Saturday, February 28, 2009

BUKIT SELAMBAU OH BUKIT SELAMBAU.....(BAHAGIAN 1)

Tak berapa lama lagi kita di Kedah akan melalui dan menghadapi pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau. Tarikh penamaan calun dijadualkan sehari selepas persidangan agung Ameno iaitu pada 29hb Mac dan pengundian akan dibuat pada 7hb April 2009 ini.

Kalau kita perhati dan nilai kan apakah kewajaran diakhir-akhir tarikh yang wajib diadakan pilihanraya kecil jika ada kekosongan DUN dibuat yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini adalah satu tugasan pihak SPR setelah mendapat arahan untuk memastikan kemenangan BN di DUN tersebut.

Sebagaimana kita tau sehebat mana pun perancangan puak2 BN dengan pertolongan SPR kita berharap dan berdoa agar mereka mengalami kekalahan dan kali ini kekalahan yang teramat memalukan mereka.Sebelum kita turun untuk berkempen di Bt Selambau terlebih dahulu saya ingin meberi sedikit info mengenai Bt Selambau.

Asal usul Bt Selambau ini mendapat nama dari orang2 tua dahulu semasa kerja2 pembukaan kampung dengan memugar hutan dan rimba dan diatas bukit2 yang dipugar terdapat banyaknya rumput sambau.....jadi dari sinilah nama Bt Selambau diperolehi. Lagi satu cerita kononnya ada selambak bukit iaitu bukit2 yang banyak terdapat disana. Walau bagaimana pun terpulanglah kepada pembaca untuk mempercayainya atau tidak.Tujuan saya menerangkan asal usul nama Bt Selambau ini adalah untuk kita bersemangat untuk turun berkempen telah kita tau cerita asal usulnya bak kata orang tak kenal maka tak cinta.

Tetapi DUN N25 Bt Selambau merangkumi Pekan Bukit Selambau hingga ke Taman Ria Jaya dengan komposisi kaum 50% melayu,30% India dan 20% Cina secara kasarnya.Terdapat juga pengundi Siam di sekitar perkampungan Bt Selambau yang mana kita ketahui pengundi Siam ini adalah pengundi tegar BN.Bagi Pakatan Rakyat umum telah tahu bahawa kerusi ini adalah kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.Dan yang nyata pihak PKR akan meletakkan calun berbangsa India dan ini disahkan sendiri oleh Ketua Umum PKR DSAI baru2 ini. Bagi BN masih lagi menjadi Perebutan diantara Ameno dan MIC..Ameno kata MIC takkan menang kerana berpecah tiga dan MIC kata Ameno takkan menang kerana faktor kemenangan adalah ditangan pengundi India. Dan Pengundi India tidak menyukai Ameno dengan isu2 semasa yang dihadapi sekarang.

Bagi saya baik Ameno atau MIC ke keduanya tak akan menang kerana rakyat tak kira apa bangsa pun cukup meluat dan jijik dengan BN sekarang. Tambahan pula dengan isu apa yang sedang berlaku di Perak.Pihak BN tak kira apa Parti pun tak akan membantu rakyat cuma yang mereka bantu adalah untuk poket sendiri dan poket anak beranak. Kalau diimbas kembali kita lihat calun Ameno ditahun 90'an. Selama dua penggal Ameno dapat kerusi berkenaan apa yang rakyat setempat dapat?. Yang ada hanyalah kawasan perusahaan yang mencemarkan alam sekitar seperti kilang memproses kayu dan kilang2 yang mengeluarkan asap yang banyak yang dipindahkan dari Kawasan Perusahaan Sg. Petani. Yang untungnya hanyalah wakil rakyat dimasa itu dari Ameno iaitu Badri Yunus dan telah pun mendapat Dato' selepas tidak lagi menjadi Adun Bt Selambau tetapi menjadi Adun Tanjung Dawai. Dato' Badri ini kalau seingat orang Bt Selambau dulu cukup daif dan banyak berhutang denga koperasi kampung dan kediaman beliau dengan rumah kampung beratap nipah dengan keadaan yang cukup usang.Semasa nama beliau dicalunkan duit dipoket hanya ada cuma empat ringgit.Beliau menangis ditepi tangga macam mana nak bertanding pilihanraya dengan duit sebanyak itu. Tanya lah orang2 lama Bt Selambau terutama orang Ameno.Tapi dikala itu kalau diletakkan botol kicap sekali pun atas cap dacing mesti menang punya.Realitinya begitula diwaktu itu. Dan tak lama lepas menang kehidupannya terus berubah. Rumah usangnya diganti dengan Banglo hebat. Bayangkan dari mana beliau mendapat duit sekelip mata untuk membina banglo tersebut.

Begitu juga dengan keluarga beliau anak beranak,berubah serta merta dengan cara hidup seperti pimpinan Ameno yang lain.Tetapi keadaan dah berubah. Umno Merbok terutama cawangan Bt Selambau sendiiri pun berpecah dua. Ada geng Cikgu Arzemi Hamid mantan ketua bahagian Ameno dan ada puak Dato' Badri Yunus.Tetapi pengundi melayu terutama dipersekitaran Pekan Bt Selambau masih tegar Ameno.Jadi petugas2 Pakatan Rakyat perlu memberi penumpuan dikawasan melayu iaitu di Kampung tradisional melayu khasnya.Itu adalah cerita ringkas situasi di Bt Selambau. Tapi yang menariknya bagaimana kisahnya yang berlaku diwaktu ini iaitu pasca pilihanraya ke 12 yang lalu.

Apabila berlaku sedikit pergolakan pada PKR Merbok apabila Peguam Syaiful di namakan akan bertanding di DUN Bt Selambau maka puak2 yang tidak sehaluan atau boleh dikata sipengacau parti yang diketuai oleh Zamil Ibrahim telah pun menaja seorang calun bebas untuk bertujuan memecahkan undi agar calun PKR yang bertanding akan kalah.Ini disahkan sendiri oleh Zamil dalam akhbar SINAR pada 18hb Feb yang lalu di muka N9. Dan apabila pencalonan peguam Syaiful ditolak kerana tidak mengistiharkan perbelanjaan pilihanraya lalu maka dari hari itulah sebenarnya telah bermula tawar menawar dengan BN agar calun bebas tajaan Zamil untuk menarik diri dan diberikan kemenangan percuma kepada calun BN.

Tetapi oleh kerana tawaran yang mahu diberikan tidak lumayan dan memuaskan maka perkara jual beli tersebut tidak terjadi...Kebetulan waktu itu Zamil masih menjali ahli PKR lagi.Dan apabila pihak PKR berunding dengan Sdr. Arumugam agar mengistiharkan bahawa beliau adalah calun PKR sebagai gantian dan beliau telah pun menyetujui hasrat PKR dan dengan isu yang ada dan dimana bermula dari Merbuk sehingga lah ke Kulim boleh dikatakan sebagai koridor jajaran HINDRAF. Bila di istiharkan Sdr. Arumugam mewakili PKR dan menang pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu menyebabkan kemarahan Zamil bermula..Dan kerja2 pengkianatan terhadap PKR dan Pakatan Rakyat Kedah pun mula membuka tirainya............................Tunggu episod seterusnya............................JIN BERABUS

Friday, February 27, 2009

UMNO CUBA JADI JAGUH

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.
Iklan




Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.
"Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion', nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno.
"Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!" tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini.
Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.

Menurut Ustaz Azizan, usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah lama dilakukan termasuk menggunakan nama istana seperti juga krisis yang dicipta di Perak dengan menggambarkan PAS sebagai jahat dan menentang Raja-raja.
Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi 'Pilihan Raya Besar' iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah.

Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini.
"Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah menyalahgunakan kuasa.

"Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita," tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan.
Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. "Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat.
Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri.
"Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini.
"Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat," tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah.
Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong.
Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution. - azm/mks._

BUKIT SELAMBAU OH BUKIT SELAMBAU.....(BAHAGIAN 2)

Di waktu pilihanraya ke 12 lalu pengkianat2 parti ini bukan sahaja menaja calun bebas di Dun Bt Selambau sahaja. Tetapi rangkaian mereka juga menaja calun bebas di Dun Kulim. Calun bebas tajaan mereka di Dun Kulim adalah calun Melayu agar undi melayu berpecah dan kemenangan akan berpihak kepada calun BN. Tapi mereka silap percaturan kerana tektik mereka ini memakan diri apabila undi protes BN telah pergi kecalun bebas terutama undi orang2 melayu telah berpecah terutama melayu tegar dan menyebabkan calun PKR diistiharkan menang pada pilihanraya tersebut. Mereka merancang tetapi mereka tidak sedar bahawa ALLAH adalah sebaik-baik perancang.

Saya cukup hairan dari mana mereka ini mendapat wang yang begitu banyak untuk menaja calun2 bebas ini. Umumnya ahli2 PKR di Kedah cukup mengenali siapa dan macammana kedudukan kewangan Zamil Ibrahim ni. Tak salah rasanya kita menuduh bahawa segala punca2 kewangan ini datangnya dari sumber2 wang haram atau rasuah politik dalam kerja mengkianati Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Dengar khabarnya mentor Zamil iaitu Ezam mendapat dana yang cukup banyak dari Ameno untuk kerja mengalahkan PKR dan memalukan DSAI di seluruh Malaysia melalui egen2 disetiap negeri. Abd Ghani Haroon pun kahbarnya sedang membina banglo mewah di Pekan Sg. Buloh, Selangor. Wow cukup lumayan sebagaimana Zamil membeli 2 banglo mewah di Kelab Cinta Sayang. Tak masuk lagi beberapa kereta mewah yang mana tak terfikir oleh manusia yang waras bagaimana beliau boleh memiliki harta2 tersebut..Rasanya perniagaan baru yang dijalankan olehnya iaitu perniaagaan politik tidak ubah seperti pendapatan Tauke Skim Cepat Kaya.

Malangnya Zamil Ibrahim apabila Sdr. Arumugam menang di Dun Bt.Selambau dan di lantik menjadi Exco Negeri dan Zamil cuba untuk mengawal YB Aru tetapi dengan komitmen YB Aru sendiri yang mentaati arahan dari PKR dan Kerajaan Negeri menyebabkan Zamil rasa dipinggirkan. Ini menambahkan lagi kemarahan dan rasa dendam semakin membungkam. Dan bermulalah episod ugut mengugut dengan menghantar samseng2 untuk menakutkan YB Aru dan kaum keluarganya.Begitu juga dengan pegawai2 yang telah dilantiknya. Berbagai tektik kotor digunakan antaranya memaksa YB Aru berjumpa dengan Dato' Naala di Kuala Lumpur dengan tawaran yang lumayan. Walau bagaimana pun tetap di tolak oleh YB Aumugam. Kerja2 memjuk Adun2 PKR ini semestinya mendapat restu dari Pimpinan Ameno Kedah dimana untuk permulaannya jika bersetuju untuk menyertai BN ganjarannya adalah sebanyak RM1 juta ditawarkan. Begitu juga dengan nilai tawaran kepada YB Lim Soo Nee di Kulim. YB Radhi ditawarkan tambahan menjadi Tim.Menteri Besar Kedah dan tawaran ini dinaikkan dari masa kesemasa sehingga akhirnya dikatakan berjumlah sehingga RM5 juta.Begitu lah betapa kotor dan jijiknya permainan mereka sehingga jawatan didalam politik pun cuba di niagakan.

Sedarlah BN rakyat telah menolak kamu dan adakah bila memerintah negeri kamu boleh memunggah kekayaan hasil negeri atau kamu cuba untuk menutup kebusukan kerja2 kamu selama lebih 50 tahun kamu memerintah?.........Akibat bermacam tektik kotor,ugut mengugut dan akhirnya akibat tidak tahan dengan tekanan tersebut

YB.Aru akhirnya membuat repot polis demi untuk menjaga keselamatam beliau,keluarganya dan pegawai2 beliau.Ini disahkan oleh kenyataan yang diedarkan oleh beliau kepada pihak media. Setelah tidak berjaya dengan tektik mengugut dan memberi tawaran wang ringgit yang cukup lumayan akhirnya Zamil telah memgatur dan merancang dalam membuat memorendum slah laku kononnya YB Aru tidak bermoral dengan menyuruh orang2 upahan beliau menhantar kepada Kebawah Duli yang Mulia Sultan Kedah seperti yang diwar-war kan oleh TV3 baru2 ini.Dan kerana tidak lagi dapat menahan tekanan dan tidak mahu mengkianati Pakatan Rakya YB Aru telah mengambil keputusan meletakkan jawatan beliau sebagai Adun dan Exco Kerajaan Negeri.

Syabas kita ucapkan kepada YB Aru. Dan beliau adalah pimpinan sejati dan berdedikasi serta bertanggungjawab.Tidak rela menjual maruah diri. Kalau Perkara sebegini berlaku kepada YB Adun BN nescaya mereka akan membuat pekak badak dan tidak akan meninggalkan jawatan mereka.......

Bagi pilihanraya kecil Bt Selambau kali ini khabarnya Zamil telah mula memainkan peranan beliau untuk mengalahkan calun PKR. Antaranya adalah telah pun mengenal pasti calun untuk diletakkan sebagai calun bebas. Beberapa nama telah pun dikenalpasti dan mungkin khabarnya calun melayunya adalah bekas calun PKR pada pilihanraya yang lalu yang sanggup bersekongkol dalam usaha mengalahkan calun PKR pada pilihanraya kecil kali ini.Angin ini telah bertiup kencang di kawasan Bt Selambau..Bagi Ameno kalau kerusi ini diperolehi oleh mereka mungkin meletakkan Ketua Bahagian Merbok sekarang atau pun Dato Badri Yunus. Apapun kita tunggu dihari penamaan calun pada 29hb Mac ini.

Akhir kalam ini sebagai rakyat marhaen yang mahukan keadilan ingin menyeru dan merayu kepada Pimpinan Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri mengarahkan agar semua ahli dan petugas parti di Kedah agar turun bekerja dan berkempen besungguh-sungguh serta bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan dan mempertahankan kerusi tersebut tidak kira siapa calun dan bangsa apa yang telah ditetapkan oleh Pimpinan PKR.

Biarlah pimpinan tertentu sahaja yang berkempen secara bergilir di Bt Gantang Perak yang dijalankan pada hari dan waktu yang sama. BN " By hook or by crook" akan cuba merampas kerusi tersebut untuk merialisasikan impian mereka.Bagi semua petugas Pakatan Rakyat janganlah tinggalkan benteng pertahanan terakhir yang penting buat Kedah. Janganlah nanti yang di Kejar walau pun dapat(Bt Gantang) yang dikendong pula(Bt Selambau) berciciran..............Selamat bertugas dan kita jumpa disana!!!!!!!!!Wallahualam...........JIN BRABUS

Thursday, February 26, 2009

APAKAH SIGNIFIKANNYA KITA MEMENANGKAN CALON PAKATAN RAKYAT INI?

Tanggal 29 Mac, 2009 ini akan terjawablah siapa calon PKR yang mewakili gagasan Pakatan Rakyat dalam PRK N. 25 Bukit Selambau dan pada 07 April akan terungkailah persoalan siapa yang akan dipilih oleh rakyat di Bukit Selambau sebagai ADUN Bukit Selambau yang baru menggantikan Sdr. V. Arumugam yang telah meletak jawatan sebagai Exco dan ADUN.

Kepada Sdr. V. Arumugam kita ucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau kepada rakyat di Kedah amnya dan pengundi Bukit Selambau khasnya. Jasa-jasa saudara akan kami kenang selamanya.

Satu penghormatan dan penghargaan yang amat tinggi kami sampaikan kepada sdr. Arumugam kerana tegas dengan prinsipnya dan tidak termakan oleh UGUTAN dan PUJUKAN $$$ Juta-juta dari BN … Syabas dan Tahniah Sdr. Aru ….gara-gara BN terlalu ghairah hendak merampas secara haram Kerajaan Kedah ini maka Sdr. Aru dijadikan mangsa .. tetapi Mereka lupa manusia ini tidak semuanya akan silau dengan kilauan $$$$$$ sebagaimana prinsip hidup mereka (Be eNd).

Kelmarin YAB MB Kedah telah mengumumkan akan diadakan upacara angkat sumpah kepada Sembilan orang Exco negeri Kedah bermakna 9 kerusi Exco telah dikenalpasti , oleh itu kerusi ke Sepuluh Exco Negeri Kedah adalah kepada ADUN PKR dari Bukit Selambau, sekiranya dalam PRK Bukit Selambau ini dimenangi oleh Calon PKR ( Insya Allah ) .

Disini kita merayu kepada pengundi-pengundi untuk memberikan undi dan seterusnya memenangkan Calon PKR dalam PRK ini.

Apakah signifikannya kita memenangkan calon PR Bukit Selambau ini ?

Jawapannya, ADUN dari PR ini akan menjadi EXCO Negeri Kedah dan akan memegang Portfolio yang akan menjaga Kepentingan dan Kebajikan Rakyat Kedah keturunan Siam dan India serta Pekerja Ladang dan lain-lain lagi.

Tetapi sekiranya pengundi Bukit Selambau menolak Calon PKR dan mengundi Calon MIC dari BN maka suara Masyarakat Siam dan India tidak akan bergema didalam mesyuarat EXCO Negeri Kedah, walau pun akan ada EXCO lain yang bakal dilantik untuk mengisi Portfolio ini tetapi ia tidaklah melambangkan komposisi kaum di Negeri Kedah ini kerana tidak ada ADUN dari Orang India dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Oleh itu bagi pengundi India yang merupakan 30% pengundi Bukit Selambau fikir-fikirkanlah akan Natijah ini jika Calon PR Bukit Selambau ini tidak dapat dihantar ke DUN Kedah nanti.


Bagi Pengundi Cina pula, inilah peluang saudara-saudara untuk menambahkan lagi suara bukan Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat agar memberi keseimbangan suara antara Melayu / Islam dan Bukan Islam dalam Kerajaan Kedah.

Bagi pengundi Melayunya pula, kemenangan calon PR di Bukit Selambau ini akan mengukuhkan Kerajaan PR yang sedia ada dan ini akan mewujudkan kestabilan politik dan akan menghentikan terus usaha – usaha yang sedang dijalankan oleh UMNO dan BN untuk mengganggu gugat Kerajaan PR Kedah.

Perlulah kita ingat bahawa kestabilan Politik ini akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan dalam mentadbir Negeri dan menangani krisis ekonomi yang sedang melanda.

Oleh itu, kita tidak akan kerugian jika memenangkan calon PR di Bukit Selambau ini. Tetapi jika sebaliknya yang berlaku keadaan Politik di Negeri Kedah ini akan berterusan dalam keadaan tidak stabil dan yang ruginya adalah Rakyat Kedah keseluruhannya.

Dengan ini Saya sebagai Rakyat Kedah merayu dan Menyeru Pengundi di Bukit Selambau ini agar keluar beramai-ramai dan mengundi calon PKR dari PR untuk menghentikan terus kegiatan pencacai-pencacai Politik terutamanya si MEL dari terus mengganggu ADUN PKR dengan tawaran – tawaran palsu untuk melompat Parti dan sebagainya. Seterusnya kita juga tidak boleh menghampakan pengorbanan Sdr. Aru yang sanggup melepaskan semua jawatannya semata-mata untuk tidak mengganggu gugat kerajaan PR Kedah …

Jangan kita biarkan Pengorbanan ini menjadi sia-sia dan jangan kita biarkan kegiatan cubaan merasuah ADUN PR dari dari terus berleluasa …. Stop it once and for ALL ….. marilah kita beramai-ramai hentikan semua kegiatan tidak bermoral ini .. UNDILAH CALON PKR DARI PR UNTUK KESEJAHTERAAN KEDAH DAN ADAKAH KITA MAHU KRISI PERLEMBAGAAN YANG BERLAKU DI PERAK MENULAR KE KEDAH PULA ??
Ayuh kita turun beramai-ramai untuk memberi mesej kepada Be eNd bahawa BN telah tidak dikehendaki lagi… ENOUGH IS ENOUGH ….
REFORMASI …
Ramli Rizal.

Wednesday, February 25, 2009

DI SAMAN KERANA PEMBAKARAN TERBUKA

Kira - kira 100 orang anak muda dari perbagai latar belakang telah berhimpun di depan Ibupejabat SPRM putrajaya 11 pagi tadi atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia. Ketika cheGuBard sampai, sudah penuh di depan pondok jaga Kompleks wartawan dan anak - anak muda serta pegawai kerajaan yang yang turun hendak menyaksikan peristiwa tersebut.Ramai juga anggota polis, penguatkuasa PBT dan jelas kelihatan beberapa pegawai beruniform Jabatan Alam Sekitar (JAS).Menghampiri pondok jaga dimaklumkan bahawa hanya beberapa orang yang dibenar masuk.

Lantas membuat keputusan terus membuat sidang media. Setelah menerangkan maksud himpunan dan membacakan kenyataan media cheGuBard bersama teman hendak membakar dokumen yang dibawa.Datang beberapa pegawai JAS, katanya kehadiran mereka kerana mendapat laporan akan berlaku pembakaran terbuka. Setlah ditanya jika terus membakar apa kan jadi, mereka menerangkan boleh disaman dan didakwa dimahkamah. Hukumanya denda atau penjara atau kedua - duanya sekali.Secara baik-baik cheGuBard memberitahu akan terus membakar kerana tindakan itu tidak jauh bezanya dengan pembakaran bendera Israel, Amereka atau membakar patung Bush dan pemimpin zionis di depan keduataan atau di luar masjid. Harap JAS tidak mengganggu dan selepas ini kalau nak saman teruskan.Sebaik sahaja mula membakar terus berlari, seorang 'jaga' menyiram air dari bekas airnya. Tindakan spontan dari seorang dari kami ialah mencurah lagi minyak. Kemudian ketika mula membakar logo dan gambar Najib serta Ketua Pesuruhjaya SPRM seorang 'jaga' berlari membawa air sebaldi dan mencurahkan.

Ramai yang berhimpun kelihatan marah. Namun ditenangkan. Kemudian datang pula dua orang jaga membawa 'alat pemadam api', malangnya pemadam api itu gagal berfungsi, semua yang hadir termasuk wartawan tertawa melihat gelagat mereka.Selepas selesai, teman - teman cheGuBard terus membersihkan tempat tersebut dari kotoran dan saki baki yang dibakar dikutip dan dimasukkan kedalam kereta. Ketika itu cheGuBard bersama tiga lagi teman melangkah masuk ke dalam Kompleks menuju pejabat SPRM. Menurut seorang yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Keselamatan hanya yang profesional yang layak masuk. Sambil berseloroh cheGuBard bertanya profesional tu apa...lawyer, doktor, majisteret atau ahli muzik....semua yang berada di situ tertawa...Terkejut rupanya lebih ramai Polis termasuk FRU di kawasan depan pintu pejabat SPRM. Kelihatan semua muka 'tegang'....sambil berseloroh cheGuBard minta semua tenang sebab ini bukan demo tapi upacara hantar sijil permit menguburkan.Dua orang pegawai mengunggu dan memberhentikan kami di depan pintu pejabat SPRM, sambil meminta kami menunggu.

cheGuBard tidak hendak menunggu lama langsung memberikan sijil Permit Kebenaran Menguburkan 'SPRM' kepada pegawai tersebut.Selepas keluar dari Kompleks satu sidang media ringkas dibuat. Selepas itu Pegawai SPRM terus mendekati kami dan meminta kad pengenalan cheGuBard dan Musliadi untuk dicatat butiran. Katanya dia tidak bawak surat saman, nanti akan dipanggil semula untuk disaman.www.cheguebard.blogspot.com

BUKIT SELAMBAU.....SAIFUL TAK BERTANDING


Seramai 18 calon telah menawarkan diri untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Selambau di Kedah pada 7 April depan.
ahmad kassimPengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kesemua mereka Sabtu lalu.

Berikutan itu, katanya, empat nama telah disenarai pendek untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata peluang PKR untuk mengekalkan kerusi tersebut adalah amat cerah ekoran wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen BN.

Sebelum ini, Umno bahagian Merbok dilaporkan meminta kerusi tersebut dipulang kepada parti itu kerana tidak yakin dengan kemampuan MIC untuk memenanginya.

Ditanya mengenai empat nama tersebut, Ahmad bagaimanapun enggan menyatakan identiti dan keturunan calon-calon tersebut kerana ia "cukup sulit".
bm version bukit selambau state seat 090209Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau awal bulan ini.

Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, . Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krisnan yang mendapat 10,863 undi.
Saiful tidak bertanding

Beliau menewaskan calon BN dari MIC, S Krishnan, sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.
Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli atas sebab-sebab teknikal.

Kali ini, terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.
Mereka terdiri daripada 35,125 pengundi biasa, manakala 15 lagi adalah pemilih pos.
Ahmad juga ditanya mengenai ura-ura bahawa Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, akan bertanding semula dalam pilihanraya kecil kali ini.

Setahunya, kata beliau, Saiful Izham tidak boleh bertanding ekoran tidak menghantar penyataan kewangan sewaktu bertanding di DUN tersebut dalam pilihanraya umum ke-12, Mac tahun lalu.
PKR pusat akan umum
"Pilihanraya akan datang, bolehlah (bertanding)" kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah.

Ditanya mengenai ciri-ciri calon yang dititikberatkan, beliau berkata, pihaknya mengambil kira dari sudut keperibadian calon, latar belakang pendidikan serta penglibatan dalam perjuangan parti serta kalis ugutan dan sogokan.

"Kita mementingkan ketelusan (calon) dan kebolehpercayaan dalam parti serta jaminan bahawa dia tidak akan lompat parti," katanya.
Menurut Ahmad lagi, pihaknya sudah bersedia bertemu dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila-bila masa untuk menyerahkan nama calon-calon tersebut.
Katanya, pengumuman nama calon bagi kerusi tersebut akan dibuat oleh PKR pusat bila tiba masanya. ZUL MAMAK

Tuesday, February 24, 2009

PANDANGAN TUAN GURU NIK AZIZ

YAB Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan) telah menyatakan akan pandangannya bahawa beliau kurang setuju tarikh PRK di dua 'Bukit' yang dianggap terlalu lambat dan punya motif tertentu di pihak Umno/BN.Beliau tidak hairan mengapa SPR berkeputusan demikian sebaliknya menyelar Umno/BN yang berterusan menggunakan suruhanjaya tersebut semata-mata untuk menjaga kepentingan Umno/BN sendiri. Lebih-lebih lagi di pihak Umno,

Perhimpunan Agung Umno (PAU) bakal diadakan pada bulan depan dan tentunya Umno/BN tidak cukup masa jika PRK disegerakan. Sebagai mengulas padangan MB Kelantan itu, calon Ketua Pemuda Umno Mukhriz Mahathir berkata bahawa tarikh PRK di dua 'Bukit' itu adalah cukup sesuai untuk parti-parti yang akan bertanding. Manakala calon Timbalan Presidennya Mahyudin Yassin pula memberikan respon membawa maksud 'jika PAS tak setuju pada tarikh tersebut, jangan bertanding..!"Biasanya sesuatu PRK diadakan dalam tempoh 60 hari (setelah kekosongan/sebab kematian atau letak jawatan) diadakan antara 3 hingga 5 minggu sahaja. Tetapi jarang berlaku sehingga masuk minggu yang ke 8. Akan tetapi disebabkan Umno semakin pincang lantaran penyakit yang datang menyebabkan SPR sebagai pengadil bertauliah dalam pertandingan (PRK) tidak dapat berselindung lagi untuk menunjukkan menyebelahi Umno/BN.Kita tak kisah bila nak buat PRK. Tetapi dipihak Umno/BN rasanya PRK adalah hantu yang cukup menakutkan mereka. Dua kali mereka terkejut di Permatang Pauh dan K.Terengganu.

Rasanyanya mereka perlu mencari tangkal azimat untuk menawan dua 'Bukit' dari PR.Tapi ingatlah wahai Umno/BN. Selepas PAU tentunya akan timbul episod paling panas dan parah dalam sejarah politik karat kalian. Kecenderungan berpuak dalam merebut jawatan akhirnya dua 'Bukit' akan berkekalan sebagai milik PAKATAN (PR). "

Sunday, February 22, 2009

LAGI CALON BEBAS..

IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan Datuk Thasleem Mohd Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.Thasleem, 59, yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) berkata hasrat beliau untuk bertanding dibuat selepas mendapat desakan dan permintaan daripada ramai pengundi di kawasan berkenaan."Saya mendapat banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan dan penduduk Bukit Selambau, Sungai Petani dan Alor Setar supaya bertanding berdasarkan komitmen saya kepada masyarakat selama ini...selepas memikirkan semasak-masaknya permintaan ini dan tanggungjawab yang perlu digalas itu, saya bersedia untuk bertanding," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini.

Thasleem yang juga pernah menganggotai MIC dari 1975 hingga 2007 dan menjadi Penasihat Kimma selama dua tahun dari 2007 adalah ahli perniagaan yang berasal dari sini.Thasleem berkata beliau juga adalah Presiden Masjid India Muslim Ipoh, penasihat kepada Jamaah Malabar di Johor, penasihat Persatuan India Muslim Kelantan dan lebih 17 pertubuhan bukan kerajaan yang lain.Beliau berkata keputusannya menawarkan diri sebagai wakil rakyat adalah kerana mahu memperjuangkan kebajikan rakyat terutama golongan India Muslim yang masih tidak mendapat perhatian sewajarnya."Saya yakin dapat meraih sokongan pengundi kawasan itu kerana saya akan menumpukan kepada usaha-usaha memastikan kebajikan masyarakat melibatkan semua kaum diberikan perhatian," katanya.Thasleem berkata sebanyak 120 wakilnya telah bergerak dan membuat tinjauan di kawasan DUN Bukit Selambau sebelum beliau memulakan kempen sebaik penamaan calon pada 29 Mac.Dengan pengumuman Thasleem, seramai tiga calon bebas bakal bertanding selepas ahli perniagaan, R. Loganathan, 43, dan bekas Ketua Wanita Parti Progresif Rakyat (PPP) Kedah G. Saralah, 33, membuat pengumuman serupa sebelum ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 8 Feb lalu. Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.Pengundian bagi pilihan raya kecil berkenaan akan berlangsung pada 7 April jika ada pertandingan. Ia diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.-- BERNAMA

Saturday, February 21, 2009

ANWAR MAHU CALON KALIS KORUPSI

Ketua Pembangkang, DSAI mahu calon yang komited dengan perjuangan parti dan tidak mudah goyahdengan sogokan atau ugutan akan dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Selambau Nanti.
saya telah mula menggerakan jentera pilihanraya bagi DUn Selambau bersama pimpinan parti di Kedah dan Bahagian Merbok. Nama-nama calon yang sesuai akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan pakatan Rakyat Peringkat Pusat dalam Masa yang terdekat.
Sudah tentu kita mahu calon yang mempunyai kredibiliti, tokoh berwibawa yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti dan tidak mudah seperti mereka yang sanggup menjual maruah dan harga diri. kita juga akan pertimbangkan calon tempatan kerana kita mahu calon tersebut disenangi oleh penduduk tempatan dan juga disenangi oleh pimpinan dan ahli PAkatan Rakyat. secara tradisinya kerusi berkenaan diwakili oleh calon daripada PKR, bagaimanapun ia terserah kepada Majlis Pimpinan PR dan tidak salah sekiranya DAP atau parti lain dari PR hendak mengemukakan calon masing-masing. Sekian.
Azmin Ali

Friday, February 20, 2009

RAMALAN BRIDGET WELSH

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.

Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.
Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.
"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.
Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.

Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.
Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.
Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.
Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.
"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.

Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.
"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya.Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.
"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi.
Posted by Siasah at 2:25 AM

SPRM ADALAH PELACUR YANG MEMUASKAN NAFSU UMNO-BADRUL HISHAM

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI (SK) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama seperti pelacur yang menjadi pemuas nafsu pemimpin Umno.
Menurut beliau ketika dihubungi Suara Keadilan, SPRM harus malu dalam agendanya untuk mencegah rasuah didalam Malaysia sedangkan rasuah didalam parti pemerintah semakin berleluasa.
“SPRM harus malu dengan Barisan Nasional, mereka menjadikan SPRM seperti pelacur untuk memuaskan nafsu sesetengah ahli politik Malaysia,” katanya tegas hari ini
Katanya, SPRM hanya membazirkan wang rakyat kerana sejak penubuhan badan berkenaan tidak menjalankan tugas yang dengan dedikasi dan seperti yang diharapkan.
Pada 2 Januari lalu, Badrul telah menyerahkan kira-kira 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru kepada SPRM.
Walaubagaimanapun menurutnya sehingga kini tidak ada sebarang jalan penyelesaian yang dilihat untuk menangani rasuah yang telah dilaporkan.
“Kita telah menghantar bukti rasuah kepada SPRM pada awal penubuhanya untuk menguji sebagaimana kredibiliti SPRM dalam menangani masalah, namun apa yang saya lihat SPRM gagal melaksanakanya,”katanya.
Oleh yang demikian, Badrul bersama-sama kumpulan anak mudanya akan membakar bukti-bukti rasuah yang berada ditangan beliau sebagai tanda kemarahan terhadap SPRM.
“Apa yang saya buat ini bukan seorang, bukan kerana parti, tapi ini adalah tanda kemarahan rakyat yang melihat SPRM gagal menangani gejala rasuah,” katanya lagi.
Menurut blog beliau, pada 26 Februari ini beliau akan ke Pejabat SPRM di Putrajaya utnuk membakar salinan dokumen dan bukti rasuah yang pernah dihantar beliau semenjak 1998.BADRUL HISHAM

KEADILAN TIDAK TOLAK LETAK CALON WANITA

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI (SK) -PARTI KeADILan Rakyat tidak menolak untuk meletakan calon wanita bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pengerusi Perhubungan KeADILan Kedah Ahmad Kassim, berkata beberapa nama dikalangan wanita akan dipilih untuk dipilih menghadiri temuduga untuk menjadi calon.
“KeADILan sedang mengenal pasti beberapa individu dikalangan wanita yang berkemungkinan untuk dipilih menjadi calon di kerusi ini sekiranya keadaan dirasakan sesuai,” kata Ahmad ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya sehingga kini terdapat 12 nama yang telah dipilih untuk menghadiri temuduga bagi menjadi calon di Bukit Selambau yang dijadualkan Ahad ini.
“Kira-kira 12 individu yang akan dipanggil ahad ini bagi mengenalpasti individu yang paling layak, berkualiti, berwawasan serta tiada masalah dalaman,” katanya.
Panel temuduga berkenaan ialah, Pengarah Pilihanraya Negeri Johari Abdul, Ketua KeADILan Merbok dan Ahmad Kassim sendiri.

Tambahnya, daripada 12 nama berkenaan, selepas temuduga berkenaan, empat atau lima orang akan dipilih dan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dibuat pilihan.
Suruhanjaya pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 29 Mac depan.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon BN dari MIC, S Krishnan kalah kepada calon bebas V. Arumugam yang kemudiannya menyertai KeADILan.
Arumugam kerusi Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2362 undi.
Arumugam meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau awal bulan ini.

DSAI BUAT LAPORAN POLIS

Anwar Ibrahim akan membuat satu laporan polis terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.Ini bersangkutan dengan kes konspirasi MATA LEBAM Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu.Laporan polis ini akan di buat pada jam 11.30 pagi Jumaat ini.Laporan polis akan di buat di Balai Polis Damansara Utama

RAKAMAN CCTV MAHDZIR KHALID

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.

PENDESAK BEKAS ADUN BUKIT SELAMBAU LETAK JAWATAN TERBONGKAR

ALOR SETAR: Kenyataan bekas aktivis PKR, Zamil Ibrahim yang tampil membuat pengakuan bahawa beliau telah dengan sengaja menaja calon bebas di Pilihanraya Umum Ke 12, V. Arumugam di Bukit Selambau membongkar rahsia bahawa beliaulah antara yang kerap mendesak V. Arumugam keluar parti dan sertai BN.Demikian diberitahu oleh Senator Ir Zamri Yusuf selaku Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah sebagai mengulas isu yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian, bahawa penaja calon bebas Bukit Selambau lalu (V. Arumugam) tidak diugut keluar parti."Umum juga boleh melihat dan memahami dari kenyataan itu, bahawa beliau adalah agen yang dimaksudkan oleh V. Arumugam sebelum ini, kerana hanya beliau tahu setakat mana tawaran dan ugutan yang cuba dilakukan oleh agen BN ke atas V. Arumugam."Sebenarnya V. Arumugam dan 4 lagi ADUN Keadilan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah sentiasa memberi kerjasama dan berbincang dengan Perhubungan Negeri, khususnya tiga YB ahli Exco termasuk V. Arumugam. Mereka juga dibantu melalui jawatankuasa penyelaras ADUN & MP, yang dipengerusikan oleh YB Dato' Johari Abdul," ujarnya.Tambah Senator Ir Zamri lagi, V. Arumugam juga telah menjalankan tugas dengan baik dan berkesan sepanjang 11 bulan perkhidmatan beliau sebagai ADUN dan EXCO , walaupun dalam keadaan bajet yang terbatas serta pengalaman kali pertama sebagai Wakil Rakyat."Malah beliau dapat melaksanakan tugas dengan lebih lancar selepas Zamil dan kawan-kawannya tidak lagi bersama PKR mulai Ogos 2008."Tekanan yang dihadapi oleh YB Arumugam untuk mendesak beliau meninggalkan Pakatan Rakyat sebenarnya semakin intensif sejak BN melaksanakan proses menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak."Soal bentuk serangan yang lebih bersifat peribadi adalah diantara pendekatan tidak bermoral yang sangat kerap digunakan oleh mereka yang tidak senang hati dengan penerimaan Rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, termasuk mutakhir ini ke atas YB Elizabeth Wong," terang Zamri.Katanya, tindakan V. Arumugam memilih untuk mengembalikan hak pilihan kepada rakyat Bukit Selambau adalah satu sikap bertanggungjawab yang seharusnya dipuji bagi pencinta demokrasi. "Malah beliau member komitmen untuk turut hadir semasa hari proses berkempen sempena Pilihanraya Kecil Bukit Selambau," ujarnya.Oleh itu, kata Zamri, Zamil sebenarnya tidak mempunyai hak untuk mengulas isu V. Arumugam kerana beliau juga sebenarnya hanyalah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah semasa Pilihanraya Umum Ke 11."Melainkan beliau yang mengaku bertanggungjawab ke atas YB Arumugam sepatutnya menjawab persoalan ramai tentang di mana V. Arumugan berada ketika ini," ujarnya.www.kedahlanie.blogspot.com

Thursday, February 19, 2009

DI ANTARA DUA BUKIT

Krisis adalah dugaan. Krisis rumah tangga, krisis pribadi atau krisis politik semuanya adalah dugaan terhadap diri. Jika besar krisis itu lagi hebat dugaan yang akan di lalui.Krisis pribadi akan menduga keupayaan fikrah individu. Krisis rumah tangga akan menduga si suami dan si isteri. Krisis keewangan akan menduga keupayaan CEO dan Pengarah Syarikat untuk bertindak. Krisis dalam bilik darjah akan menduga kecekapan guru.Paling menonjol dan timbul dalam krisis politik ialah dugaan terhadap kepimpinan parti politik, kesebulatan suara politik dan kesungguhan tindakan yang akan di ambil. Jangan dilupakan: krisis politik ialah sekolah untuk mengajar dan menduga keupayaan fikrah orang ramai – warga - untuk berfikir dan bertindak.Perletakan jawatan Adun Bukit Selambu dan kemangkatan Yang Berhormat wakil rakyat Bukit Gantang telah meluaskan lagi krisis politik yang sedang melanda Perak ke seluruh negara.Seperti telah di takdirkan, YB yang meninggalkan dunia itu adalah wakil rakyat dalam kawasan Adun yang ‘telah lari dari Pakatan Rakyat’. Juga, seperti telah di takdirkan Adun Bukit Selambu juga telah membuat satu keputusan tepat – tidak ingin di ganggu gugat – beliau telah meletakan jawatan.Niat dan harapan orang ramai – warga Perak dan warga Malaysia - untuk menduga dan menguji kembali sokongan terhadap Pakatan Rakyat atau penolakan terhadap Barisan Nasional melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri telah di gagalkan. Tetapi belum pun habis kopi secawan diminum , harapan warga Perak dan warga Malaysia tiba-tiba termakbul. Seolah-olah ada ‘perancangan Yang Lebih Tinggi’ dari perancangan menteri atau raja.Krisis politik di Perak telah memuncul satu keadaan dimana ianya meminta warga Perak dan rakyat Malaysia menilai diri mereka sendiri. Krisis ini menuntut warga Malaysia untuk memahami apakah itu yang di panggil Perlembagaan dan kenapa bagitu penting sekali untuk warga mengetahui sekuran-kurangnya semangat dan roh Perlembagaan itu.Selama kini , mungkin ramai warga yang ambil endah tidak endah terhadap Perlembagaan Negara mahu pun Perlembagaan Negeri. Memang betul, dalam suasana berpesta ria riuh berpekik terlolong mengumpul harta dan mencari makan Perlembagaan tidak di pernah termasuk didalam ajenda pribadi. Kini semuanya telah berubah.Krisis di Perak ini telah mengajar kita semua untuk memahami apa tugas kita sebagai warga. Telah terlalu lama – lebih dari 50 tahun – warga telah memberikan keyakinan kepada pelbagai bentuk lembaga untuk mentadbir negara dan negeri. Selama 50 tahun ini kita dengan selesa membenarkan ‘ orang-orang’ yang kita yakini untuk mentafsir dan merangka perundangan yang melibatkan kehidupan kita sehari-hari. Warga tanpa sedar, malah mungkin lalai kerana sibuk dengan berpesta mengumpul harta – telah memberikan hak-hak mereka kepada ‘susuk-susuk’ yang diharap-harap akan membawa kesejahteraan. Krisis di Perak telah menunjukan ini sikap lalai ini wajib di hentikan.Justeru krisis di Perak adalah curahan air salju kepada warga agar bangun untuk menilai diri. Warga tidak boleh lagi berlenggang kangkung dengan membiarkan ‘orang-orang’ yang kita anggap berilmu, berpelajaran atau berstatus untuk menjaga kepentingan warga.Krisis di Perak menuntut warga untuk menjadi prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling kehidupan yang mungkin membawa faedah atau pun membawa mudarat kepada diri. Krisis di Perak menjemput warga untuk peduli terhadap segala tindak tanduk orang orang yang dahulunya telah kita berikan kepercyaan.Saya yakin betapa kecewanya rakyat Perak apabila kerajaan yang mereka tubuhkan tiba-tiba ‘runtuh di rampas’ dengan sekelip mata. Saya juga yakin bertapa sedihnya warga Perak melihat segala perancangan dan mimpi-mimpi mereka untuk mewujudkan Perak sebagai sebuah negeri contoh kini tinggal angan-angan.Wujud satu proses pembelajaran dengan krisis ini. Kuliah pertama untuk di hayati ialah semua lembaga-lembaga yang wujud dalam negeri atau negara ini bukan bermula dengan sultan , raja atau yang ahli-ahli yang berhormat. Kuasa bermula dengan satu lembaga yang lebih ampuh dari semua lembaga daulah, lebih kuat dan tidak akan berubah-ubah – lembaga ini ialah suara warga itu sendiri. Lembaga-lembaga daulah, perundangan daulah yang di wujudkan sama ada melalui Parlimen atau Dewan Negeri bertujuan untuk memastikan sesebuah negeri berjalan lancar, adil dan telus. Untuk memastikan keadilan dikecapai oleh semua warga. Justeru kata pemutus dan suara veto terakhir ialah suara orang ramai. Inilah kuliah awal wahid yang amat-amat wajib di fahami.Kuliah kedua yang wajib di hayati ialah ajenda sempit tentang Cina, Melayu, India dan hal-hal perkauman. Ajenda perkauman ini hanyalah ajenda yang akan memecah belahkan setia kawan bangsa-bangsa. Nilai-nilai dan hujah perkauman ini harus kita akui bukan hanya wujud di dalam Barisan Nasional tetapi wujud juga di dalam Pakatan Rakyat.Justeru, krisis di Perak ini telah menimbulkan satu asakan dam memaksa kita sebagai warga untuk melihat diri dan menilai pegangan dan falsafah hidup. Becakap manis tentang hak asasi, bercakap lunak tentang hal Perlembagaan atau bercakap tentang tidak ada perbezaan antara Cina, Melayui atau India - cukup senang.Lidah tidak bertulang. Semua orang boleh bercakap. Burung tiong juga boleh bercakap. Cakap-cakap manis ini menjadi lebih manis jika yang bercakap ini itu dilihat berpendidikan tinggi perigi – pernah ke Dubai, ke Havard atau ke Oxford untuk belajar. Apa yang terjadi di Perak telah mengajar kita bahawa cakap-cakap ini akan di uji dan di duga. Ujian utama terhadap manusia ialah sama ada dapat mengkotakan apa yang dicakapkan. Bercakap dan melakukan adalah dua pekara yang amat berbeza. Bercakap cukup senang macam memecah sebutir telor. Melakukan cukup susah seperti ingin mendirikan jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.Hendaknya warga Perak dan warga Malaysia akan mendapat pengajaran yang tinggi dari krisis ini. Hendaknya warga akan belajar dan mengingati untuk tidak bagitu terpengaruh dengan cakap yang molok-molok tetapi hati menjaga tempolok. Atau terdodoi mendengar cakap yang molek-molek tetapi tahi berguling bergolek-golek.Kuliah ketiga ialah menterjemah kemarahan. Marah adalah sifat yang paling hina didalam naluri manusia. Naluri marah ini wujud untuk semua manusia di dunia ini. Apa yang membezakan susuk yang bertamadun, sopan dan berilmu adalah bagaimana naluri kemarahan yang buruk ini boleh di terjemahkan untuk kebaikan.Seperti telah di rancangankan oleh Yang Maha Esa – penduduk di Perak dan di Kedah - sedang di duga apakah mereka akan dapat menterjemahkan naluri kemarahan yang hina ini untuk dijadikan kudrat yang maha kuat untuk meraut kemenangan yang gilang gemiling dalam dua pilihanraya kecil yang akan dijalankan pada 7 April 2009 nanti.Membawa marah dan dendam ke hulu ke hilir adalah satu beban. Menyimpan marah dan dendam di dalam sanubari akan memberi tekanan kepada jantung dan saraf. Ini tidak bermakna warga tidak oleh menjerit menunjukkan marah kepada ketidak adilan dan kebejatan. Menjerit dan tunjukanlah perasaan marah itu semarah mungkinTetapi akhirnya marah ini wajib di terjemahkan untuk kebaikan umum. Marah kerana marah adalah sikap orang yang tidak berfikrah. Dua buah bukit – Bukit Gantang dan Bukit Selambu - kini berdiri tegak menunggu untuk menduga hati marah warga Perak dan warga Kedah. Lambakan undi yang melimpah ruah dari Bukit Gantang dan Bukit Selambu akan menenggelamkan semua kemarahan dan dendam. Jika ini dapat dilakukan semua polong dan hantu raya di Perak akan bertempiaran mencari tuan. Bila ini belaku warga Malaysia semuanya akan tersenyum dari bibir sampai ke telinga. (TT)

Wednesday, February 18, 2009

UMNO BAHAGIAN MERBOK TELAH DI GADAI KEPADA SINGAPURA

Melihat banyak respon dan komen yang Mummy terima (350-500 pelayar satu hari) berhubung suasana politik di kawasan Merbok khasnya PRK Bukit Selambau dan situasi UMNO Bahagian Merbok, Mummy ingin mengulas lanjut untuk tambahan sebagai penyampai suara rakyat di kawasan tersebut.
Maklumat-maklumat ini diterima dari SB-SB Rakyat yang sedang berkeliaran di kawasan tersebut sekarang ini. Ada yang sedang minum kopi di kedai Abu Bukit Selambau, ada yang jadi waiter di Restoran Pelita, ada yang sedang berniaga apom lenggang di market Taman Ria Jaya dan ada yang gunting rambut di Sungai Lalang. Mereka ini bukan ahli politik tetapi mereka ini rakyat biasa yang sedang memerhati gelagat juak-juak UMNO Merbok khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok yang menang dengan rasuah politik.
Mummy diminta untuk membuktikan kenyataan di dalam blog Mummy yang lepas tentang “UMNO Merbok dikuasai oleh syarikat Singapura”. Bukti yang mudah Mummy terima laporan tahunan syarikat tersebut dari Singapore Stock Exchange sekembalinya Mummy dari Singapura minggu lepas.
Lapuran ini memberi maklumat terperinci tentang sebuah syarikat Asti Holding Ltd, syarikat yang disenarai di SSE. Syarikat ini telah melantik Tajul Urus Mat Zain sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Tajul juga dilantik sebagai salah seorang “Audit Committee”. Pengerusi “Nominating Committee” dan “Remuneration Committee”. Dalam lapuran ini hanya Tajul seorang sahaja Melayu Malaysia yang dilantik di dalam syarikat tersebut dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain dan pengurusan lyang lain semuanya terdiri dari Cina Singapura.
Betapa hebatnya ketua UMNO Bahagian Merbok yang dahulu hanya jadi cikgu cabuk hari ini boleh duduk di dalam sebuah syarikat awam berpengkalan dan dikuasai oleh Singapura.
Persoalannya di sini, siapa Tajul? apa yang Tajul tahu tentang perniagaan? apa yang Tajul tahu tentang “precision engineering”?, apa yang Tajul tahu tentang peranan ahli lembaga pengarah syarikat awam?. Atau Tajul hanya proxy seseorang? KJ atau Mahazir Khalid?
Dalam kata yang paling mudah Tajul merupakan broker komission atau power broker atau talibarut atau upahan syarikat Singapura yang ingin menguasai tokoh-tokoh politik negara ini.
Banyak syarikat-syarikat Singapura telah menggunakan strategi kotor Yahudi seperti di Amerika Syarikat di mana majoriti syarikat strategik AS dikuasai oleh Yahudi dan setiap kali pilihanraya memilih Presiden AS, syarikat-syarikat ini akan menyalurkan dana yang berbillion ringgit untuk memenangi calun pro mereka. Dalam lain perkataan Presiden tersebut kelak akan tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi di dalam segenap dasar luar dan dalam AS.
Contoh yang terjadi dihadapan mata kita ialah, apa jadi dengan PM Thailand, Taksin Shinawatra dimana beliau telah dibeli oleh Temasik Holding Ltd sebuah konglomerat Singapura sehingga beliau akhirnya jatuh diguling oleh rakyat dan rajanya sendiri dengan penuh penghinaan.Hari ini UMNO Merbok sedang bergembira dengan tokoh mereka yang konon kaya raya. Mereka tidak sedar mereka telah dibeli dengan wang-wang dana dari Singapura. Yang sebenarnya UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan dagangan dan kempimpinan jawatankuasa yang ada telah tergadai kepada Singapura...mummy rokiah

PEMUDA MIC SELAR MUKHRIZ MAHATHIR

Kenyataan CALON KETUA PEMUDA UMNO MUKHRIZ MAHATHIR mengatakan kerusi DUN BUKIT SELAMBAU haruslah diberikan kepada UMNO.Kenyataan itu membuatkan KETUA PEMUDA MIC PULAU PINANG iaitu saudara SURESH kurang senang.Suresh berkata jika CALON UMNO yang di letakkan, maka hak orang india hilang dan kerusi itu tradisi milik MIC.Suresh mengadakan sidang media di GELUGOR PULAU PINANG sebentar tadi.Begitulah BARISAN NASIONAL yang mempunyai parti komponen yang berasakan KAUM.Maka perkara ini telah menimbulkan masalah.Berbeza sama sekali dengan PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum di MALAYSIA.Di dalam PKR ada orang MELAYU,CINA,INDIA,SIAM,KADAZAN,MURUT,BAJAU,MELANAU dan lain-lain lagi.Bermakna setiap calon yang di ketengahkan oleh PKR ia mewakili komposisi semua kaum dan tidak tertumpu kepada sesuatu kaum.Ini politik cara baru yang memerlukan tolak ansur dan persefahaman yang tinggi.Dalam BARISAN NASIONAL UMNO untuk melayu,MCA untuk orang cina dan MIC untuk orang india,kan masalah macam ini.Sememangnya rakyat perlu tolak cara politik acuan BARISAN NASIONAL yang ternyata gagal di dalam membentuk minda mesyarakat MALAYSIA supaya tidak perkauman.www.hidupharapan.blogspot.com

Tuesday, February 17, 2009

AHLI KELAB PENYOKONG PAS UBAH FIKIRAN

PETALING JAYA: Tidak sampai 48 jam selepas mengumumkan hasrat mahu tanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah, M. Kanapathy memutuskan untuk mengubah fikirannya.Kanapathy, seorang ahli Kelab Penyokong PAS berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding selepas salah seorang calon yang disenaraipendekkan oleh Parti Keadilan Rakyat - komponen Pakatan Rakyat, akan menurunkan seorang peguam terkemuka bertanding di kawasan tersebut."Jika PKR memilih calon tempatan yang boleh diterima oleh pengundi kawasan ini, maka saya tidak perlu bertanding sebagai calon Bebas."Tetapi jika PKR mencalonkan calon luar atau seseorang yang tidak boleh diterima penduduk tempatan, saya akan mengubah fikiran dan akan bertanding," kata ahli perniagaan berusia 49 tahun di sini.Bukit Selambau dilihat sebagai kerusi panas kerana sesiapa sahaja yang menang - sama ada sebagai calon PKR ataupun Bebas - kemungkinan besar akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.Dalam pada itu, Ketua PKR Merbok, Datuk Rashid Din pula berkata, beberapa ahlinya telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan berkenaan."Saya mempunyai senarai lima nama. Pengerusi PKR negeri (Ahmad Kasim) dan beberapa pemimpin lain juga mempunyai senarai mereka."Kita serahkan kepada pemimpin PKR untuk memutuskan," katanya.Rashid memberitahu, oleh kerana penamaan calon hanya akan berlangsung pada 29 Mac, pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.Kerusi itu kosong berikutan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) V. Arumugam, 54, melepaskan jawatan pada 8 Februari lalu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 29 Mac dan jika ada pertandingan, pengundian pada 7 April.

Monday, February 16, 2009

ARAHAN SIAPA?

Pemilihan tarikh pilihanraya kecil bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah atas arahan Najib. Dan ini bukan kali pertama Najib member arahan kepada SPR. Dalam kes Perak, dalang dibelakang rampasan kuasa Perak ialah Najib, dengan memberikan arahan kepada SPR tentang apa tindakan yang perlu dilakukan . SPR cuma tukang endorse saja.
Arahan Najib kepada SPR bukan dibuat secara direct…tapi melalui seorang Penasihat Undang-Undang Umno..seorang yang bernama Hasnizam. Dia ni selalu kelihatan, apabila ada press conference yang melibatkan Lembaga Disiplin Umno. Lebih kurang macam Zamri Kadir, selalu berdiri belakang Tengku Ahmad Rithaudeen. Dikalangan peguam-peguam dan DPP, nama Hasnizam ni memang terkenal kerana dia merupakan seorang peguam yang tak pernah masuk mahkamah, tapi cepat melonjak kerana kaitan beliau dengan Umno.
Dalam mesyuarat SPR untuk membincangkan tentang surat perletakan jawatan tiga ADUN diPerak yang dihantar oleh Speaker DUN Perak, Hasnizam telah mengarahkan SPR untuk melakukan apa saja, asalkan pilihanraya kecil diketiga-tiga DUN ini dapat dielakkan. Dan itulah sebabnya, mengapa SPR menolak surat perletakan jawatan tersebut, sedangkan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menjadi hakim, dalam menentukan sama ada surat perletakan jawatan itu sah atau tidak.
SPR hanya perlu menerima notis perletakan jawatan itu dari Speaker. Sama ada surat itu sah atau tidak, bukan dalam bidang kuasa SPR. Itu kuasa mahkamah. Tetapi dalam hal ini, SPR menjadi mahkamah.
Apabila Nizar mengadap Sultan untuk membubarkan DUN, SPR sebenarnya sudah bersedia untuk pilihanraya DUN Perak. Tetapi mereka terkejut, apabila Sultan telah melakukan sesuatu yang luarbiasa apabila enggan membubarkan DUN, sebaliknya menyerahkan tampuk pemerintahan kepada BN.
Tapi, apa yang nak diherankan. Di Malaysia, segalanya boleh. Asalkan Umno berkuasa.
Semalam, SPR melakukan sesuatu yang luarbiasa lagi iaitu mengadakan pilihanraya dipenghujung tempoh yang dibenarkan. Memang tak salah…tapi apabila ianya dibuat selepas perhimpunan Agong Umno, nampak sangat SPR mengikut telunjuk Najib. Ini belum lagi menjadi Perdana Menteri! Kalau sebelum menjadi PM pun, habis segala jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan dirinya…bayangkan apabila dia menjadi PM.
Di Perak, Musa Hasan telah mengarahkan supaya semua ceramah diharamkan. Sebaliknya semua kegiatan kerajaan haram BN dihalalkan.
Fuh!!! Apa nak jadi kat Malaysia?
MSK
http://bloggersnetworkmalaysia.com
Ulasan Pahangdaily

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PILIHAN RAYA KECIL

Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????
Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-
1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.
2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.
3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.
4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.
6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.
7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung awal bulan Mac.
8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac.
9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno awal Mac ini.
10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
Ini adalah bukti kedua SPR dilihat berpihak kepada BN, selepas keengganan SPR mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering.
Ada kemungkinan SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz Yusof lebih teruk dan jijik dari SPR dibawah telunjuk Abdul Rashit Abdul Rahman.http://mutaligat.blogspot.com

Sunday, February 15, 2009

SARAVANAN CALON BARISAN NASIONAL PRK BUKIT SELAMBAU?


MIC mungkin mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Saravanan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ pada 7 April depan.Menurut sumber-sumber, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedang menimbang secara serius untuk mencalonkan Saravanan yang juga pengerusi MIC Kedah bertanding bagi merebut semula kerusi tersebut.Saravanan, 61, menjadi Adun Bukit Selambau serta ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008.Beliau bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi itu dalam pilihanraya umum tahun lalu untuk memberi laluan kepada calon muda dari MIC, S Krishnan, yang tewas kepada calon bebas V Arumugam dengan majoriti 2,362 undi.Arumugam, 54, meletak jawatan secara mengejut bagi jawatan exco negeri serta Adun Bukit selambau awal bulan ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihanraya bagi kerusi tersebut diadakan pada 7 April depan, manakala pencalonan calon pada 29 Mac ini.Ketika dihubungi, Saravanan bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu yang namanya sedang dipertimbang untuk bertanding di Bukit Selambau.Namun begitu, katanya, jika dipilih, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk merampas semula kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil kali ini.MALAYSIAKINI..

DUA BLOGGERS DI TAHAN POLIS

Dua member Bloggers Network adalah diantara yang ditahan di Kuala Kangsar tadi kerana mengedar risalah.
Mereka ialah Alfa Berlian dan Bikir Perak. Seorang lagi wanita yang ditahan ialah Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Kangsar, Puan Rosmina Hamdan dan Meor Johari bin Meor Abu Bakar, Bekas Ketua AMK Bahagian Kuala Kangsar

CALON BEBAS DUN BUKIT SELAMBAU

SUNGAI PETANI: Bekas Ketua Wanita PPP Kedah, G. Sarala menawarkan diri untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Beliau mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian yang akan diadakan pada 29 Mac dan 7 April depan.
"Saya memutuskan untuk menerima cabaran selepas menerima panggilan daripada pengundi tempatan.
"Saya orang tempatan di sini (Bukit Selambau). Saya pasti saya boleh mendapatkan sokongan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Sarala keluar daripada PPP beberapa hari lalu.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau optimistik bahawa sokongan pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum yang lalu sudah dikenal pasti.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Bukit Selambau mempunyai seramai 35,140 orang pengundi berdaftar dengan pecahan peratusan kaum Melayu (50.2 peratus), India (29 peratus) dan Cina (19 peratus). / Mstar

Saturday, February 14, 2009

TEKANAN BERMULA

POLIS RAMPAS BUNTING,BACKDROP,TUTUP SUIS PEMBESAR SUARA DAN SURAI ORANG RAMAI SEMASA KEMPEN JOM SERTAI PAS DI ALOR STAR PETANG TADI.HARAKAH..

PEMUDA DAP PERSOAL SPR


Pemuda DAP (DAPSY) hari ini mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa hampir 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.SPR hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.Mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari ini, kerusi Bukit Selambau kosong mulai 8 Februari, manakala kerusi Bukit Gantang kosong mulai 8 Februari.Ini bermakna hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang diadakan pada hari yang ke-58 dan hari ke-59 bagi kerusi Bukit Selambau.'Berhutang penjelasan'Manakala hari penamaan calon pula diadakan pada hari ke-49 bagi kerusi Bukit Gantang dan hari ke-50 bagi kerusi Bukit Selambau.Sehubungan ketua Pemuda DAPSY, Loke Siew Fook berkata, pengerusi SPR berhutang penjelasan kepada rakyat, terutama pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengapa ia memerlu masa begitu lama untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut.Loke bertanya apakah SPR sengaja menetapkan tarikh tersebut selepas pemilihan Umno hujung bulan depan bagi mengelak bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada malu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihanraya kecil berkenaan.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini kerana perhimpunan agung Umno - yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan - akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan"Adakah anda merasakan bahawa ia satu kebetulan yang tarikh penamaan calon bagi kedua-dua pilihanraya kecil itu, jatuh sehari selepas perhimpunan agung Umno?" soalanya.Sehubungan itu, DAPSY mengecam SPR yang didakwanya bertindak secara secara "amat tidak profesional" yang sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa ia bukan sebuah badan yang bebas.MALAYSIAKINI

UMNO DAN MIC BEREBUT

Harapan Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis jika ia meletakkan calon MIC bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan, kata Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad.Sehubungan itu, katanya, rata-rata pengundi Bukit Selambau mahukan Umno bertanding di kerusi tersebut.Abdul Rahman berkata, maklumat ini diperolehi dari cawangan-cawangan Umno, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di Bukit Selambau."Jika letak calon MIC, tiada jaminan akan menang kerana undi orang India berpecah kepada parti itu dan parti lawan."Kekalahan calon MIC dalam pilihanraya umum lalu kerana faktor Hindraf yang menolak calon MIC dan menyokong pembangkang," katanya.Abdul Rahman yang juga ketua Umno Kampung Sungai Lalang berkata, faktor calon juga memainkan peranan penting bagi BN merampas semula kerusi Bukit Selambau.Katanya, penduduk tidak mahu calon dari golongan korporat kerana kerana mereka sukar berurusan dengan mereka."Jika anda ingat, Datuk Badri Yunus yang hanya seorang petani pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau selama dua penggal berturut-turut pada tahun 1986 dan 1990," katanya.'Mampuih tak menang'Seorang lagi pemimpin Umno di bahagian tersebut, Ahmad Ali berkata, orang Melayu menolak calon MIC kerana banyak isu yang membabitkan kaum itu yang belum selesai.Katanya, isu-isu kaum India itu akan digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN."BN perlu meletakkan calon Melayu jika ingin merampas semula kerusi Bukit Selambau. Kalau orang lain selain orang Melayu, orang Kedah kata, `mampuih tak menang.'" katanya lagi.Seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Merbok yang enggan namanya disiarkan berkata, BN sukar untuk menang jika meletakkan calon keturunan India bertanding di Bukit Selambau.Ini, katanya, kerana MIC telah tidak mendapat sokongan daripada orang I ndia sendiri.Bagaimanapun, katanya, sekalipun BN meletakkan calon dari Umno, ia bukan jaminan untuk menang."Orang India pula tidak akan menyokong calon dari kalangan orang Melayu. Dan cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah BN mengadakan rundingan di antara komponen untuk menentukan calon terbaik."Tetapi jika calonnya orang Melayu, peluang untuk BN menang lebih cerah sedikit," katanya lagi. malaysiakini..

UPDATE4 April 7 by-election dates for Bt Gantang, Bt Selambau


In Bukit Selambau, the Pakatan is likely to showcase a KeADILan candidate, mostly likely a prominent Indian well-respected by the community, although there are also calls for a local candidate regardless of ethnicity to be given priority.
Names that have been touted include RS Thanenthiran, the 45-year old national co-ordinator for the outlawed Hindu Rights Action Force movement. More recently, another Hindraf leader - the 35-year old P Vasanthakumar currently under ISA detention - has been mentioned.
Vansantha was born and bred in Bedong, close to Bukit Selembau, making him a potential candidate if it becomes apparent that his popularity can override the disadvantage of him being in detention in faraway Kamunting, Perak.
However, given the massive lobbying that has ensued for the seat, including from amongst Pakatan members DAP and PAS, a decision is only likely after extensive discussion by the coalition’s top leadership.
The DAP has three Chinese and two Indian candidates on its shortlist, while PAS wants to field a member of its supporters’ club..Said Opposition Leader Anwar Ibrahim: “There have been appeals by allied parties and demands for a candidate that is Malay, Hindraf, party veteran and other criteria. Bu the latest events should be used as a lesson. The party struggle cannot be compromised over narrow agenda.”
For the BN, its Indian component party MIC has already sounded out its stake on the seat, although Umno is also keen on putting in a Malay candidate.
Said S Subramaniam: “We will claim our rights. It has been a tradition that the seat is allocated to MIC and it will remain as such. Any change is not good for the ties within Barisan. We face problems like this every time there is an election. People start asking for seats.”
adv_username = "keadilan";
adv_gid = "keadilan_default";
adtype = "468x60";
suarakeadilan online.....

Friday, February 13, 2009

SPR KETERLALUAN IKUT TELUNJUK NAJIB

Sebaik nama Tan Sri Aziz diumumkan sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya kaitkan prestasi dan rekod baiknya dalam perkhidmatan awam. Kebimbangan saya hanya keupayaan beliau mengendali SPR yang tercemar sebagai alat ampuh pimpinan UMNO-BN yang tidak mampu memikul amanah dengan jujur dan adil.
Agak mengejutkan kerana harapan tipis kecundang dalam tempoh singkat. Keputusan SPR mengenepikan keputusan Speaker DUN Negeri Perak mengenai perletakan jawatan ADUN menjurus kepada kesediaan mudah SPR menjadikan diri sebagai kuda tunggangan. Tan Sri Aziz gagal membedakan antara tugas seorang KSU dengan Pengerusi SPR.
Dan kini dengan menganjak tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau selewat mungkin satelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Dato’ Seri Najib.
Kepada Allah SWT kita berserah disamping kerja kuat dalam saf untuk memastikan kezaliman, penipuan dan rasuah ditumpaskan.
ANWAR IBRAHIM

TARIKH PENAMAAN CALON PRK N25 BUKIT SELAMBAU

TARIKH PENAMAAN CALON BAGI PILIHAN RAYA KECIL N 25 BUKIT SELAMBAU TELAH DI TETAPKAN PADA 29 MAC 2009 (AHAD).HARI PENGUNDIAN JUGA DI TETAPKAN PADA 7 APRIL 2009 (SELASA).PROSES PILIHANRAYA BERJALAN SERENTAK BERSAMA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG DI NEGERI PERAK.

Thursday, February 12, 2009

BUKIT SELAMBAU:KEUTAMAAN PADA AGENDA PERUBAHAN

Sdr Azmin Ali mula menggerakkan jentera pilihanraya DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam di Sungai Petani. Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka. Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!Sayugia disedari keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang dikira mendesak, keperluan menonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan atau ugutan. Rakyat dan pengundi menuntut calon layak dan berwibawa.Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpenchil.
ANWAR IBRAHIM



Salam Sejahtera Dato Seri, harap Dato seri tabah dan teruskan perjuagan Murni Datuk seri, bagi saya ape yang sedang berlaku di Perak dan kedah akan memihak kepada Datuk Seri, rakyat faham dan arus perubahan tidak dapat di sekat dgn sebarang sogokan, ia hanya lah bersifat sementera,saya yang pernah menerajui Pergerakan Pemuda MIC negeri Kedah selama 8 tahun sebelum saya dipecat dari menjadi ahli Parti pada tahun lepas kerana mendesak Samy vellu meletak jawatan sedikit sebanyak memahami akan erti perjuangan dan prinsip, saya telah berehat dari politik selama hampir 6 bulan dgn tidak menyertai mana mana parti setelah berada dalam MIC selama 19 tahun, namun begitu saya sedia mambantu Datuk Seri dan Jentera PKR di Bukit Selambau sekiranya Datuk seri memerlukannya , walau bagaimanapun saya berharap Datuk seri akan dapat memilih calun yang tahu erti perjuangan dan prisip , agar ia tidak mudah di gertak dan menjadi hamba sogokan,Kejadian di perak dan di beberapa tempat lagi menampakan imej adun adun PKR dan DAP cepat melatah dan mudah digertak, ini mungkin disebabkan mereka ini tidak mengenali erti sebenar perjuangan dan ade di kalangan mereka telah mendapat rahmat dari arus Tsunami politik tanpa sebarang susah payah, ini menyebabkan mereka tidak menghayati erti perjuangan seperti yang di miliki adun adun dari kalangan ahli ahli PAS, Selamat Berjuang Datuk Seri semoga Tuhan akan senantiasa bersama org yang tabah, sekian
Ikhlas daripada
R.Nantha KumarBekas ketua Pemuda MIC Negeri kedah & Exco Pemuda MIC Kebangsaaan019 4706843

CALON BEBAS BUKIT SELAMBAU

Hampir satu jam saya berbicara melalui telefon dengan seorang teman lama. Dia anak tempatan di Bukit Selambau. Ada Ijazah Sarjana. Pernah pegang jawatan tinggi dalam NGO. Dan, sekarang Pengurus Besar sebuah yayasan di Kuala Lumpur. Beliau rapat dengan pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan UMNO. Usia 40an. Sering keluar tv dan akhbar."Aku nak bertanding di Bukit Selambau," kata beliau kepada saya."Hah? Biar betul," kata saya.Tanya saya lagi, "Parti mana -- PKR atau UMNO?""Parti bebas," jawab beliau."Boleh menang ker?" tanya saya."Apasal tak boleh menang pulak?" tanya beliau. Nampaknya kawan saya ini bersungguh-sungguh. Ingatkan dia main-main tadi.Dia ada resipi untuk menang.Anak tempatan.Ada pendidikan tinggi.Ada pengalaman dalam NGO.Ada jawatan tinggi.Selalu keluar tv dan akhbar.Mampu berkerja dengan semua pemimpin politik pelbagai parti.Kata kawan saya tu lagi, "Kalau BN menang, ada masalah dengan kerajaan PAS di Kedah. Kalau calon PKR menang, belum tentu dia tak melompat parti."Ehem, tersedu saya dibuatnya. Yalah, kata kawan saya tu yang melompat parti sekarang ni ialah wakil-wakil rakyat PKR. Di Perak, dua orang wakil rakyat PKR jadi bebas. Di Kedah, wakil rakyat PKR letak jawatan. Dengar kata ada seorang ADUN PKR di Selangor yang ada "masalah". Hujung tahun lalu, Ahli Parlimen PKR Kapar riuh-rendah nak letak jawatan, tapi tak jadi."Kalau aku jadi wakil rakyat Bukit Selambau, semua orang boleh tidur lena. Tak perlu nak fikir soal lompat parti," kata beliau lagi."Bolehkah rakyat terima calon bebas?" tanya saya."Mengapa tidak? Sebelum ini pun rakyat pernah mengundi calon bebas," kata beliau."Tapi calon bebas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kalah..." ujar saya."Itu calon babas, bukan calon bebas," jawab beliau spontan. Saya setuju. Calon bebas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tak ada kelayakan langsung. Tok Mun lagi baik daripada kedua-duanya."Betul ker hang nak bertanding calon bebas di Bukit Selambau?" tanya saya inginkan kepastian."Ya, betul. Di Bukit Selambau ada 35,000 pengundi. 50% pengundi Melayu, 30% pengundi India dan 20% pengundi Cina. Aku kenai depa. Kalau aku boleh dapat 15,000 undi dalam pertandingan tiga penjuru, sah aku menang!" kata kawan saya tu.Saya bertanya lagi, "Siapa yang akan mengundi hang nanti?"Dia menjawab, "Orang yang ingin melihat politik baru di Malaysia. Bukan politik pertentangan, tetapi politik kerjasama antara parti. Sebagai wakil rakyat bebas, aku boleh bekerjasama dengan semua orang -- Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Lagi pun, aku pun kenai sangat dengan MB Kedah. Selalu dok jumpa Ustaz Azizan di Guar Chempedak dulu ...""Apa slogan yang hang nak pakai nanti?" tanya saya.Sahabat saya berkata, "Itulah yang aku tengah fikir ni. Hang tolong sama fikir kat aku ... Tapi hang rasa ada tak 15,000 orang di Bukit Selambau yang fed-up dengan politik di Perak sekarang?" http:/nobisha.blogspot.com

P'raya Bkt Gantang, Bukit Selambau mungkin serentak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tarikh pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat dalam mesyuarat khas esok, selepas pihaknya meneliti serta membincangkan dokumen berkaitan kekosongan kedua-kedua kerusi itu.Katanya mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika SPR dapat memastikan bahawa adanya kekosongan pada satu-satu kerusi Parlimen atau DUN berkenaan, lapor Bernama."Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang... kalau (penyandang) meninggal dunia, sudah tentu ada kekosongan. Kerusi Bukit Selambau pula, kita akan dapatkan maklumat dan dokumen sebelum memutuskan tindakan selanjutnya."Kalau kita dapat pastikan ada kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau, kita akan adakan pilihanraya kecil. Kemungkinan lain (kalau tiada kekosongan), Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada kekal," katanya.Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu malam tadi.Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang berlaku ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung pada Isnin. Pada hari yang sama, V. Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata SPR tidak boleh bulat-bulat menerima apa yang dinyatakan oleh Speaker DUN bahawa berlakunya kekosongan pada kerusi DUN Bukit Selambau."Kita kena lihat semua aspek dan tidak membuat keputusan disebabkan dorongan pihak-pihak tertentu atau sebab kita menyokong pihak tertentu... tidak sama sekali."SPR menjalankan tugas dengan profesional, berdasarkan kepada undang-undang serta dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kita. Setakat ini, pegawai-pegawai saya sedang siapkan dokumen berkenaan," katanya.

PAS:SULTAN PERKENAN ARUMUGAM BERUNDUR

PAS mendakwa Sultan Kedah memperkenankan V Arumugam berundur dan "tidak timbul sebarang keraguan" berhubung kesahihan pelepasan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri dan wakil rakyat Bukit Selambau.Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Istana Anak Bukit telah mengeluarkan surat perkenan berhubung peletakan jawatan Arumugam.Kandungan surat itu yang dikeluarkan Isnin lalu bagaimanapun tidak dijelaskan.Mahfuz diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian yang menyatakan Arumugam diperintah hadir menghadap baginda, bimbang peletakan jawatannya tidak dibuat dengan sukarela.Setiausaha kanan kepada menteri besar Kedah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat perkenan itu kelmarin. "Sultan telah perkenan pada 9 Februari. Ada surat daripada pejabat Tuanku pada jam 6.30 petang. Tidak timbul Tuanku hendak memanggilnya (Arumugam) menghadapnya," kata Sanusi Mohd Noor.Pada hari yang sama, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mempersembahkan surat Arumugam bersama akuan berkanunnya kepada Sultan Kedah dan seterusnya mengumumkannya kepada media.Pengumuman itu bagaimanapun tidak dibuat serentak, sebaliknya pada dua majlis berasingan – satu di sebelah petang, manakala satu lagi malam.Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr Abd Isa Ismail dilaporkan berkata, Azizan telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah pada hari yang sama.Ditanya sama ada surat dari istana itu perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya tidak timbul sebarang keraguan mengenai peletakkan jawatan Adun berkenaan, Sanusi berkata "tidak perlu".Sebaliknya, menurut beliau, Speaker hanya perlu mengeluarkan surat memaklumkan kekosongan itu kepada suruhanjaya itu.Dihubungi petang ini, Dr Abdul Isa berkata beliau berpuas hati dengan surat Arumugam yang diterimanya.Tambahnya, surat itu turut disokong oleh akuan bersumpah beliau, menyebabkan tidak ada sebab untuk meragui isi surat tersebut."Mengikut peraturannya, SPR kena ikut sahaja. Apabila speaker kata kosong, speaker kena ambil tanggungjawab itu," katanya.Sementara itu, setiausaha PAS Kedah Muhammad Yusuf Husin pula enggan mengulas mengenai laporan akhbar itu kerana tidak mengetahuinya. Senator itu berkata, pihaknya juga tidak cuba berhubung dengan bekas Adun itu, tetapi beliau tidak pasti jika pejabat menteri besar pernah berusaha berbuat demikian.Beliau berkata, tidak ada keperluan menghubungi Arumugam kerana beliau "telah letak jawatan"."Beliau tidak mahu diganggu. Kita tidak perlulah ganggu dia," katanya.

LIMA PEMIMPIN HENDRAF KEKAL DI TAHAN ISA.

Lima pemimpin Hindraf yang ditahan pada 13 Disember 2007 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan kekal di pusat tahanan Kamunting, Perak selepas Mahkamah Persekutuan menolak usul untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang menolak permohonan habeas corpus mereka.Mereka ditahan selepas terbabit dalam demonstrasi di Kuala Lumpur pada 25 November dan membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap kerajaan.Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang mengetuai panel tiga orang hakim berkata, keputusan menolak usul tersebut dibuat sebulat suara.Dua lagi hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.Lima pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam M. Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, V Ganabatirau, 40, R Kenghadharan, 40, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36.Nik Hashim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini adalah berdasarkan dua kes Mohamad Ezam Mohd Nor dan Tan Sri Raja Khalid."Sama ada keputusan itu betul atau salah...ia bukan untuk mahkamah ini menentukan. Jika kita melakukan percubaan untuk berbuat demikian maka ia akan mendorong kepada satu lagi rayuan dan kami tidak bersedia untuk melakukannya."Oleh itu, kami menolak usul tersebut untuk semakan," katanya.

Wednesday, February 11, 2009

KERETA DI SIMBAH CAT DAN DI UGUT

ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh)-Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.
Iklan





Demikian kata Menteri Besar, Dato? Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.
Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.
"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.
"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.
Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.
Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.
"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.
Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.
Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.
Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.
Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.
Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.- azm

CALON INDIA PKR BERTANDING PRK BUKIT SELAMBAU


PKR merancang meletakkan calon berketurunan India pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah susulan peletakan jawatan penyandangnya V Arumugam semalam.Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan meletakkan calonnya memandangkan kerusi DUN berkenaan diperuntukkan kepada PKR, lapor Bernama."Kemungkinan besar kita ganti dengan calon keturunan India," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan anggota PKR Melaka di Cheng, malam tadi.Arumugam, pesara mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), memenangi kerusi Bukit Selambau atas tiket bebas selepas mengalahkan calon BN S Krishnan dengan majoriti 7,695 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.Beliau kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai exco kerajaan Kedah dengan portfolio Pengerusi Jawatankuasa PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.Menurut agensi berita itu lagi, Anwar berkata Arumugam telah memaklumkan kepadanya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keputusannya meletak jawatan sebagai anggota exco dan anggota DUN Bukit Selambau.Mengenai pilihan raya kecil kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak yangbakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum semalam, Anwar menyerahkan kepada PAS untuk menyenaraikancalon yang sesuai daripada parti itu.Beliau berkata Pakatan Rakyat memberi laluan kepada parti Islam untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil itu.

SUARAKEADILAN KELUARAN TERBARU


HARAKAH DAN SUARAKEADILAN DI RAMPAS

kemaskini 4:25pm Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar.Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".Pengurus pemasaran akhbar itu Shuhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.Tambahnya, beliau sedang mengumpul data lengkap dan akan menunggu jumlah rasmi daripada kementerian terbabit.Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka.Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh timbalan perdana menteri.Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memberikan RM4.18 juta kepada 26 masjid dan 42 surau di Pulau Pinang sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.Beliau dilaporkan berkata akan berbuat demikian segera bagi menjawab kempen pembangkang di Terengganu.Chua juga berkata pegawai-pegawai KDN turut menakut-nakutkan penjual agar tidak mengedar Suara Keadilan.Tambahnya, PKR akan mengumpul maklumat lengkap dan bertemu KDN untuk membincangkan perkara tersebut.malaysiakini

ARUMUGAM SELAMATKAN KERAJAAN KEDAH,KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Ahli Dewan Negara Senator Mohd Yusuff Hussein menyifatkan tindakan Arumugam Vengatarakoo meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambau dan Exco Kedah semalam adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah daripada terus digugat oleh Barisan Nasional (BN).
Iklan





Kata Senator Yusuff yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Arumugam juga bertindak secara bertanggungjawab dengan mengembalikan kuasa memilih di tangan rakyat untuk membuat keputusan.
"Senario ini Kedah tidak sama di Perak. Arumugam kembalikan mandat pada rakyat biar rakyat pilih siapa yang dikehandaki.
"Bukannya macam Perak apabila tiga Adun itu bertindak seperti 'pengecut', tidak berani kosongkan kerusi untuk adakan pilhan raya kecil. Rakyat Perak tidak diberi peluang pilih pemimpin mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Katanya alasan kuat Areumugamn ialah beliau tidak tahan dengan tekana, ugutan dan ancaman keselamatan yang dilakukan oleh pihak tertenu untuk beliau menyertai BN sedangkan beliau tidak mahu 'lompat' seperti diuar-uarkan media selama ini.
"Mereka menggunakan kes 10 tahun dan 2 tahun lalu sebagai ugutan untuk beliau jatuhkan kerajaan Kedah sedangkan insiden itu berlaku sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi," katanya yang telah pun giat menggerakkan jentera parti untuk mengembleng tengana membantu jentera KeADILan bagi mengahadapi pilhan raya kecil pada bila-bila masa.
Beliau menjalskan bahawa Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, semalam menyatakan kuota kerusi itu diserahkan kepada KeADILan sama seperti diperseutujui dalam pilhanraya umum tahun lalu.
"Arumugam merupakan seorang satu-satunya wakil rakyat India yang mewakil kaum India di seluruh Kedah dan kita akan sokonga sesiapa sahaja yang menjadi calon demi memastikan kedududkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kukuh.
"Beliau wakil rayat yang baik cuma dia tidak mampu hadapi tekanan dan ancaman. Dia juga belajar daripada pengalaman seperti di Perak dan untuk menyelamatkan kita, dia sanggup letak jawatan dan bukannya berpaling tadah macam di sana," katanya
Senator Yusuff berharap agar pilihan raya kecil akan datang menjadi platform untuk rakyat menilai sendiri gerak-kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Kedah Pakatan Rakyat selama 10 bulan ini sekaligus menghukum BN yang melakukan cara-cara tidak beretika untuk berkuasa seperti di Perak.
"Saya harap rakyat boleh faham situasi di Kedah dan harapa dapat kembalikan kemanangan yang sama kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa BN benar-benar sudah ditolak," katanya.
Semalam menjawab pertanyaan media, Ustaz Azizan memberitahu Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional (BN) dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.
"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya dan menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. - azm HARAKAHDAILY