Sunday, May 24, 2009

PEJABAT DAP DI GELEDAH

Ceramah di Bukit Berapit, Bukit Mertajam turut dihadiri Sdr Lim Guan Eng, Dato’ Seri Nizar, Dr Lee Boon Chye dan sudah pastinya calon Keadilan Sdr Mansor Osman. Dalam ucapan tersebut saya mengecam tindakan pihak polis yang menyerbu Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi.

Serbuan tersebut yang dibuat tanpa sebarang waran geledah dan dipercayai bermotifkan kepentingan politik umno-bn merupakan satu penghinaan ke atas Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Saya menggesa agar pihak polis dengan memohon maaf di atas tindakan yang membelakangkan undang-undang serta dengan segera memulangkan harta yang dirampas

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, May 12, 2009

AYUH BANGKIT!!

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.Malah ada 'pemimpin' yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)

Imbas kembali ketika dua ADUN 'katak' hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che'GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan 'kita masih punya majoriti' malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk..... hahahahahahahahahaaaaa.Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil.

Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk 'gangster' untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram.

Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang....Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut.

Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku......Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai.

Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil.

Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti.

Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008.

Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai 'penghubung' tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja.... yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP....Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan.

Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak....pandai cakap Inggeris atau tidak...apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja....Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap.

Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam.Ayuh bangkit !!!!!!!!

Sunday, May 3, 2009

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN MEDIA

Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.

Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.

Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Friday, May 1, 2009

PERUTUSAN HARI PEKERJA

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

Thursday, April 30, 2009

CALON PRK PENANTI

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.
Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.


Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.
Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.
Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti