saya ambil contoh :- Bahagian Kuala Selangor : tanpa laluan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian selaku Ketua Bahagian ketika itu tidak wujud ketua Bahagian yang digelar MB Sekarang ini. Memberi peluang bukan bererti kita membalas, tetapi naturalnya politik mesti berlandaskan kepada kesedaran ini. Politik bukan perniagaan yang hanya mampu dijual beli. Pada satu ketika kedudukan anda mungkin sudah tidak dapat dibeli dengan sebarang nilai pun. Dasar politik mendepani Kerajaan tidak wujud di Selangor.

Kelima: Memperkukuhkan Perhubungan Negeri dan Bahagian dari segi kekuatan fizikal dan jentera, bahagian sepatutnya diberi bantuan supaya membangunkan ekonominya sendiri, aset, jentera yang berwibawa, berketrampilan melalui latihan latihan khas, dana dana yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti parti yang seterusnya tidak akan meneruskan pergantungan kepada Kerajaan memerintah, agar kemenangan ini berterusan dan parti menjadi pusat minat orang muda mengembleng generasi pimpinan baru. Mereka juga perlu mempunyai imej, mendapat tempat sewajarnya didalam masyarakat sekitar sebagai pengerak desakan rakyat.Menjadi medan jatuhnya kerajaan jika terjadi, tempat mengadu ahli, menjadi momentum asas kepada segala riak perubahan suara rakyat. Kerajaan sekarang tidak boleh bangun dengan hanya cantik diatas, tetapi rompong dibawah, penyokong dan ahli inilah asas yang paling perlu dipertahankan. Mana mungkin parti berdiri tanpa AHLI.

Keenam: Media yang berkesan dan penerobosan media alternatif kepada rakyat, termasuk yang ditempatkan di peringkat Kerajaan Negeri peranan Setiausaha Akhbar, Pegawai Media, Perhubungan Awam perlu dipertingkatkan, berperanan sebagai penyebarluaskan sebarang perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan negeri, Pengiktirafan kepada media sokongan seperti Blogger perlu dengan mewujudkan Blogger Selangor, bagi menangkis serangan negatif pihak lawan, tidak perlu menunggu diserang, tetapi media harus terus menerus memberi penerangan kepada rakyat. Apa yang nampak, segalanya cuma dimeja mesyuarat nampak cantik, rakyat tidak tahu menahu walau seindah mana pelaksanaanya. Ini akibat kefahaman politik yang tidak memerlukan keadaan ini berlaku. Lantas berkata gimik tidak perlu, membazir masa dan wang.

Ketujuh: Sebagai Muslim, jauhi unsur sekularisma dalam pentadbiran negeri, sayangi Islam, Melayu sebaiknya pertahankan peranan masing masing dalam apa jua keputusan. Bermatian dalam memutuskan yang hak. Dalam keadaan itu, keperluan bukan Islam tidak terpinggir, dengan maksud lain, Pentadbiran ini perlu diasaskan dengan keperluan agama dan rohani. Unsur SEKULARISMA ini perlu dibuang, atau unsur Free Thinking perlu dihapus. Apa yang akan terjadi Agama menjadi bahan politik dan sekunder dalam keputusan keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan Negeri mempelopori perubahan ini dengan mewujudkan Majlis Dialog Agama dinegeri Selangor, bukan untuk hebahan tetapi mencari titik temu antara sebarang persoalan yang membabitkan keperluan agama masing masing.

Kelapan: Kualiti kepimpinan yang tinggi , berdisiplin , sayangkan rakyat, taat kepada Agama, pimpinan perlu dilihat mampu mempimpin diruang yang dia mahir atau bidang professionalnya, mungkin sekali sekali dinampakan memimpin jemaah solat, menghantar jenazah kekubur, bermain bola, melayani anak anak kecil, menuntuni orang tua, Bukan lagaknya seperti CEO dengan bertali leher dan kot siang malam. Jika kualiti kepimpinan ini tiada padanya beliau perlu membawa kepimpinan lain bersamanya untuk mengimbangi kekurangan yang ada padanya, mungkin dibelakangnya seorang Imam, jurulatih bola, guru tadika atau pengusaha rumah orang tua. Jika ia sudah terlaksana tunjukan kepada rakyat, kita tidak boleh kata ini untuk menunjuk nunjuk, tetapi peranan pemimpin memang memberi contoh yang terbaik kepada rakyat. Tidak boleh mengatakan ini gimik, ia perlu diteladani oleh pimpinan bawahan. Ambil contoh Rasullah terlebih dahulu melakukan apa yang baik untuk diteladani orang sahabat sahabat. Adakah dengan mencontohi Rasullah menjadikan apa yang dilakukan jadi tidak ikhlas?. Diulangi itu peranan pemimpin menjadi teladan kepada rakyat. Jadi peranan resolusi perkaitan media diatas menjadi sandaran.

Kesembilan: Jangan perkecilkan peranan masing-masing, ambil kisah semut Nabi Sulaiman, Burung di pintu gua nabi, dan lain lain kisah. Masing masing ada peranan yang amat berguna pada ketika dan masanya atau keadaan tertentu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang itu atau pimpinan itu. Mengepikan dengan alasan tidak professional, tiada kelayakan akademik, itu dan ini dengan memecat sesuka hati adalah tabiat yang kurang murni dalam politik, pimpinan perlu sedar anda mungkin memerlukan “setitik” air untuk hidup ketika anda kehausan. Pada ketika itu anda tidak akan memikirkan air jenis apa yang akan anda minum. Beringat sebelum anda kehausan. Menganggap orang dirinya lebih sempurna dan orang lain bagai sampah boleh dikuis dan disepak-sepak adalah silap. Kapal terbang boleh jatuh dengan “selotape” saja. Tidak mengulas panjang tentang itu. Apa yang jelas semua berperanan, jangan nafikan peranan mereka, sekurang kurang berilah mereka ditempat yang sesuai dengan peranan tertentu.

Kesepuluh: Baca, tenung dan kaji dengan teliti setiap perenggan yang tulis, ambil pendekatan positif, penulis hanya mentelah tetapi diberi ilham agar semua perkara ini disentuh dan diambil tindakan serious serta efektif. Didalamnya ada cadangan serta implikasi juga penyelesaiannya.
Sehingga kini masih kedengaran suara suara yang sama yang kita dengar setahun yang lalu, apa yang jelas parti tiada perubahan, kekuatan parti dibahagian masih lemah, pengurusan keahlian masih lesu, pendokong parti longlai. Namun ada yang pandai “marah” tatkala tidak cukup jentera parti berkempen di Batang Ai dan Bukit Selambau tempohari. Tidakkah semua yang ada berfikir sejenak?

Ahli - perlu dilayan dengan baik, sepatutnya satu program pentarbiyahan ahli baru dibuat atau dengan kata lain, program orientasi organisasi parti perlu dibuat bagi menjamin ahli yang setia dan menjalankan hak mereka sebagai ahli. Satu program penyerahan kad ahli melalui sistem keahlian yang kononnya sudah mantap di ibupejabat sepatutnya dimanafaatkan. Mungkin ahli yang berdaftar dipanggil untuk sesi pengenalan kepada perlembangaan parti, organisasi parti, hak ahli, menanam kesetiaan ahli. Ramai ahli yang merungut tentang ini.

Bahagian - Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.

Perhubungan Negeri - Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.

Pusat Khidmat Masyarakat - Tiada KPI yang diguna pakai yang jelas, masing masing dengan kaedah dan cara perkhidmatan yang tersendiri, gaya dan penyampaian yang berbeza dan berpilih. Tidak menyeluruh, tiada sistem promosi atau pemasaran produk kerajaan sekarang. Media tidak dimainkan, lokasi dan kedudukan kekadang menyusahkan pengunjung dan rakyat susah, tidak mesra rakyat malah kekadang tutup. Setengahnya tidak melibatkan bahagian (memanglah itu hal pentadbiran negeri tapi bendera penuh juga), tidak mencerminkan atau meraih political milage kepada parti yang memerintah sekarang.

SUK - No komen itu tempat YB masing masing….
——-
Saudara Pekebun Kecil,
Sorotan rakan wajar direnung secara jujur. Seandainnya sudah dipertimbangkan sabelumnya atau dikira sedikit terlanjur sekalipun, ia tetap membantu dalam penyelenggaraan amalan kita.
Sesungguhnya yang mendorong saya membuat rombakan tugas kepimpinan minggu lalu adalah lantaran keprihatinan yang sama - bahaya kepudaran idealisme; mudah rasa selesa dan keengganan menerima teguran.

ANWAR IBRAHIM

Monday, April 27, 2009

PENANTI

PRK Penanti
Hari Penamaan Calon : 23hb. Mei 2009 (Sabtu)
Hari Mengundi : 31hb. Mei 2009 (Ahad)

Thursday, April 23, 2009

JEMPUTAN KE KENDURI RAKYAT

Saya ingin menjemput semua teman-teman, tanpa mengira kaum, perbezaan fahaman politik mahupun agama untuk menghadiri satu majlis Khenduri Kesyukuran Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Kedah, Yayasan Aman dan Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Selambau yang bertempat di perkarangan pejabat Yayasan Aman Kedah, Sungai Lalang (Bilik Gerakan AMK Kedah semasa PRK lalu) pada 24hb April ini, Jumaat, mulai jam 8 malam.

Majlis khenduri kesyukuran ini dibuat sebagai tanda terimakasih serta bagi meraikan semua petugas2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat yang banyak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat semasa pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Majlis yang berkonsepkan muhibbah pelbagai bangsa ini ada turut menyajikan kira2 30 jenis pelbagai juadah dari kesemua etnik bangsa utama di Kedah, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam yang dibuat secara bergotong royong dan sumbangan bersama semua kaum bagi menunjukkan bahawa perpaduan dan keharmonian sebenar antara kaum lebih mampu dicapai dan digarap di negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis ini yang akan dijadikan sebagai satu tradisi baru bagi membina perpaduan dan keharmonian tulen dikalangan rakyat, terutamanya untuk generasi akan datang.
Jom, mai ramai-ramai

KETUA AMK KEDAH
SAIFUL IZHAM RAMLI.

Thursday, April 16, 2009

PRK PENANTI

KUALA LUMPUR, 16 APRIL (SK) -Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berkata dalam satu kenyataan hari ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah sebagai alasan perletakan jawatan.

Wednesday, April 15, 2009

BLACK 14


BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan.


Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen

Tuesday, April 14, 2009

PAS sokong pelantikan Manikumar sebagai Exco Kedah

KETEREH, 14 April (Hrkh) - Perlantikan Adun Bukit Selambau S. Manikumar dari PKR sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah amat bertepatan dengan janji yang dibawa kepada pengundi di Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pohon Sena, Dato' Mahfuz Omar ketika ditemui di majlis ceramah isu semasa di Kawasan Perumahan Kadok

Mahfuz juga berkata, sokongan kaum India di Bukit Selambau terhadap kepimpinan yang diterajui oleh PAS di Kedah seharusnya dihargai dan kerajaan tidak akan meminggirkan kaum India, Cina dan Siam yang ada di Kedah dalam segala aspek.
Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Manikumar sebagai Exco Kedah dan menunjukkan Menteri Besar Kedah menunaikan janji kepada kaum India bahawa Adun Bukit Selambau itu akan dilantik sebagai exco dan memberi khidmat terbaik kepada negeri.
"Saya berkeyakinan dengan kebolehan dan kewibawaan beliau, beliau akan mampu menunaikan tanggungjawab dalam membantu Menteri Besar dan Exco lain dalam membangunkan Kedah demi kepentingan umum," ujarnya.

Menyentuh tentang penglibatan Manikumar dalam politik masih baru, Mahfuz berkata, wakil rakyat lain pun baru juga dan yang menjadi exco itu pun baru setahun dan ini tidak timbul soal baru dalam politik tetapi pengalaman beliau sebagai aktivis parti dapat membantu memajukan kaum india di Kedah.
"Yang penting sekarang ialah Umno/BN mesti menghentikan provokasi untuk mengambil alih kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui rampasan kuasa, biarkan kerajaan ini mentadbir sehingga pilihan raya umum akan datang dan selepas itu kita bagi pada rakyat untuk membuat pilihan," kata beliau lagi.

Mahfuz juga berharap masyarakat India di Kedah dapat memberi kerjasama kepada Adun Bukit Selambau yang baru untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin tanpa menaruh sifat dendam dan iri hati kepada beliau.
S. Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di Alor Star Pagi semalam. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili PKR. Menteri Besar Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Dato' Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi acara angkat sumpah itu. - mns_

PERASMIAN PUSAT KHIDMAT DAN PROGRAM PENYERAHAN TUGAS












Pada hari ahad yang lalu program perasmian pusat khidmat ADUN BUKIT SELAMBAU telah di adakan.Di samping itu di adakan acara penyerahan tugas oleh bekas ADUN BUKIT SELAMBAU SAUDARA ARUMUGAM kepada ADUN BUKIT SELAMBAU yang baru iaitu YB S.MANIKUMAR.Dalam keadaan panas terik orang ramai tetap datang memeriahkan program tersebut.